Saturday, March 17, 2012

LAMPU ISYARAT

Bangun pagi penuh bertenaga.

Setelah sebotol susu segar jenama tempatan dihabiskan, badan ku lentur-lenturkan. Aiwah, dah macam ahli gymnas Negara. Cuaca baik, embun-embun pagi masih kelihatan meniti di daun pepohon renek di halaman rumah, menyegarkan mata memandang. Alangkah ruginya jika pemandangan yang begitu memukau ini disia-siakan. Lalu ku capai sepasang kasut usang yang terdampar dipinggiran verandah rumah, kelihatan begitu tidak bermaya sambil menagih simpati.

Kasut ku pakaikan, pada kedua-dua belah kaki la kan.
Fuh, hari ini dalam sejarah peradaban manusia, sebaik menunaikan solat subuh aku berjaya menahan nafsu tidur, berjaya menentang seruan katil dan batal batal yang empuk lagi berselerakan di kamar tidurku dan paling penting berjaya membuat setan setan yang direjam itu menangisi kegagalan mereka menghasutku untuk terus membuta dalam bilik. Wahahah. Gelak kejam di situ.


Alhamdulillah
So apa cer hari ni?

Menuntut ilmu, itulah topic yang bakal dicanang. Wah, gaya dah macam sasterwan, ilmuwan, cendekiawan dan segala wan yang ada dah. Eheh.

Masih ingat analogi,
“Lampu isyarat sudah hijau, tetapi kereta di hadapan kita masih tidak bergerak-gerak. Kita hendak marah dengan kelembapannya. Tetapi sebaik sahaja kita melihat pada kereta itu tertera tanda L, kita jadi sejuk dan memaafkan. Oh, dia masih belajar memandu…”

Maka begitulah kita harapkan semasa belajar ini. Kita harapkan Allah ampunkan kita jika kita berterusan belajar. Ibadah kita banyak lagi kecacatan dan kekurangannya, tetapi apabila kita berterusan belajar, semoga Allah memaafkan kita. Contohnya, solat yang kita dirikan selama ini, siapa yang berani menjamin semuanya sudah sempurna? Semuanya sudah tepat seperti solat nabi? Tidak ada siapa yang berani. Lalu apa jalan keluarnya? Ya, dengan berterusan belajar. Insya-Allah, Tuhan akan ampunkan kita sekiranya kita masih belajar solat.

Hah, cuak tak?

Walau sebanyak mana pun ilmu yang telah digali oleh manusia, hakikatnya masih sekelumit dibandingkan dengan ilmu Allah yang melangit. Justeru, sebanyak mana pun dan setinggi mana pun ilmu yang dimiliki seseorang, dia sewajarnya terus merendahkan diri kepada Allah. Di antara tanda orang yang merendah diri dengan Allah itu, dia juga akan merendah diri sesama manusia. Justeru, jika terdapat ahli ilmu yang sombong, dia hakikatnya bukan ilmuwan tetapi hanya seorang hina dari kelas bawahan!
Begitu dahsyat.

Agak-agaknya di manakah letaknya kita?
Wallahualam

Ps: entry pertama saya, agak cuak di situ “-.-

6 comments:

Ir Jinggo said...

suka ayat ni 'Di antara tanda orang yang merendah diri dengan Allah itu, dia juga akan merendah diri sesama manusia.'

Inspector Saahab said...

amal, kat screen kau nampak tak writing tu berperenggan ? mana pergi perenggan ni? >.<

Unknown said...

Subhanallah.. daripada traffic light menjadi mesej yg sgt mndalam.

Ir Jinggo said...

cuba edit balik

Ir Jinggo said...

aq dh edit,,so,,ok?

Inspector Saahab said...

ok ! canteek !

Gadgets By Spice Up Your Blog