Wednesday, March 14, 2012

Mahukan Pahala atau Redha ALLAH?

AWAS! Entri ini sedikit panjang, namun sekiranya mahu mengekstrak pengajaran yang ingin diutarakan, silalah baca.. :)

* * * * *
Pagi itu begitu nyaman sekali,, setelah dikurniakan rahmat oleh ILAHI untuk terus bangkit, meneruskan hidup di bumi Nya yang fana ini. Rutin wajib seharian dilaksanakan bersama-sama, ahli Apartmen 604(berjumlah 11 orang kesemuanya, namun 2 orang telah pulang ke kampung halaman) memang bersatu hati. Pada malam sebelumnya, rutin wajib bermain DoTA dilaksanakan seperti biasa. 

DoTA pengerat silaturrahim, memupuk kerjasama



Alhamdulillah, subuh masih terjaga.. Tidaklah awal, tapi tidaklah dilupakan. Sedikit nasihat, tidurlah awal, jagalah subuh anda, kalau boleh, subuhlah secara berjemaah, preferably di surau atau masjid berdekatan. Dan janganlah sesekali meninggalkan solat walau apapun. Aku pun masih berusaha dan akan terus berusaha, insyaALLAH. :)


"Batas antara seseorang dengan kekufuran adalah meninggalkan solat."[Riwayat Muslim]

Tiba waktu untuk berkunjung ke rumah Ikram. Rombongan terpaksa memanfaatkan kemudahan bas yang ada di hadapan UIA dek kerana tiada pengangkutan sendiri. Tapi tak apalah, yang penting, ada pengangkutan..tak gitu?

Gambar hiasan semata-mata ^^
* * * * *


Sesampainya kami di rumah saudara Ikram di Puchong, kami disambut oleh sepasang suami isteri penyayang, ibu bapa Ikram. Dua sahabat kami, Lesung (bukan nama sebenar) dan Bulat (mungkin nama sebenar) sudah pun menunggu. 

Selesai ta'aruf bersama keluarga apartmen 604 dan keluarga Ikram, kami menjamu selera dengan lambakan pizza homemade yang disediakan oleh ayah Ikram. Encik Mohd Noor.
Kata Ikram, ayahnya dahulu pernah membuka kedai pizza sendiri, Romano Pizza namanya. Tidak hairanlah kemahiran beliau membuat pizza dapat menandingi mana-mana chef pizza di Domino! 

Ayah Ikram tidak dinafikan seorang yang peramah. Pengalamannya sewaktu di USA dikongsi bersama, tidak kurang kisah cinta dia suami isteri. ^^
Mereka tidak bercouple seperti remaja-remaja sekarang (Ouch!) , namun mereka tetap bahagia. Baitul Muslim yang dibina berkekalan sehingga detik ini di waktu kes cerai semakin meningkat di MALAYSIA ini. Harapannya, keluarga ini kekal bahagia dan dirahmati ALLAH hendaknya. (Amiiinn)



Ikram punyai adik perempuan, muda 2 tahun opss silap, setahun lagi muda daripada kami.


Sewaktu melangkah keluar dari rumah Ikram, aku sempat mengusiknya.


"Ikram, chop adik ko untuk aku ye."usikku.
          Ikram tersenyum seraya membalas, "Ko kene usaha!"


Aku tersenyum sendiri. Bukan niatku hendak menjadikan munakahat itu permainan, namun sudah menjadi norma ku mengusik rakan-rakan. Walaupun hanya usikan, namun peristiwa itu membuatku berfikir sejenak. 
"Kalau hendakkan redha seorang abang untuk adiknya pun perlukan usaha, apatah lagi kalau kita mendambakan REDHA ALLAH S.W.T. Sudah tentu kita kena usaha dengan lebih gigih lagi!"


Betul tak? Tepuk dada, tanya hati.
Selama ini anda beribadah kepadaNya adakah untuk memperoleh pahala, atau adakan anda mahukan RedhaNya? Kalau dengan nilai pahala yang kita kumpul seumur hidup, rasa anda cukup tidak untuk membeli tempat di syurga? Ya, mungkin timbangan amal anda melebihi timbangan dosa, namun sama kah nilai syurga itu dengan nilai pahala itu?


Tidak. Ini pendapatku. Tidak sama sekali. Tidak akan cukup pahala kita untuk membeli syurgaNya.


Persoalan kedua, adakah ikhlas itu lahir daripada amal ibadah yang dilakukan untuk meraih pahala? Atau mungkin ikhlas itu lebih mudah hadir sekiranya niat kita hanyalah untuk memperoleh RedhaNya?


Ini suatu analogi. Ibu kita yang tersayang meminta kita melaksanakan sesuatu tugas, dan menjanjikan kita ganjaran duit andai tugas itu terlaksana. Katakan anda diberi dua pilihan: 
1. Laksanakan tugas dan ambil ganjaran tersebut.ucapkan terima kasih dan peluk ibu anda.
2.Laksanakan tugas tersebut, dan sewaktu dia menghulurkan ganjaran, peluklah dia dan katakan, "Saya tidak mengharapkan ganjaran daripada Ibu, yang saya mahu hanyalah redha dan kasih sayang ibu"


Pendapat anda, manakah yang lebih baik. Manakah yang mampu menitiskan air mata ibu kita? Manakah yang mampu membeli redha seorang ibu?


Sekarang fikirkan, tanya diri;
"Aku beribadah selama ini untuk pahala atau untuk redha ALLAH?"







10 comments:

Anonymous said...

ibadah yg terbaik mmg ibadah yg kita lakukan sbb semata2 kerana kita hamba-Nya, untuk redha-Nya..tq 4 da interesting story..walaupon aku x nmpk sngt apa kena mengena ngan pizza ayah ikram.haha=)

Ir Jinggo said...

oh,,pizza ayah Ikram sedap woo,,ehe..tu penambah perisa je,,

Inspector Saahab said...

Subhanallah :0 entry yang mantab :) teruskan perjuangan ini :)

Faris Nafiah said...

jzkk..terima kasih kerana memberi semangat

Unknown said...

Thanks Amal promote pizza ayah aku

Unknown said...

Ya.. kami yang baru berkecimpung ni memang perlukan kata-kata semangat daripada yang pakar. hehe

Inspector Saahab said...

saya pun baru terjerumus dalam business ni. seronok lihat rakan sebaya berpadu tenaga buat kerja nabi ni :)

Ir Jinggo said...

jzkkk,, =]

Anonymous said...

Teruskan usaha kalian :)

Ir Jinggo said...

insyaALLAH,,, =]

Gadgets By Spice Up Your Blog