Tuesday, May 29, 2012

Edifier 2.1

Apartmen 604 sepi. Tinggal aku seorang di sini untuk sebulan lamanya. Demi universiti, aku rela berkorban masa untuk latihan, mempersiapkan diri untuk KSSU 2012 yang bakal dilangsungkan di Kulim, Kedah akhir Jun ini. ewah.

Cuti sekolah sudah bermula. Semester 1 2012 di universiti juga sudah melabuhkan tirainya. Sahabat-sahabat yang lain sudah boleh mula menikmati cuti, meronggeng-ronggeng, berjimba-jimba, meluangkan masa bersama keluarga terchenta, menyertai usrah kabilah, pergi daurah, berhimpun di markas dan sebagainya. Tidak kurang juga barisan pengarang Ashabul Islam yang mula bingung memerah otak, menjentik khayalan untuk mengisi blog ini sementara menunggu notis USKAB.. eceh. yeye je.

Manakala aku di sini bertemankan laptop beserta sistem 2.1 Edifier cikai yang baru ku beli semalam,bekerja keras untuk memecah kesunyian ku tanpa sahabat handai di sisi. At least, tidaklah jelas sangat kedengaran bunyi cengkerik di apartmen ni.
"Apa lah engkau ni, kalo baca al-Quran kan lebih baik tu." Ouch di situ...

Bukanlah apa, cuma lumrah manusia ini suka akan hiburan, muzik. Apatah lagi aku, hamba ALLAH yang tidak soleh ini. *tutup muka, pandang bawah, air mata mengalir berderaian. T^T

Bila keseorangan, mula lah jiwa ini terasa sunyi, terasa kosong.. Terasa sepi. Terasa bosan. Waktu-waktu begini tidak aku nafikan sangat berbahaya kepada jiwa seorang Muslim yang rapuh seperti aku ini. Bukanlah maksudku aku ini mudah patah.. =="
Teringat pula petikan kata-kata Presiden BADAR batch junior aku, maksudnya lebih kurang begini:
"Hati itu tidak akan kosong. Sama ada diisi dengan mengingati ALLAH, atau syaitan akan bermaharajalela."


Betul jugak tu. Ada manusia ni, kononnya hati kosong, jiwa kusut. Tapi yang dicari, untuk mengadu masalah adalah manusia, bukannya Sang Pencipta. Lagi-lagi, bukan mahram. Yang lelaki mengadu pada perempuan, dan sebaliknya. Ahh. Alasan semua itu!! Hakikatnya, Dia lah yang lebih tahu dan faham akan makhlukNya. Sama lah kalau laptop rosak, mana ada laptop pegi jumpa laptop lain mengadu masalah.. keh3.. Bukankah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang?

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang." (Ar-ra'ad:28)


Sunday, May 27, 2012

Kek chocolate topping sultana


             24 TAHUN
             “Abang,” lengan Imran didakapnya dengan kedua belah tangan.

“Kenapa ni, tetiba je nak bermanja ni?” pipi Haura’ dicubit geram.

Haura' Maqsurah menggosok pipi yang kemerahan. “Ala, nak bermanja dengan suami pun tak boleh ke?” Haura’ menarik muncung.

“Ish, muncung tu, abang tarik panjang-panjang karang baru tahu.” Siaran Buletin Utama di kaca tv langsung tidak masuk ke dalam kepala.

“Hehe. Abang, nak tahu tak bang?”

“Tahu apa?”

“Haura’ kan,.. Haura’ kan,..”

“Haura’ apa..?” Imran mendepangkan tangan memeluk belakang Haura’.

Malu la.

“Haha. Malu apa nya, bukan ada orang pun. Meh, bisik kat abang.”

Haura’ mendekatkan mulutnya kepada telinga Imran, membisikkan sesuatu.

“Ha?? Betul ke Haura’? SubhanAllah. Alhamdulillah.”

“Hmm.. 7 minggu. Tadi petang Haura’ pergi klinik depan sana. Kan sebelum ni, Haura’ pening-pening, mual-mual. Haura’ ingat demam biasa je.”

“Ya Allah! Maafkan abang Haura’, abang tak jaga Haura’ selama ni…”

“You’re taking care of me just by staying by my side, abang.” Terus kata-kata Imran dipotong.

Imran sekadar menggeleng.” Isteri abang ni sorang. Ni yang geram ni!” Sekali lagi pipi Haura’ dicubit.

Haura’ mengusap pipi. Muncung ditarik.

“Ahaha. Tok..tok..tok..assalamualaikum. Baby apa khabar?”

“Ish abang ni. Baby baru umur 7 minggu. Kesian dia kena ketuk.”


16 TAHUN. Tingkatan 4.
Tok..tok..tok..

“Assalamualaikum. cikgu, izinkan saya..”

“Pardon me, English please..”

Tak tahu pulak aku cikgu ni cikgu English. “Assalamualaikum teacher. Excuse me, may I have Haura’ Maqsurah to come with me to the principal’s office?”

“What for?”

“Oh, I was informed that both of us were asked by the principal to go to his office, now.”

“Haura’ Maqsurah, your husband’s calling. “

Seluruh kelas galak dengan hilai ketawa. Pipi Haura’ dah merona merah. Imran cuba beriak selamba, senyum meraikan. Mereka bergerak ke pejabat Pengetua.

Tuesday, May 22, 2012

Mahallah Cinta ep. 6


                “Ya Allah, dah, dah. Mandi. Da dekat azan ni,” Hamid menggeleng sesudah keluar dari bilik air. Kedua belah tangan mengelap air pada badan.
                
            “Ala, nanti aku mandi la,” matanya tidak lari dari skrin laptop.

“Dah, dah. Nanti lewat pula kita ke musolla.”

“Ala, kau gerak dulu la. Nanti aku follow.” Alasan!

“Macam la aku tak tahu taktik kau tu. Ni ha, sambut.” Hamid membaling tuala kepada Danish.

“Yela ustaz.”

Hamid hanya mampu tersengih melihat gelagat Danish yang bergerak malas ke bilik air. Sesekali, Danish menjeling-jeling laptop, takut-takut ada pop-up notification pada tetingkap Facebooknya.

Orang kata, mereka poyo. Bajet alim. Buang masa. Tapi, Hamid tak ambil pusing. Semenjak Danish minta diajarkan untuk jadi baik, Hamid sendiri terkena tempiasnya. Permintaan itu mengetuk fikirannya. Okey, dulu mungkin dia baik. Tapi setakat solat lima waktu di musolla, ikut usrah, mengaji satu muka surat al-Quran sehari, al-Ma’thurat tak pernah tinggal. Itu baik? Apa itu baik? Dia sendiri tidak pasti, tapi yang dia tahu, ada kelopongan dalam hati. Segala yang dia lakukan selama ini, sekadar dikerjakan sebab dah terbiasa dengan ajaran dari rumah.

Dari situ, dia belajar kenal Allah. Belajar erti hidup sebagai Muslim. Hidup untuk redha Allah. Bina peribadi Muslim. Hidup untuk realisasikan ustaziatul alam satu hari nanti. Yang mana, dialah yang bakal menjadi besi cerucuk pembinaan ummah.  Dari kefahaman itu, dia mantapkan diri, memperbanyakkan amalan sunat. Dan dia suka Islam, ad-Din yang sempurna.
Gadgets By Spice Up Your Blog