Monday, March 26, 2012

Senyumlah untuk kebahagiaan anda

"Nak bagi derma? Tak nak laa... Miskin la aku nanti. Dahla duit aku ni semua bapak aku yang bagi. Sori la bro."

Ayat yang biasa keluar daripada mulut kita yang bukannya bermaksud tak nak berkongsi kemewahan dan kebahagiaan dengan orang lain, tapi takut kelebihan yang kita telah kecapi itu akan pergi dan hilang begitu saja. Dalam kata lain, kita ni belum faham lagi betul-betul konteks memberi kepada orang lain.

Sebenarnya apabila kita memberi kepada orang dengan penuh keikhlasan, tanpa menginginkan sesuatu daripada manusia sebagai balasan, ingatlah bahawa Allah je yang akan balas semua tu. Kalau kita memberi kepada orang lain, contoh yang mudahnya senyuman la kan. Kalau kita tu dapat menenangkan hati orang yang terima sedekah percuma daripada kita yang berbentuk senyuman tu, maka secara automatik kita pun akan rasa bahagia disebabkan senyuman itu. Biarlah orang tu balas balik dengan pandangan tajam yang ada aura membunuh ke, ataupun membalas balik senyuman kita dengan memandang kita macam orang pelik yang berbau busuk sebab tak mandi dari minggu lepas. Tapi, kalau kita berikan senyuman yang ikhlas, insya-Allah, kita sebenarnya memberi ruang untuk rasa bahagia tu bertapak di hati kita yang penuh dengan taman permainan ni. Bila kita senyum, percayalah yang kita telahpun berusaha menghilangkan sebahagian dari masalah hidup kita.


Tolonglah percaya... Tolonglah percaya... Tolonglah percaya...

Saturday, March 24, 2012

ALHAMDULILLAH

"Hidup ini tumpang menumpang. Di situlah lahirnya syukur kita kepada Allah. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang diusahakan petani, ada ikan yang dicari nelayan, ada ayam yang dipelihara penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberikan sepinggan nasi untuk kita. Alangkah kerdilnya kita di bumi Allah S.W.T..... maka siapakah kita untuk menderhaka serta menolak agama Allah?

(Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat)


Damai dan menyegarkan. Kelihatan segerombolan burung gagak berterbangan di angkasa raya mengintai ngintai di permukaan bumi untuk sesuap nasi. Sungguh gigih dan bersemangat. Benar la kata pujangga, usaha tangga kejayaan. Eheh. Angin sepoi sepoi bahasa bertiup lembut menenangkan hati yang duka dan lara. Daun daun kering gugur sungguh mengasyikkan mata memandang.

Subhanallah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Pandang la ke kiri, ke kanan dan ke kiri lagi maka lintaslah dengan selamat. Erk. Wahai umat manusia, lihat lah sekeliling mu, lihat dengan mata hatimu bahawa setiap ciptaan-Nya adalah untuk kita. Mengapa kita masih tidak bersyukur? Ciptaan sekecil zarah hinggalah sebesar besarnya, segala mak neka yang ada di langit dan dibumi adalah untuk kemudahan kita, mengapa kita masih segan silu untuk memanifestasikan rasa syukur kita? Mengapa dan mengapa?

Ego? Hipokrit? Kurang ajar? Melampui batas?
Usah tunjuk belang mu. Sesungguhnya Dia lebih Hebat.
Atau kita masih lagi mencari tanda tanda kebesaran-Nya? Adakah kita masih lagi ragu ragu akan kebenaran agama-Nya? Atau usia kita masih muda untuk berbalik ke pangkal jalan? Sesungguhnya perkara yang paling dekat adalah mati. Adakah kita bersedia? Mengapa kita masih gagal meluahkan rasa syukur?


Dan di bumi terdapat tanda tanda kebesaran Allah bagi orang orang yang yakin. Dan juga pada dirimu sendiri. Maka adakah kamu tidak memerhatikannya?
(Az-Zariyat :20-21)

Mungkin ada yang ingin membantah.
Saya akur bagi yang merasakan dirinya sudah cukup mengimpelentasikan rasa syukur kepada-Nya. Soklan, berapa lamakah masa yang kita ada digunakan untuk menyempurnakan tugas tugas sebagai khalifah? Bagaimana pula dengan masa untuk beribadah. Berapa lamakah? Tepuk dada, tepuk tangan dan tepukla segala galanya dan fikirkan.
Memadaikah?
Saya bukan ingin menimbulkan provokasi di sini tapi sekadar member peringatan kepada para pembaca dan sudh pasti pada diri sendiri. Ye emang benar, khubur lain lain kan. Tapi bagi kita yang mengetahui akan kebenaran ini, kita telah menjadi saksi dan seorang saksi hendaklah melafazkan kesaksian nya, atau kalian tidak pernah tahu kita adalh para saksi?

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

Wallahu’alam

Friday, March 23, 2012

Yang Penting Usaha, Yang lain Belakang Kira

Di sebalik tangisan gembira calon-calon IELTS dan peperiksaan lain yang memperoleh keputusan yang cemerlang tatkala keputusan diumumkan tanggal 7 Jun 2012 dan tarikh2 yang berkaitan, ada yang menangis kesedihan. Ada yang ingin bersendirian, rasa ingin menangis semahu-mahunya dek kerana mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan, yang below expectation or below requirement


Adakah kerana usahanya kurang? Atau mungkin dia tidak cukup pandai? 

Tidak semestinya begitu. Ada yang dah study bagai nak rak, namun keputusan tidak seperti yang diharapkan. Tidak kurang juga pelajar pintar harapan, namun gagal utk live up to the expectations. Tidak kurang juga yang mengambil mudah akan IELTS itu sendiri, yang akhirnya menyesal di kemudian hari.

TIDAK ADIL

"Dia belajar, aku pun belajar. Tapi kenapa dia mampu dpt band 8, band 8.5 (because 9 is impossible, eheh), kenapa tidak aku?"

"Allah tidak adil!"

Allah tidak adil? betulke?

Takdelah,, ALLAH itu MAHA ADIL. Sebelum kita mempersoalkan tentang keadilan ALLAH (yang sememangnya tidak dpt dinafikan), cuba check diri kita. Siapa kita?

Bukankah kita ini hanyalah hamba?

Sunday, March 18, 2012

Suatu pagi dalam kelas Pendidikan Jasmani

Suatu pagi dalam kelas Pendidikan Jasmani

Prof Owl            : Anak2,apa cita2 kamu..<sambil angkat jari telunjuk>
King Simba II    : Beta nak jadi raja yang adil.
Harimau Jr         : Saya nak jadi doktor veterinar!
Sang Lembu      : Tumbuh tanduk nanti,kita nak tanduk Harimau Jr sebab selalu buli kita..
Anak ketam       : Saya nak try bina rumah atas darat la cikgu.
Berudu               : Kita nak fly oversea cikgu. Madagascar ke..
Gorilla               : .......
Son of Godzilla : Ummm..saya..saya nak jadi baik la cikgu<tersipu2 malu>
T-Rex                : AUMMM!!! Saya nak jadi vegeterian!

.....
tetiba,...

Kambing        : MMbeekk..haha!!
T-Rex             : Ko gelak?! <merenung tajam ke arah kambing>
Kambing        : <gulp!> saya nak jadi kambing yang gemuk ckgu. Nk berbakti kepada tuan.
Ular                : SSssaya nak jadi sssaintisssss..
Prof Owl        : ok kamu birdie,apa cita2 kamu? <sambil memandang ke arah Birdie yang merupakan                                     pelajarnya paling kecik>
Birdie            : Saya nak jihad fisabilillah cikgu..

Mind over matter!!!



Saturday, March 17, 2012

LAMPU ISYARAT

Bangun pagi penuh bertenaga.

Setelah sebotol susu segar jenama tempatan dihabiskan, badan ku lentur-lenturkan. Aiwah, dah macam ahli gymnas Negara. Cuaca baik, embun-embun pagi masih kelihatan meniti di daun pepohon renek di halaman rumah, menyegarkan mata memandang. Alangkah ruginya jika pemandangan yang begitu memukau ini disia-siakan. Lalu ku capai sepasang kasut usang yang terdampar dipinggiran verandah rumah, kelihatan begitu tidak bermaya sambil menagih simpati.

Kasut ku pakaikan, pada kedua-dua belah kaki la kan.
Fuh, hari ini dalam sejarah peradaban manusia, sebaik menunaikan solat subuh aku berjaya menahan nafsu tidur, berjaya menentang seruan katil dan batal batal yang empuk lagi berselerakan di kamar tidurku dan paling penting berjaya membuat setan setan yang direjam itu menangisi kegagalan mereka menghasutku untuk terus membuta dalam bilik. Wahahah. Gelak kejam di situ.


Alhamdulillah
So apa cer hari ni?

Wednesday, March 14, 2012

Mahukan Pahala atau Redha ALLAH?

AWAS! Entri ini sedikit panjang, namun sekiranya mahu mengekstrak pengajaran yang ingin diutarakan, silalah baca.. :)

* * * * *
Pagi itu begitu nyaman sekali,, setelah dikurniakan rahmat oleh ILAHI untuk terus bangkit, meneruskan hidup di bumi Nya yang fana ini. Rutin wajib seharian dilaksanakan bersama-sama, ahli Apartmen 604(berjumlah 11 orang kesemuanya, namun 2 orang telah pulang ke kampung halaman) memang bersatu hati. Pada malam sebelumnya, rutin wajib bermain DoTA dilaksanakan seperti biasa. 

DoTA pengerat silaturrahim, memupuk kerjasama



Alhamdulillah, subuh masih terjaga.. Tidaklah awal, tapi tidaklah dilupakan. Sedikit nasihat, tidurlah awal, jagalah subuh anda, kalau boleh, subuhlah secara berjemaah, preferably di surau atau masjid berdekatan. Dan janganlah sesekali meninggalkan solat walau apapun. Aku pun masih berusaha dan akan terus berusaha, insyaALLAH. :)


"Batas antara seseorang dengan kekufuran adalah meninggalkan solat."[Riwayat Muslim]

Tiba waktu untuk berkunjung ke rumah Ikram. Rombongan terpaksa memanfaatkan kemudahan bas yang ada di hadapan UIA dek kerana tiada pengangkutan sendiri. Tapi tak apalah, yang penting, ada pengangkutan..tak gitu?

Gambar hiasan semata-mata ^^
* * * * *

Tuesday, March 13, 2012

Temanilah ku dikala sepi...


"Hei Mat, tak habis-habis tengok video pasal ilmu je. Tak bosan ke? Cubalah tengok movie-movie yang kawan ko rekemen tu. Heroin dia pon lawa, seksi pulak tu. Mesti best punya."

"Mat, henfon tu nampak mahal. Tapi macam takde orang nak je. Terbiar je dekat situ dari tadi. Ambik jela. Rezeki kau tu. Kau ambik, lepas tu buat muka macam benda tu kau punya. Takde orang perasan punya."

"Mat, kau sanggup ke nak korbankan waktu tidur kau? Semalam kau tidur lewat sebab buat assignment kan? Bukannya kau buat benda salah. Biarkan jela azan tu. Ambik balik selimut tu."

"....Mat, blablabla........."

".....Mat, blub blub blub......."


Selalu kan, ada bisikan-bisikan yang mencelah di liang hati kita, berlegar di ruang minda separa sedar kita.

Friday, March 9, 2012

Ya Allah, cepatnya hambamu ini mengeluh..

Arakian, tersebutlah kisah, dikisahkan demi maslahat semua ummah, demi juga memperingati diri sendiri, demi juga mencari redha-Nya.

"Huuhhhh...," Arjuna menyambut kertas ujiannya,sambil berjalan ke tempat duduk. Aku ni, dah memang tak perlu study kot, nak dapat A pun susah. Jealousnya tengok orang tak studi,kuat tidur, main game sampai lewat pagi, melagha je memanjang, tapi result tip top. Aku ni,kena stay up sampai lewat malam, studi segala bagai, bermastautin kat library lagi, tapi besok-besok,dapat result,yang selalu tidur,main game tu jugak yang dapat lebih.

"Uisssh,astaghfirullahalazim. Apa yang aku fikir ni".

Allah s.w.t berfirman “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya” 
(An-Nahl: 18).


Tayangan slaid cheritera para shuhada Assalafussoleh segera dimainkan diwayang fikirannya, cuba menepis godaan syaitan laknatullah untuk terus mengeluh atas nikmat yang dikurniakan-Nya. Alahai,senangnya aku mengeluh. Baru je diuji dengan secebis dugaannya. Belum lagi sampai perlu mengorbankan nyawa.

Tipu la kalau aku kata aku tak pernah terlintas dengki ke, cemburu ke, jealous ke terhadap sahabat aku sendiri. Memang, lumrah sebagai seorang student, aku pernah ada terlintas perasaan sebegini. Tapi,seelok-eloknya elakkan, husnudzhon yakni bersangka baiklah. Yang penting,bila ada saja terfikir sebegini, cepat-cepat istighfar. Tapi,bila fikir-fikir balik,betul gak apa yang pak menakan Spiderman cakap, tak senang bila ada tanggungjawab ni.

Taubat? Aku ini sudah jauh terlanjur.


"Mistakes are made so that we learn from them. They are not to be taken for granted" -anonymous

Yes, i do agree with the statement above. I have committed so much mistakes, so much sins, and.. I know I have want to change, deep in my heart. If possible, i don't want to do the same mistakes, the same sins ever again. Well, given that you made a terrible mistake in your exam, resulting in a bad grade, you would try to remember that mistake and not to do the same again, right?

But, we Muslims nowadays (especially me) commit so much sins daily, but why we keep repeating the same mistake. We do want to repent; the true repent (taubatanNasuha). Even the Prophet Muhammad PBUH asks for Allah's forgiveness more than 70 times a day despite the fact that he is maksum, what about us? 

13. Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) reported: I heard Messenger of Allah (sallallahu alayhi wassallam) saying: "By Allah, I seek Allah's forgiveness and repent to Him more than seventy times a day.''[Al-Bukhari]

Wednesday, March 7, 2012

Jiwa Kusut, Hati Kosong

Kadang-kadang, kita merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan diri kita..JIWA KUSUT...seakan-akan ade 'something missing' ..Hati pula terasa kosong.

Hendak buat apa-apa pun seakan-akan tiada mood. Tiada semangat. Hendak senyum, susah sekali.. Sekadar senyuman hambar, boleh la..

Menghadap laptop, 'study', lantas bermain dota sekalipun tidak tenang. Anda pernah tak hadapi situasi seperti ini? Aku...kadang-kadang kerap kali juga.
Jiwa kusut, mungkinkah ade sesuatu yang perlu kita ambil tahu? Kenapa jiwa ini terasa kosong?



Genggam tangan. Tepuk Dada. Tanya diri, "Apa khabar hati?" 

Hati

Assalamu'alaikum w.b.t

Ini mungkin entri 'official' aku yang pertama. Sebelum ini dipenuhi dengan entri-entri berunsurkan 'filesharing', sekadar perkongsian di alam maya ini, berjinak-jinak dalam bidang 'filesharing site'. :P

Jadi untuk entri yang pertama ini, suka untuk aku bincangkan soal hati. Ada apa dengan hati?


Dan dari Wabishah bin Ma’bad rodhiallohu ‘anhu dia berkata: Aku datang kepada Rasulullah , beliau bersabda:  “Apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?” Aku berkata,” Ya.” Beliau bersabda, “Bertanyalah kepada hatimu. Kebajikan adalah apa yang menjadikan tenang jiwa dan hati, sedangkan dosa adalah apa yang menggelisahkan jiwa dan menimbulkan keraguan dalam hati, meskipun orang-orang terus membenarkanmu.” (Hadits hasan yang kami riwayatkan dari Musnad Imam Ahmad bin Hambal dan Musnad Imam Ad-Darimi dengan sanad hasan)
Gadgets By Spice Up Your Blog