Saturday, July 28, 2012

LUBANG PADA TABUNG AMALAN

Assalamu'alaikum Warohmatullah. 
Bismillahirrahmanirrahim.

Ramadhan. Bulan kita digesa berpesta ibadah, dinasihatkan untuk kurangkan juadah. Bulan muslimin disyariatkan berpuasa. Bulan turunnya al-Quran. Bulan yang mulia. pada mana syaitonirrojim dibelenggu. Tetapi aku keliru. Aku keliru melihat masyarakat yang haru biru.

2:183
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, SUPAYA KAMU BERTAQWA."
(Al-Baqarah 2:183)

Friday, July 27, 2012

Hikayat Hamba Dan Borang Permohonan

Pagi yang indah. Redup, sejuk, nyaman. Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.  Seusai solat subuh berjemaah, selawat dan zikir serta doa, seperti kebiasaan pagi Jumaat, imam duduk menghadap semua. Tangannya memegang kitabullah. Dialunkan bacaan ayat suci al-Quran, surah al-Baqarah ayat 186.


A186


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."
(Al-Baqarah 2:186)

Monday, July 23, 2012

0.1 Falsafah Puasa Dari Kisah Abul Basyar

Barangkali, Bila Puasa Ramadhan menjelma, Kita dihidangkan dengan Surah Al-Baqarah 2:183;

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,"

Dalam ayat ini, kita mengetahui bahawa idea berpuasa adalah untuk mencapai "ketakwaan". Selain itu, Puasa juga diwajibkan ke atas Umat yang terdahulu. Tidak hairanlah, jika Agama lain juga mempunyai syariatnya yang tersendiri dalam berpuasa.

dan juga 2 ayat seterusnya, 2:184,185..

Dalam Artikel ini:
Ana tidak mahu menyentuh Puasa-puasa yang biasa didengari (dan boleh didapati ilmu ini dari mana2 Ustaz), seperti 
- puasa Nabi Daud a.s. yang berselang-seli,

- puasa Nabi Musa a.s. selama 40 hari (sebelum ke Bukit Sinai.. baca sini untuk perbandingan mengenainya)

- puasa Nabi Muhammad s.a.w. mengikut syariat Yahudi pada awalnya (iaitu puasa selama sehari suntuk, dan tidak dapat bersenggama dengan Isteri pada malam hari), di mana kemudiannya dimansukhkan dengan Puasa Ramadhan. atau juga tentang puasa Asyura yang jatuh pada hari ke 10 Bulan Muharram di mana Nabi  s.a.w. berpuasa bersama-sama bersama masyarakat Quraisy dan masyarakat Yahudi juga berpuasa. 

Saturday, July 21, 2012

Madrasah Tarbiyyah Ramadhan

Assalamu'alaikum warohmatullah.
Ramadhan Kareem!! (jawabnya: Allahu akram!)

Alhamdulillah, setelah ditunggu-tunggu, Ramadhan telah tiba dan masih sudi berjumpa kita hoyeah!  Hari ini hari pertama berpuasa bagi Ramadhan tahun 1433H ini. Tidak kah anda rasa semangatnya? Wah. Ramadhan ini, saya yakin ramai daripada anda bersemangat, keterujaan yang jauh melampaui keterujaan dapat berjumpa dengan Perdana Menteri mahupun berjumpa Ana Raffali yang tampak lebih ayu sejak bertudung. Lebih-lebih lagi anda-anda yang sudah terbuka mata dek usaha DnT yang menarik anda untuk melihat Ramadhan lebih daripada sekadar menahan lapar dan dahaga. Alhamdulillah.

Setelah sebelas bulan kita meninggalkan Madrasah Tarbiyyah Ramadhan, kini kita diterima kembali untuk kesekian kalinya. Eh, anda rindu ke tak Ramadhan ni? Kalo rindu, bagus. Ke anda mengeluh saat Ramadhan menghampiri, dek kerana bakal kehilangan teman rapat syaitonirrojim yang dibelenggu sempena Ramadhan? wahaha. Na'udzubillahimin zalik.

Thursday, July 19, 2012

Sampaikah Aku Pada Ramadhan?

Hari Sabtu. 3 minggu menjelang Ramadhan. Mata Ikhwan tepat memandang skrin komputer ribanya. Facebook, twitter. Blog. Masa berlalu begitu sahaja, terperap dalam alam maya. Tiba-tiba, telefon bimbitnya merengek-rengek ingin diberi perhatian. Lalu dihulurkan tangan, gadjet seakan-akan keranda kecil digenggam, mata beralih ke arah skrin kecil kotak kelabu itu.
'One message received'.

"Assalamu'alaikum, Ikhwan. Ayah aku, dia dah takde. Petang semalam."


Terasa bayu angin sejuk menyapa kulitnya. Angin sejuk yang menjemput mutiara untuk keluar dari matanya.
Butang 'reply' pantas ditekan. Nafas dihela panjang. Wajah Helmi tiba-tiba menjengah di minda. Sahabatnya sejak darjah lima sekolah rendah. Sudah delapan tahun umur persahabatan mereka.


"Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un."

Saturday, July 14, 2012

Stargaze


“Orang alim memang suka stargazing ye?” Jat merebahkan badan di sebelah Haikal.

“Errr..,” Haikal mengalih pandang dari langit ke muka kawan di sebelah.

“Kau. Alim. Suka stargazing.”

“Alim…?”

“Ya la, alim. Selalu je aku tengok kau stargazing.”

Soalan tak bersambut. Haikal hanya membiar jeda. Fifteen seconds of silence, and…, “Assignment dah siap?” Soalan skema setiap kali nak ubah topic.

“Dah. Tu yang aku turun sini. Bosan atas sana. Duk melalak je semua.”


Jeda menyapa lagi. Haikal hanya memerhati langit.

“Kau pernah tengok tahi bintang?” Giliran Jat lagi bukak mulut.

Tuesday, July 10, 2012

Buat Insan Bernama Sahabat

Tersenyum lihat gambar ini. (Gambar oleh Ikram Mohd Noor)

"Sahabat. 
Bukanlah niatku ingin berseorangan, terasing daripada kalian. Cuma aku terasa asing di sampingmu.

Saturday, July 7, 2012

10 Sebab Untuk Anda Terima Keputusan Exam Seadanya dan Move On!



Amaran: Post ini agak panjang, anda boleh tengok point2 yg nak dihighlight tu je kalo malas sgt.. :P
P/s: entri ini lebih terarah kepada golongan yang sedang bersedih, seperti saya.


Pagi itu indah. Tenang, redup, sejuk. Pokok-pokok terus bekerja keras mengeluarkan oksigen untuk manusia gunakan, selaras dengan perintah yang Maha Esa. Tidak pernah pula aku dengar sang pokok merungut dengan tugasnya, tak seperti manusia. Fuh. Nafas ditarik dalam-dalam.. Minggu itu, newsfeed Buku Muka dan timeline Pencicit penuh dengan bebelan dan luahan hati sahabat-sahabat. Seperti sang nujum, benarlah firasat saya yang mengatakan bahawa ini merupakan Minggu Keputusan Peperiksaan Semalaysia. Khususnya para pelajar Sekolah MARA Banting, Pusat Pendidikan Antarabangsa Uitm, UniKL, dan lain2.

Wednesday, July 4, 2012

5 Faktor Fenomena Musim Panas

Mentari menyinari..


Aku keluar ke bandar. Hari itu panas, panas bangat cuacanya. Sumpah panas. Hari ini pun panas. Esok pun mungkin panas. Malaysia dah semakin panas sejak kebelakangan ini. Summer mungkin? :O Mungkin Malaysia pun dah nak join kumpulan-kumpulan negara 4 musim? :D Oh tidak. Jangan mimpi. Malaysia cuma ada 2 musim. Panas. Hujan. Hujan. Panas. Hujan Panas. Jom, bincang faktor-faktor yang mendorong kepada panasnya Malaysia sekarang. Heh. Kerepek.

FAKTOR 1
Kepulan-kepulan karbon berkepuk-kepuk keluar dari ekzos kenderaan. Karbon dioksida, karbon monoksida, sulphur dioksida dan sebagainya. Tak kurang ekzos-ekzos yang terpekik-pekik, terlolong-lolong. Hish. Pencemaran bunyi.



"One of the factors contributing to global warming is the increase in the concentration of greenhouse gases in the atmosphere. Greenhouse gases such as carbon dioxide will trap heat, thus heat can't be reflected to outer space. Hence, the earth's temperature will increase."

Monday, July 2, 2012

Berminat Untuk Berlakon Dalam Movie?

Bila nak start wayang ni? [Gambar]

Kehidupan ini hakikatnya adalah kisah hidup kita. Setiap tindak tanduk itu ditanggung oleh diri kita sendiri. Apa yang kita lakukan dalam kehidupan ini akan memberi sama ada impak yang besar ataupun kecil pada manusia sejagat. Ironinya, sama ada kita suka atau tidak, kitalah yang menjadi watak utama dalam kehidupan kita. Membawa kita berfikir, jika watak utama itu seorang yang suka duduk diam dan hanya memerhatikan keadaan sekelilingnya tanpa berbuat apa-apa, tidakkah kisah itu akan menjadi sangat bosan? Contohnya kita lihat movie "Tentang Ahmad". Hidupnya hanya berkisar tentang rutinnya bermain game, tengok tv dan makan roti. Kisah ini berulang-ulang hinggalah habis movie tersebut. Ya. Kisah yang sangat bosan. Kosong.
Gadgets By Spice Up Your Blog