Di sebalik tangisan gembira calon-calon IELTS dan peperiksaan lain yang memperoleh keputusan yang cemerlang tatkala keputusan diumumkan tanggal 7 Jun 2012 dan tarikh2 yang berkaitan, ada yang menangis kesedihan. Ada yang ingin bersendirian, rasa ingin menangis semahu-mahunya dek kerana mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan, yang below expectation or below requirement
Firman Allah swt yang bermaksud:
''Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada
kamu tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesunguh-
nya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
(An-Nahl:18)
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Hendaklah kamu bersungguh-sungguh dalam perkara yang memberi manfaat kepadamu, mintalah pertolongan dari Allah dan jangan kamu merasa lemah. Jika kamu ditimpa sesuatu, janganlah pula kamu mengatakan, “kalau aku berbuat itu dan ini, nescaya jadi begini…”. Sebaliknya katakanlah, “itu adalah ketentuan Allah dan apa yang Allah kehendaki pasti akan terjadi”. Sebenarnya perkataan ‘kalau’ itu membuka pintu kepada perbuatan syaitan.” (Hadis riwayat Bukhari)
Adakah kerana usahanya kurang? Atau mungkin dia tidak cukup pandai?
Tidak semestinya begitu. Ada yang dah study bagai nak rak, namun keputusan tidak seperti yang diharapkan. Tidak kurang juga pelajar pintar harapan, namun gagal utk live up to the expectations. Tidak kurang juga yang mengambil mudah akan IELTS itu sendiri, yang akhirnya menyesal di kemudian hari.
TIDAK ADIL
"Dia belajar, aku pun belajar. Tapi kenapa dia mampu dpt band 8, band 8.5 (because 9 is impossible, eheh), kenapa tidak aku?"
"Allah tidak adil!"
Allah tidak adil? betulke?
Takdelah,, ALLAH itu MAHA ADIL. Sebelum kita mempersoalkan tentang keadilan ALLAH (yang sememangnya tidak dpt dinafikan), cuba check diri kita. Siapa kita?
Bukankah kita ini hanyalah hamba?
Cuba kita telusuri kembali sejarah silam tatkala sistem hamba masih wujud dalam peradaban manusia. Hamba, atau slave. Tuan kepada hamba bebas melakukan apa sahaja terhadap hamba. Boleh disepak-sepak, disuruh melakukan kerja tanpa balasan, dihina dan dicaci maki, disiksa tanpa sebab, dan macam-macam lagi.
Cuba lihat diri kita pula. Kita ini hamba. Tetapi detik demi detik, minit demi minit, jam demi jam, hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, tahun demi tahun, kita dikurniakan dengan nikmat yang tidak terbilang. Nikmat hidup, masa lapang, nikmat kesihatan, nikmat udara, dan macam-macam lagi. Yang paling penting, nikmat Islam dan Iman.
''Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada
kamu tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesunguh-
nya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
(An-Nahl:18)
Padahal, kita ini hanyalah hamba..Tapi ALLAH bagi kita macam-macam. Allah suruh kita patuhi suruhanNYA dan tinggalkan laranganNya, Allah janjikan pahala. Allah juga menyediakan syurga. Padahal, kita ini hanya hamba.
Sekarang, Allah tarik nikmat keputusan cemerlang daripada segilintir calon IELTS, dan itu pun ada yang mula merungut. Patut tidak?
KALAULAH AKU BELAJAR BETUL-BETUL
"Kalaulah aku belajar betul-betul dulu, mesti tak jadi macam ni."
Tak ada gunanya menyesal di kemudian hari. Nasi sudah jadi bubur. Terimalah bubur itu seadanya. Sekarang, apa yang penting, kita cuba bangkit! Omputeh kata, let bygones be bygones. Kalo kita duk termenung, duk menangis sorang-sorang, salahkan diri, tak ada gunanya. Bukannya result tu tbe2 berubah sebab kita duk cakap, "Kalo lah aq blablablabla, mesti aq x blablablabla..". Dah takdir bro.. Terimalah qada' dan qadar.
ALLAH ADA YANG LEBIH BAIK
Allah itu Maha Mengetahui. Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Ya, mungkin kita fikir, result IELTS yang cemerlang, dihiasi dengan Band 8, 8.5, 9 tanpa cacat cela itu yang terbaik untuk kita, namun, siapa tahu sekiranya kebenarannya adalah sebaliknya? ALLAH TAHU.
Mungkin dengan keputusan yang cemerlang, kita menjadi riak, angkuh, bongkak, ujub, takabbur dan sombong. Mungkin juga result yang cemerlang itu boleh membuatkan kita lalai, merasa terlampau selesa dan merasa diri sangat hebat. Mungkin? Mungkin juga ALLAH nak kita sedar, betapa kita berusaha sekalipun, dia yang menentukan segala-galanya, kita ini kerdil. Mungkin ALLAH nak kita usaha lagi, repeat dan jangan berputus asa.
"Allah will not burden (test) His servant unless what is able by him...."
(al-Baqarah 2:286)
Lagipun, IELTS ni bukanlah penghujung segala-galanya. Its the start of something new. IELTS hanyalah pintu ke arah perjalanan yang lebih jauh, lebih sukar. Pada masa hadapan, English akan diaplikasikan dalam kehidupan, Kurang cemerlang pada awalnya tidak semestinya bermakna hidup kita telah gagal. Sebaliknya, kita perlu terus berusaha. Pandang masa hadapan. Biarkan masa lalu berlalu. Jangan pandang belakang. Jadikan pengajaran tidak mengapa. ALLAH sengaja menentukan semua ini, kerana dia nak menguji kita. Untuk yang tak lepas, repeat and do your best!
Adakah kita bersyukur dengan apa yang dikurniakanNya kepada kita? Apa pula tindakan kita? Bagaimana reaksi kita sekiranya kita antara mereka yang kurang bernasib baik ini? *Bukanlah tidak bernasib baik sebenarnya, cuma jalan kita sedikit berbeza, perlu tempuhi onak dan duri dahulu. Ala, pelangi pun hadir setelah hujan. So, xmustahil selepas kegagalan, muncul pula kejayaan. Betul dak?
CEMERLANG ITU UJIAN, KURANG CEMERLANG JUGA UJIAN...
CEMERLANG ITU UJIAN, KURANG CEMERLANG JUGA UJIAN...
2 comments:
Subhanallah. peringatan menarik. bukan untuk SPM je. kita yg duk amik test2 yg lain pun. :)
INshaallah bermanfaat :)
terbaikkk.... :D
Post a Comment