Saturday, July 28, 2012

LUBANG PADA TABUNG AMALAN

Assalamu'alaikum Warohmatullah. 
Bismillahirrahmanirrahim.

Ramadhan. Bulan kita digesa berpesta ibadah, dinasihatkan untuk kurangkan juadah. Bulan muslimin disyariatkan berpuasa. Bulan turunnya al-Quran. Bulan yang mulia. pada mana syaitonirrojim dibelenggu. Tetapi aku keliru. Aku keliru melihat masyarakat yang haru biru.

2:183
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, SUPAYA KAMU BERTAQWA."
(Al-Baqarah 2:183)

Tujuan berpuasa sudah dinyatakan dengan begitu jelas dalam al-Quran. Supaya kita bertaqwa, yakni perasaan takut kepada Allah, dimanifestasikan dengan mengikuti segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Bukanlah berpuasa itu semata-mata untuk berlapar dan dahaga; berpuasa tapi lagho, pada mana maksiat masih dilakukan seperti biasa. Ehem. Maksiat bukanlah bererti zina semata-mata. Maksiat di sini merujuk kepada perbuatan yang mendatangkan dosa. Apa erti Ramadhan (pada anda) sekiranya siang berpuasa tetapi malam diisi dosa? Bahkan lebih teruk lagi, berpuasa tetapi pada masa yang sama berbuat dosa. Astaghfirullah. Syaitan sudah dibelenggu, apa lagi alasan mahu diberi?

Aku sedih. Terasa kasihan. Melihat newsfeed Muka Buku, timeline Pencicip. Muslimah memuat naik gambar. Gambar tidak menutup aurat. Sedih. Lelaki pula memaki hamun, mencarut. Sedih. Fanpage mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah. Sedih sekali. Sedih. Umat makin tenat. Kemuliaan Ramadhan ditolak ketepi. Erti Ramadhan tidak dimengerti. Tujuan berpuasa jauh dari diri. Apakah ini?

Di Syria, Burma, Palestin, umat Islam diuji dengan kepayahan dan kekejaman yang tidak terperi. Di Malaysia pula, penyakit ummah menjadi-jadi. Hilangnya nilai keislaman dalam diri. Allahurabbi.

Ibarat bekas air yang berlubang. Diisi air hanya beberapa kali. Tetapi air tetap akan mengalir keluar tanpa henti, selagi lubang yang ada tidak ditampung. Apatah lagi sekiranya lubang itu ditambah pula. Pada suatu masa, air itu akan kering. Bekas itu akan kosong. 
bekas yang berlubang
Air itu diibaratkan pahala amalan yang kita lakukan. Lubang itu diibaratkan sebagai saham dosa, khususnya dosa yang tidak akan terhenti, seperti perilaku sesetengah daripada kita yang memuat naik gambar tidak menutup aurat ke MukaBuku dan Pencicip. Selagi mana gambar itu wujud dan yang haram melihat auratnya melihat gambar tersebut, selagi itu pemiliknya mendapat saham dosa. Apatah lagi sekiranya gambar itu disebarkan dan menjadi tatapan kelompok yang lebih besar! 


Begitu juga dengan menyebarkan fitnah. Semakin tersebar fitnah itu, semakin bertambah lah dosa. Tidak kurang juga yang mengeluarkan kata-kata kesat di medium sosial sebegitu. Setiap orang yang membacanya, akan menyumbangkan dosa kepada kita.


Bagi orang yang berpuasa, ianya akan terus menjadi lubang pada tabung amalan pada mana kita akan terus dapat dosa, menguruskan puasa. Allahurabbi. Betapa rugi. Puasa, tetapi upload gambar tidak tutup aurat. Puasa tetapi fitnah memfitnah. Puasa tetapi caci maki, carut marut, kutuk ketuk, hina mina. Rugi.


Apa erti Ramadhan sebegini? Berlapar dan dahaga tetapi tidak dapat menjaga lidah, jari jemari. Na'udzubillah. Janganlah berpuasa sekadar lapar dan dahaga.



Rasulullah saw bersabda :
“Betapa ramai orang yang berpuasa tapi tidak mendapatkan apa-apa baginya kecuali rasa lapar.” (HR An-Nasaie dan Ibnu Majah)



Beberapa Hadith untuk renungan (walaupun tidak secara langsung berkaitan dengan tajuk ini ;p )

Daripada Abu Hurairah R.A.  bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Adakah engkau semua tahu, siapakah orang yang muflis itu?" Para sahabat menjawab: "Orang muflis di kalangan kita ialah orang yang sudah tidak memiliki lagi sesuatu benda apapun." Baginda S.A.W. lalu bersabda: " Orang muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa amalan solat, puasa dan zakatnya ketika di dunia dahulu, dia pernah mencaci, menuduh, memakan harta dan membunuh seseorang (tanpa alasan yang benar). Maka orang yang dianiaya itu diberikan pahala orang tadi. Mangsa yang lain pun diberikan pahalanya juga. Jikalau pahala-pahalanya sudah habis sebelum terlunas tanggungan kezalimannya, maka ambillah dari dosa-dosa orang-orang yang dianiayanya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, kemudian orang tersebut dilemparkanlah ke dalam neraka". (Riwayat At-Tarmizi)  sumber hadith


dalam satu hadisnya,baginda Rasulullah s.a.w bersabda;
“Saya akan beritahukan kepada kalian suatu kaum dari kalangan umatku. Mereka datang pada hari kiamat dengan kebaikan sebesar gunung. Namun Allah menjadikan kebaikan tersebut seperti debu yang berterbangan.”
Tsauban berkata,
“Ya Rasulullah! Terangkan sifat-sifat mereka pada kami, sehingga kami tidak termasuk dari golongan mereka, sedangkan kami tidak menyadarinya.”
Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Mereka adalah saudara kalian, dari kalangan kalian pula. Mereka mengisi waktu malam dengan beribadah, seperti yang kalian biasa lakukan. Namun mereka jika sedang bersendirian dan mempunyai kesempatan melakukan perbuatan haram, maka mereka melakukannya”(HR Ibnu Majah)

BERSAMA MENUJU MARDHATILLAH

4 comments:

Hasnul Adin said...

di bulan mulia ni, kalau kita ke bazar boleh "kurus"kan pahala kita. =P

tapi, sebenarnya x ke bazar pon boleh je "kurus" pahala tu. =)
mukabuku lebih bahaya kadang2.

___________________________________

newest post : http://hasnuladin.blogspot.com/2012/07/mak-petik-gitar-untuk-kejut-sahur.html

do follw back for updates =D

Ir Jinggo said...

setuju sangat.. uhuk3. sebab tu kena tapis sikit muka buku, jgn like page sembarangan, kwn2 pn kena tapis, yg boleh kuruskan puasa unsubscribe from updates. mahukan puasa yg gemuk tahun ni insha ALLAH. :D

Ciklong said...

as-salam :)

muka buku memang disalahgunakan oleh beberapa manusia yg tak berapa betul. that's why tcer dah tutup tcer punya muka buku supaya tak terjebak dengan benda tak baik ni.

anyway, tcer tagged awak kat blog tcer. ada masa free, silalah jawab ye...hehe. selamat berpuasa :)

Pemimpi Tegar said...

Tangan terasa gatal ingin menulis. Wahaha :D

Gadgets By Spice Up Your Blog