Sunday, July 14, 2013

Paua Shell [III]



Badan dihumbankan ke atas sofa dalam bilik. Ahhh...letih. Seharian di Newmarket bertemankan Wong. Okay la, sekarang at least berteman. Kalau tak, memang dia hanya bertemankan Antler si beg gitar, Hummingbird Gibson yang memang sahabat dunia akhirat dia dah, dan burung-burung merpati dan camar kalau tak hujan.

Kepala ditelengkan malas-malas ke segenap penjuru bilik. Ni kaedah mencari mood untuk tidur di setiap ruang bilik namanya. Mata yang terasa langsung mengantuk jatuh ke dinding-dinding bilik. Poster-poster, gambar-gambar dan lukisan-lukisan yang bertampal secara berterabur atas dinding membawa matanya meniti setiap satu daripadanya. Lama-lama dia memerhatikan.

Auckland International Airport - Google
Gambar pertama yang memasuki skop penglihatan binokularnya ialah perkataan "Kia Ora" di Auckland International Airport. Masa tu, first time touched down negara orang. Pandang keliling, lain macam rasanya. Seram sejuk pun ada. Haha! Tapi, matanya tertancap lama pada satu benda ni; perkataan "Kia Ora" sebesar alam yang menyambut ketibaan mereka dua beranak. Bahasa Maori kot, maksudnya apa entah, tapi rasanya "Selamat Datang" la kot sebab terpampang jelas bawah tu tulis "Welcome".

Gambar kedua ketika masih di Malaysia. Ada Alep, Zed, Sein, Alem, berlatar sungai belakang rumah Opah Wan. Memori tinggal dengan Ma dan Opah Wan di kampung. Dia pun sebenarnya boleh dikatakan nomad jugak la, sebab kekaddang kat kampung teman Ma, kekadang kat rumah Abah kat bandar. Dah namanya keluarga tunggang-langgang porak-peranda, mana nak duduk bersama.

Masa merentas lagi ke belakang sedikit, gambar bertiga anak-beranak di Zoo Negara. 

"Haa, Adik pun boleh jadi macam tu!" Ma menayangkan telunjuk ke arah singa yang sedang menguap di atas 'takhta'nya.

"Tapi Beastboy punya singa, singa hijau!" 

Serentak Ma dan Abah pecah tawa.

Ma kata, pakai jam tanga tu boleh jadi macam Beastboy, bertukar macam-macam. Sid tak percaya pun, walaupun otak kecil lagi masa tu.

Jam tangan Beastboy Teen Titans saksi Ma dengan Abah waktu masing-masing belum buat hal sendiri-sendiri lagi.

Notifikasi SMS masuk membawa kembali Sid ke dalam biliknya. Tangan mencapai telefon bimbit.

"Abah lewat. Kerja."

Dia sedia maklum, makna mesej terebut; samada dia kena masak sendiri, ataupun cari makan kat luar. Abah busy. Busy....

Langkah dihayun malas ke arah dapur. Tangannya mencari mi segera. Air dijerang. Poket diraba. Sekilas, jari menari di atas skrin telefon bimbit.

"Besok free?"

Dua minit menunggu, dan SMS berbalas.

"Free kot."

"Auckland Zoo jom?"


<Bersambung...>

[Paua Shell II ]
Definisi bahagia letaknya pada hati
Habiburrahim


2 comments:

Bella said...

sambungan?

Habiburrahim said...

Maaf. Skrg da masuk kelas, memang busy tahap tak ingat. Maaf..
IAllah, saya cuba curi masa :]

Gadgets By Spice Up Your Blog