Tuesday, March 13, 2012

Temanilah ku dikala sepi...


"Hei Mat, tak habis-habis tengok video pasal ilmu je. Tak bosan ke? Cubalah tengok movie-movie yang kawan ko rekemen tu. Heroin dia pon lawa, seksi pulak tu. Mesti best punya."

"Mat, henfon tu nampak mahal. Tapi macam takde orang nak je. Terbiar je dekat situ dari tadi. Ambik jela. Rezeki kau tu. Kau ambik, lepas tu buat muka macam benda tu kau punya. Takde orang perasan punya."

"Mat, kau sanggup ke nak korbankan waktu tidur kau? Semalam kau tidur lewat sebab buat assignment kan? Bukannya kau buat benda salah. Biarkan jela azan tu. Ambik balik selimut tu."

"....Mat, blablabla........."

".....Mat, blub blub blub......."


Selalu kan, ada bisikan-bisikan yang mencelah di liang hati kita, berlegar di ruang minda separa sedar kita.

Kadang-kadang, bisikan-bisikan tu banyak menjerumus ke arah benda yang tak elok, benda yang DILARANG! Dalam kata lain, haram jadah (haha, ade ke?). Tapi masalah
yang jadi, mindset kita ni dibentuk supaya kita cakap benda tu tak salah. Oleh siapa? Encik Setan la. Takkan Perdana Menteri kot.

Ada kalanya, Bisikan diorang tu nampak obvious sangat salah, kita dapat bezakan. BAGUS! Ada masanya pulak, bisikan tu datang dalam pakej yang sangat halus. Nampak macam tak ada apa-apa. Umpama dadah di celah-celah kain. Wah, menakutkan!
Paling bestnya, diorang datang pada waktu yang tak disangka-sangka, selalunya apabila kita keseorangan. Diorang nak jadi teman kita dikala sepi kononnya kot. Yang tak bestnya, kita ni selalu termakan dengan pujuk rayu diorang. Alahai...

Sentiasalah ingatkan daku
wahai sahabat
Benda tu yang kita takut tu. Takut kita hanyut disebabkan kejahilan kita. Takut kita tak sedar tentang kesalahan yang kita buat, disebabkan sikap kita yang suka bersendirian. Lone Ranger la konon. (Hakptuih!!!)

Teringat pulak dalam hadis nabi yang sahih (HR Bukhari no 2101, Muslim no 6653), apa yang nak diketengahkan ialah keadaan diri kita ni dipengaruhi jugak berdasarkan dengan siapa kita berkawan.
Jadi, banyakkanlah berkawan, dan pilihlah kawan dengan baik. Seelok-eloknya carilah geng-geng ulama'.

Tak kisah la ulama' otai ke, ulama' skema ke, ulama' yang gila-gila ke (bukan gila. elok sket eh...) yang kita rasa senang nak berdamping dengannya. Insya-Allah diorang ni akan sentiasa ingatkan kita tentang hari akhirat, supaya kita tak terbabas dari jalan yang lurus ini.


Nota kecil : Jangan lupa nak terajang sahabat korang kalau diorang buat salah ye. diorang manusia jugak. ahaha~

2 comments:

Inspector Saahab said...

This is good :) keep updating
jazakallah atas perkongsian.

ps : menarik. blog kerjasama. boleh join ? jd co-author? eheh :P

Ikram Mohd Noor said...

jzkk. insya-Allah akan sentiasa update.
nak join? bodekla sikit ketua admin tu. hehe

Gadgets By Spice Up Your Blog