Saturday, July 13, 2013

Paua Shell [II]



Hari ini, dia lepak lagi dengan Sid di Newmarket. Kat sini, tak ramai orang kata Sid. Boleh la nak dikatakan tak ramai, sebab kalau nak diikutkan, kereta memenuhi jalan, dan yang menunggu hijau lampu isyarat pun beratur panjang, tapi tak sesak. Dan kereta pun tak ada la bergerak lembap macam kura-kura.

Hari ini juga, genap dua minggu hari dia lepak dengan Sid. Selang dua hari selepas sesi suai kenal dalam train, kebetulan terjumpa lagi di Harbour. Sid tengah bermain gitar. Dia tegur dan lepak di sebelah Sid. Dan sesi suai kenal berlanjutan lagi. Sampailah ke hari ini...

Macam biasa, dia di sebelah meneman Sid 'mencari rezeki'. Mata melilau ke segenap sudut, dari beg gitar Sid yang berisi empat, lima dolar di depan mereka, kepada jalan yang terlihat dek mata sampailah kepada deretan kedai. Orang lalu lalang masing-masing buat hal sendiri. Tak banyak Sid dapat hari ini.

"Kau ponteng lagi?"

Sid berpaling. "Duhh. Aku kat sini. Takkan roh melayang masuk kelas belajar kot?" Jari masih memetik tali gitar.

Wong angguk. Hatinya masih menahan soalan dalam benak. Nak disembur, takut tak kena cara, tak kena masa.

"Apasal kau ponteng ha?" Tersembur jugak!

Sid berpaling dari gitar ke Wong di sebelah. "Kenapa tanya?" Soalan berbalas soalan dengan sebelah kening terangkat.

"Random." Sid angkat bahu dengan muka tak bersalah.

"Sebab aku tak suka pendidikan kot."

Sid menunggu ayat tersebut disambung.

"There's a fine line between pendidikan and ilmu." Syiling dua dolar jatuh ke dalam beg gitar Antlernya. Sid melontar senyum kepada si pemberi. Dia menghentikan memetik gitar, dan kembali berpaling ke arah Wong.

"Cliche, but truth are always cliche. Aku tak suka cara kita disuap dengan ilmu as if semua benda dalam syllabus tu yang jamin hidup mati kita."

Wong angguk. Faham sangat. Dia tahu, Sid bukan nak menafikan sekolah tu sebagai medium untuk mendapatkan ilmu. Cuma mungkin, hidup Sid lebih kompleks dari apa yang mungkin sekalian manusia bayangkan. Orang kata, try to put your feet in others' shoes before judging them. Dan kalau orang yang tak berkasut macam Sid ni, macam mana? Bukan nak kata Sid ni terlalu miskin sampaikan tak berkasut, tapi onak duri jalan hidup si Sid ni, dia seorang je tempuh.

Wong sendiri tak punya indikasi melabel Sid anak orang kaya. Sid ikut ayah dia ke New Zealand. Ayah kerja disini. Emak Sid masih di Malaysia. Kedua orang tua dia macam tak saling bertegur pun. Sekadar duduk serumah. Itu pun kalau Emak Sid nak balik ke rumah waktu mereka duduk di Malaysia. Biasanya, emak Sid memang akan tersadai di kampung, rumah nenek Sid.

Wong berpaling ke sebelah, ke arah Sid yang mula memetik kembali gitar. Nafas tertahan dihela. Sid... Kenal baru dua minggu, tapi asal usul pun dah banyak dia tahu. Umur yang baru menginjak 20 dia guna untuk cari rezeki sendiri walaupun Wong tahu ayah Sid memang akan bagi duit setiap minggu kat dia. Tak pasti kenapa Sid bekerja.

Mungkin jawapannya ada pada kenyataan Sid sebelum ni...

"Sebab aku tak suka pendidikan kot"

"Aku tak suka cara kita disuap dengan ilmu as if semua benda dalam syllabus tu yang jamin hidup mati kita."

Mungkin sebab Sid sendiri nak mendefinisikan pendidikan yang menjamin hidup dia.

Mungkin...

<bersambung...>

[Paua Shell II]
There's a fine line between education and knowledge
And that makes all the difference
Habiburrahim

No comments:

Gadgets By Spice Up Your Blog