Wednesday, March 7, 2012

Hati

Assalamu'alaikum w.b.t

Ini mungkin entri 'official' aku yang pertama. Sebelum ini dipenuhi dengan entri-entri berunsurkan 'filesharing', sekadar perkongsian di alam maya ini, berjinak-jinak dalam bidang 'filesharing site'. :P

Jadi untuk entri yang pertama ini, suka untuk aku bincangkan soal hati. Ada apa dengan hati?


Dan dari Wabishah bin Ma’bad rodhiallohu ‘anhu dia berkata: Aku datang kepada Rasulullah , beliau bersabda:  “Apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?” Aku berkata,” Ya.” Beliau bersabda, “Bertanyalah kepada hatimu. Kebajikan adalah apa yang menjadikan tenang jiwa dan hati, sedangkan dosa adalah apa yang menggelisahkan jiwa dan menimbulkan keraguan dalam hati, meskipun orang-orang terus membenarkanmu.” (Hadits hasan yang kami riwayatkan dari Musnad Imam Ahmad bin Hambal dan Musnad Imam Ad-Darimi dengan sanad hasan)
Hati ini, pabila kita penuhi dengan maksiat akan menjadi gelap, resah dan gelisah. Dan pabila kita dekatkan diri kepadaNya, insyaALLAH kita dapat ubati hati kita. Pernah ku dengar khutbah jumaat di Masjid UIAM; antara intipati yang masih ku ingat, khatib berkata, "Hati ini ada 3 kategori:
  1. Hati yang Mati
  2. Hati yang Sakit
  3. Hati yang Sihat
Hati yang Mati itu adalah pabila kita terlampau jauh dari Allah, tidak takut kepadaNya dan terpesong dari jalan akidah Islamiyah. Bagaimana hati anda? Harapnya agar hati anda belum dan tidak akan pernah mati, insyaALLAH.

Hati yang Sakit itu pula masih ada Islam dalamnya, namun kerap kali dirosakkan oleh virus bergelar dosa dan maksiat. Hati ini masih boleh dibersihkan. Apakah ubat bagi hati ini? (bakal dikupas dalam entri seterusnya insyaALLAH)

Hati yang Sihat itu pula sangat dekat dengan Allah. Apa-apa yang dilakukannya adalah kerana Allah S.W.T, justeru jauh sekali untuknya melakukan maksiat kepadaNya. Sekiranya tersilap sedikit, maka terus bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha. Betapa bagusnya dunia ini sekiranya semua umat Islam memiliki hati yang sihat seperti ini.

Jadi, APA KHABAR HATI ANDA?Tepuk dada, tanya iman. :)

1 comment:

Habiburrahim said...

wahh..entri yang berguna

Gadgets By Spice Up Your Blog