Kadang-kadang, kita merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan diri kita..JIWA KUSUT...seakan-akan ade 'something missing' ..Hati pula terasa kosong.
Hendak buat apa-apa pun seakan-akan tiada mood. Tiada semangat. Hendak senyum, susah sekali.. Sekadar senyuman hambar, boleh la..
Menghadap laptop, 'study', lantas bermain dota sekalipun tidak tenang. Anda pernah tak hadapi situasi seperti ini? Aku...kadang-kadang kerap kali juga.
Jiwa kusut, mungkinkah ade sesuatu yang perlu kita ambil tahu? Kenapa jiwa ini terasa kosong?
Adakah hati anda dipenuhi dengan zikrullah? atau mungkin anda alpa dan membiarkan hati anda dikotori elemen-elemen maksiat mungkin?
Sihatkah hati anda? atau mungkin ianya sakit? Atau lebih teruk lagi, adakah ianya telah mati? Sedikit perkongsian,beberapa tanda-tanda HATI YANG SAKIT dan HATI YANG SIHAT :
1. HATI YANG SAKIT tidak membisikkan kepada tuannya untuk mencapai
tujuan hidup iaitu untuk mengenali Allah, mencintaiNya, merindui untuk
bertemu denganNya, kembali kepadaNya dan mengutamakanNya dari segala
bentuk syahwat (yakni keinginan diri kepada dunia, keseronokan, harta
dan wanita). Ia
lebih mengutamakan kepentingan diri dan syahwatnya dari mentaati Allah
dan menyintaiNya. Hidupnya adalah dengan bertuhankan hawa nafsunya
sendiri sebagaimana firman Allah;
“Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) orang yang telah menjadikan
hawa nafsunya sebagai tuhannya? Dapatkah engkau menjadi pelindungnya
(dari kesesatan)?”. (al-Furqan; 43)
2. HATI YANG SAKIT tidak kisah dengan dosa dan maksiat. Apabila melakukan maksiat, ia
tidak rasa berdosa, resah atau gelisah kerana melanggar perintah Allah.
Berbeza dengan orang yang memiliki HATI YANG SIHAT, hatinya akan berasa
sakit dan pedih apabila tersilap atau tersengaja melakukan dosa, lalu
ia segera kembali kepada Allah dan bertaubat kepadaNya. Firman Allah
tentang sifat-sifat orang bertakwa;
“(Dan antara tanda orang bertakwa ialah) orang-orang yang apabila
melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera
ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya
tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga
tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang
mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)”. (Ali Imran: 135)
Jadi, anda faham mengapa situasi JIWA KOSONG menghantui anda? Tepuk dada, tanya pula Hati,
"Apa khabar Iman?"
Berkata Imam Ibnu al-Qayyim; “Selagi hati selamat dari penyakitnya, ia akan berjalan menuju akhirat dan menghampirinya hingga menjadilah ia ahlul-akhirah (golongan yang beramal untuk akhirat). Namun apabila hati sakit, ia akan melebihkan dunia dan menjadikan dunia watannya hingga menjadilah ia alul-dunya (golongan yang beramal semata-mata untuk kepentingan duniawi”. (Ighasah al-Lahfan, halaman 94-95).
5 comments:
JaZAkallah atas perkongsian. teruskan usaha menulis. sebar sebarkan kebaikan :)
insyaALLAH.baru belajar..minta tunjuk ajar :)
teruskan usaka amalonjong!!!
bulat! =.="
:D
wiriting inspires people, keep it up.
Post a Comment