Wednesday, July 31, 2013

Sumayyah



Bait-bait lagu Sumayyah melalui earphone dah nak sampai ke penghujung. Volume dinaikkan. Sengaja.

Suara Munif Hijjaz yang mengakhiri lagu membawa jarinya ke skrin telefon bimbit. Butang replay pada skrin disentuh.

Dan nasyid yang sama mula berlagu kembali.

Sumayyah gila kental kot..!

"Dah agak..."

Belum lagi Haikal sempat mengangkat muka berpaling ke arah datang suara, Jat dah ambil tempat berbaring di sebelah Haikal, tumpang sekaki stargazing.

"Apa kes? Dia orang tengah moreh kat surau." Jat lagi sekali bersuara.

"Kenyang." Alasan.

Jat alih pandang dari muka Haikal ke bintang di angkasa, ambil bahagian stargazing. Acara stargazing beregu.

Dah agak....
Haikal kalau tak kat Mamak depan tu lepas gian kat roti canai, mesti layan stargazing atas rooftop apartment ni.

Jat pandang al-Quran mini di tangan Haikal. "Dah khatam kan?" Muqaddimah yang memang tak ada kaitan dengan topik yang bakal dia nak masuk.

"Dah."

"Second round?"

Angguk.

"Teruk sangat ke kalau tukar group project?" Haa...kan dah cakap muqaddimah tadi tak ada kaitan.

"Tak kesah pun. Aku dapat dengan budak international lain." Datar. Riak pun sepuluh sen je. Tak tertafsir. Haikal masih memandang kosong langit malam.

Diam.
Pun diam.
Dan sama-sama diam memandang langit malam.

Project tu percentage untuk GPA dia dalam 65% sebenarnya. Agak banyak sebab lagi 5% peer assessment, dan lagi 30% tu test dan quiz.

Tadi dapat berita gempar. Buka-buka uni website, kat laman student service, dapat berita ahli group project dah ditukar. Groupmate lama, Mai lesap entah ke mana.

Jat pun pelik sebenarnya. Haikal biasanya tak kisah kalau satu group dengan siapa-siapa pun. Janji boleh buat kerja. Tapi kali ni, dah sampai datang atas rooftop ni seorang diri, memang ada yang tak kena la kot.

"Kau tahu kan Mai sakit?" Haikal bersuara datar dengan pandangan masih pada langit.

Satu kolej persediaan kut tahu. "Tahu."

"Dia balik Malaysia. Tunda pengajian."

Gila! Bulat mata Jat terima berita tu. Bintang di langit dah rasa macam nak menghempap muka. Cepat-cepat dikawal riak. Tak tahu nak bagi reaksi apa untuk menjaga hati si Haikal. Saat ni, minit ni, Haikal tengah pikir apa eh?? "Bila dia balik?"

"Tengah tunggu semua benda settle. Then dia balik. Spring tahun depan dia datang balik. Setahun stay kat rumah. Treatment." Sekadar pendek Haikal bercerita.

"Oh." Jat angguk. Masih mencari kata, dah mencari reaksi nak dipamer di muka. "So, sambung nanti tahun depan, second sem untuk second year?"

"A'ah."

Jat lagi sekali mengangguk. So, tahun depan, Haikal dah masuk third year, Mai still second year.

"Aku tak kisah pun." Haikal datar bersuara. "Itu yang terbaik untuk dia." Keluh lagi dihela. Berat bunyinya.

Jat sekadar senyap memberi ruang Haikal bersuara.

"Lagipun, ada junior perempuan tahun depan. Dia akan masuk satu batch dengan junior tu. So, ada la sikit yang boleh membantu."

Jat angguk setuju. Harapkan Haikal susah sebenarnya. Pertolongan terhad.

"Kalau bab tukar group, aku tak kisah. Ciput punya hal." Haikal membawa tangan ke belakang kepala, dibuat bantal. "Aku cuma...entah. Sedih sebab aku tak sekuat dia kalau berdepan segala macam ujian."Setelah sekian lama pandangan bertumpu pada langit, Haikal memandang Jat.

Jat hanya sepi tak menjawab. Dibiar Haikal bersuara.

"Aku tak rasa aku boleh berdiri sestabil dia if I were in her shoes."

Jat lagi sekali hanya mengangguk menyetujui. Memang sejak dari kolej persediaan lagi, kalau nak dikira, banyak kali Mai ambil cuti sebab treatment. Pernah sekali, dalam satu sem, dua bulan ambil cuti. Masuk-masuk dari cuti, semua benda nak kena settlekan. Mana nak siapkan lab-lab yang tertunggak, assignment yang semua lecturer mintak, lepas tu nak cover empat lima subjek untuk final exam. Oh, lagi teruk sebab semua benda nak disettlekan dalam dua tiga minggu.

"I would definitely stumble. Serious." Haikal mengulang dengan pandangan kembali ke langit.

"Same here." Dan Jat pun mula memandang langit sama.

Sepi lagi.


Kertas-kertas nota kuliah dihempas. Stress. Mungkin. Sebab memang sejak awal sem sampailah ke hari ni, Haikal tak pernah faham Computer Systems.

Mai mengutip kertas-kertas yang bertaburan. "Jangan putus asa." Tangan Mai mengenggam angin, bagi kata-kata semangat.


Haikal mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket. Earphone yang diplag pada telefon bimbit ditarik. Suara Munif Hijjaz dari speaker telefon bimbit mengganti sepi malam.

"Aku tak fikir aku sekuat Sumayyah untuk still mengaku Islam kalau dah perut kena cucuk dengan tombak." Haikal menyelangi suara penyanyi Hijjaz.

"Or as strong as Asiyah untuk menentang suami yang seorang Firaun." Jat menyambung dengan suara monoton.

"And Khadijah yang jadi the first to comfort Nabi although the world gave a damn when he gave da'wah." Haikal tarik nafas panjang.

"Or sekental Aisyah untuk menahan segala fitnah munafik."

Atau setabah Maryam mengandungkan Isa As. Takpun kisah cinta Hawa dan Zulaikha. Atau kisah Siti Hajar berulang-alik mencari makanan untuk bayinya, Ismail AS. Kalau nak dikarang, maunya berkajang nak dinamakan serikandi-serikandi Islam.

Dan kedua-dua memandang langit malam. Dialog kembali sepi, sekadar nyanyian Hijjaz yang kedengaran.

"Sometimes, heroines do dominate the story." Ujar Haikal dengan pandangan masih pada langit lepas.

"True indeed." Kelembutan itu kekuatan.

"And she still smiled when she told me about her penangguhan, regardless of how bad things might get."

"She's incredibly strong, aite?"

"Very."

Sumayyah dah sekali lagi sampai ke penghujung.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Jalan nak berjaya ni bukan straight saja macam kat highway. Kadang-kadang jalan nak berjaya ni, berliku-liku, kalah jalan dari Kedah nak ke Kelantan. kena buat u-turn, kena pusing-pusing. Whatever it is jangan lah kita give up, tambah lagi give up kat Allah. JANGAN! Kita sabar, kita redha, kita doa yang terbaik untuk kita ye kawan-kawan dan kita tawakal. InsyaAllah, Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita. Semoga semua sentiasa di dalam lindungan Allah Taala."
 -Mai 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

[Sumayyah]
Yang DiredhaiNya
This one for you
You're incredible
Take care
Habiburrahim


4 comments:

aku-bukan-robot said...

syafahallah!

inshaAllah. moga benar menjadi sumayyah seperti summayyah.

Inspector Saahab said...

:')

izzah said...

mohon copy utk di tweet . mudahmudahn bermanfaat utk semua . barakallahufik .

Habiburrahim said...

Izzah : dipersilakan :)

Gadgets By Spice Up Your Blog