Pagi yang indah. Redup, sejuk, nyaman. Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Seusai solat subuh berjemaah, selawat dan zikir serta doa, seperti kebiasaan pagi Jumaat, imam duduk menghadap semua. Tangannya memegang kitabullah. Dialunkan bacaan ayat suci al-Quran, surah al-Baqarah ayat 186.
Pagi itu terasa kelainannya. Aku tidak terasa mengantuk, tidak seperti hari-hari yang lain pada bulan-bulan yang lain. Walhal aku cuma tidur selama 3 jam sahaja. Tumpuanku pada tazkirah yang disampaikan imam masjid Noor Aini mukim Pasir Hor itu. Berkat Ramadhan, sayyidul ayyam pula. Double barokah. Ayat suci al-Quran ini kemudiannya diterangkan dengan lebih lanjut oleh Inche Imam, memberikan gambaran yang lebih jelas.
ALLAH DEKAT DENGAN HAMBA-HAMBANYA
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);
Yang maksudkan di sini dengan 'Hamba' adalah orang-orang yang menyerahkan diri kepadaNya. Iaitu kita muslim. Muslim itu kata akarnya 'aslam' yang bermaksud menyerahkan diri. Muslim itu sendiri bermaksud orang yang menyerahkan diri kepada Allah. Segala urusannya dia berserah kepada Allah, Tuhan seluruh alam. Justeru hanya orang yang menyerahkan diri merupakan hamba Allah. Hanya hamba yang Allah dekat dengan mereka. Sebab itulah dalam ayat di atas, perkataan 'hamba' dipilih, bukannya 'manusia'. Hamba Allah ini tinggi martabatnya di sisi Allah. Tidaklah sama erti hidup sebagai Hamba Allah dengan Hamba Manusia.
Lain ayat yang menunjukkan betapa 'hamba-hamba Allah' ini mempunyai kelebihan di sisiNya termasuklah:
"...Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya."
(A-li'Imraan 3:15)
"..Dan (ingatlah juga), Allah Amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya."
"...Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya."
"Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dia lah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya), dan bahawa sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani?"
(At-Taubah 9:104)
Dan banyak lagi. Sila buka al-Quran dan belek-belek, baca dan fahamkan maksud. Jangan jadi malas. Ehehe
Dalam potongan pertama ayat di atas (ayat yang asalnya kita bincangkan), Allah itu berfirman bahawa Dia dekat dengan hamba-hambaNya. Lebih dekat daripada yang kita bayangkan. Bahawasanya semua pancaindera kita, penglihatan, pendengaran, sentuhan etc2(ok pemalas) adalah dengan kurnia Allah. Kita dapat menggerakkan jari kita itu pun dengan kurnia Allah. Bahkan degupan jantung itu. Itulah, betapa dekat kita dengan Allah.
DOA SEORANG HAMBA
..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu...
Dalam bahagian ini pula dijelaskan bahawa Allah akan perkenankan doa orang yang memohon kepadaNya. Dalam ini juga, Inche Imam juga menjelaskan lagi bahawa 'orang' yang dimaksudkan di sini adalah 'hambaNya'. Hal ini dikuatkan lagi dengan bahagian ayat di bawah.
Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."
Siapakah lagi yang menyahut seruan Allah dan beriman kepada Allah melainkan dia itu tergolong dalam kalangan 'Hamba Allah'?
HIKAYAT BORANG PERMOHONAN
Berbicara tentang doa, Inche Imam menjelaskan bahawa doa itu boleh diumpamakan sebagai sebutir borang permohonan. Haha. Sebutir. -.- (terengganese will get it).
Sebagai contoh, seorang pegawai ingin memohon untuk dinaikkan pangkat dan berpindah tempat kerja. Makanya, borang tersebut hendaklah diisi selengkapnya. Sudah tentu seorang pegawai yang mengisi borang, mahupun seorang hamba Allah yang menginginkan sesuatu kebaikan baginya, inginkan permohonannya dimakbulkan.
Oleh itu, seperti mana sebutir (-.-) borang permohonan perlu untuk diisikan selengkapnya, doa juga perlu dijaga supaya sempurna. Adab-adab berdoa perlu dijaga sebagaimana cantiknya borang permohonan diisi. Terkadang memuji majikan, kita pula hendaklah lebih lagi memuji Allah.
Sepertimana borang permohonan perlu akan tandatangan sang pemohon, begitu juga doa. Kita sendiri perlu memohon kepada ALLAH dengan penuh pengharapan dan berserah diri kepadaNya dengan penuh keinsafan dan rendah diri , bukan sekadar meminta orang lain tolong doakan untuk kita.
"Memang bagus minta orang-orang alim tolong doakan untuk kita, tapi kita sendiri kalau tak berdoa takde gunanya juga. Macam borang permohonan, doa orang lain itu ibarat surat sokongan je. Haha. Kalau ada surat sokongan, tapi borang permohonan kita tak hantar, susah lah nak makbul."
Kadang-kadang, kita berdoa namun tidak dimakbulkan. Kata Inche Imam lagi, itu mungkin disebabkan kita ini berdoa tatkala hati sedang lalai. Justeru, sempena Ramadhan, bulan keampunan ini, hendaklah kita bertaubat dengan taubat nasuha. Astaghfirullah. Terasa sayu diri ini mendengarkannya. Memikirkan dosa setinggi gunung. T.T
Sama-sama kita amalkan doa ini:
Faktor lain doa tidak terkabul juga mungkin disebabkan pemakanan kita yang bersumber yang haram. Astaghfirullah. "Daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka nerakalah yang paling utama baginya!"
Kata Inche Imam lagi, Allah sentiasa bersedia untuk memberi, cuma kita je yang tidak memohon dengan sebenar-benar hakikat bahawa kita ini hamba. Ibarat Bos Besar sudah ready untuk cop borang, tapi borang pula takde, kalau ada pun, tak lengkap.
Borang permohonan anda pula bagaimana? Renung-renungkan dan selamat beramal. =)
MARI MENJADI HAMBA
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."
(Al-Baqarah 2:186)Pagi itu terasa kelainannya. Aku tidak terasa mengantuk, tidak seperti hari-hari yang lain pada bulan-bulan yang lain. Walhal aku cuma tidur selama 3 jam sahaja. Tumpuanku pada tazkirah yang disampaikan imam masjid Noor Aini mukim Pasir Hor itu. Berkat Ramadhan, sayyidul ayyam pula. Double barokah. Ayat suci al-Quran ini kemudiannya diterangkan dengan lebih lanjut oleh Inche Imam, memberikan gambaran yang lebih jelas.
ALLAH DEKAT DENGAN HAMBA-HAMBANYA
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);
Yang maksudkan di sini dengan 'Hamba' adalah orang-orang yang menyerahkan diri kepadaNya. Iaitu kita muslim. Muslim itu kata akarnya 'aslam' yang bermaksud menyerahkan diri. Muslim itu sendiri bermaksud orang yang menyerahkan diri kepada Allah. Segala urusannya dia berserah kepada Allah, Tuhan seluruh alam. Justeru hanya orang yang menyerahkan diri merupakan hamba Allah. Hanya hamba yang Allah dekat dengan mereka. Sebab itulah dalam ayat di atas, perkataan 'hamba' dipilih, bukannya 'manusia'. Hamba Allah ini tinggi martabatnya di sisi Allah. Tidaklah sama erti hidup sebagai Hamba Allah dengan Hamba Manusia.
Lain ayat yang menunjukkan betapa 'hamba-hamba Allah' ini mempunyai kelebihan di sisiNya termasuklah:
"...Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya."
(A-li'Imraan 3:15)
"..Dan (ingatlah juga), Allah Amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya."
(A-li'Imraan 3:30)
(A-li'Imraan 3:182)
(At-Taubah 9:104)
Dan banyak lagi. Sila buka al-Quran dan belek-belek, baca dan fahamkan maksud. Jangan jadi malas. Ehehe
Dalam potongan pertama ayat di atas (ayat yang asalnya kita bincangkan), Allah itu berfirman bahawa Dia dekat dengan hamba-hambaNya. Lebih dekat daripada yang kita bayangkan. Bahawasanya semua pancaindera kita, penglihatan, pendengaran, sentuhan etc2(ok pemalas) adalah dengan kurnia Allah. Kita dapat menggerakkan jari kita itu pun dengan kurnia Allah. Bahkan degupan jantung itu. Itulah, betapa dekat kita dengan Allah.
DOA SEORANG HAMBA
..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu...
Dalam bahagian ini pula dijelaskan bahawa Allah akan perkenankan doa orang yang memohon kepadaNya. Dalam ini juga, Inche Imam juga menjelaskan lagi bahawa 'orang' yang dimaksudkan di sini adalah 'hambaNya'. Hal ini dikuatkan lagi dengan bahagian ayat di bawah.
Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."
Siapakah lagi yang menyahut seruan Allah dan beriman kepada Allah melainkan dia itu tergolong dalam kalangan 'Hamba Allah'?
HIKAYAT BORANG PERMOHONAN
Berbicara tentang doa, Inche Imam menjelaskan bahawa doa itu boleh diumpamakan sebagai sebutir borang permohonan. Haha. Sebutir. -.- (terengganese will get it).
Sebagai contoh, seorang pegawai ingin memohon untuk dinaikkan pangkat dan berpindah tempat kerja. Makanya, borang tersebut hendaklah diisi selengkapnya. Sudah tentu seorang pegawai yang mengisi borang, mahupun seorang hamba Allah yang menginginkan sesuatu kebaikan baginya, inginkan permohonannya dimakbulkan.
Oleh itu, seperti mana sebutir (-.-) borang permohonan perlu untuk diisikan selengkapnya, doa juga perlu dijaga supaya sempurna. Adab-adab berdoa perlu dijaga sebagaimana cantiknya borang permohonan diisi. Terkadang memuji majikan, kita pula hendaklah lebih lagi memuji Allah.
Sepertimana borang permohonan perlu akan tandatangan sang pemohon, begitu juga doa. Kita sendiri perlu memohon kepada ALLAH dengan penuh pengharapan dan berserah diri kepadaNya dengan penuh keinsafan dan rendah diri , bukan sekadar meminta orang lain tolong doakan untuk kita.
"Memang bagus minta orang-orang alim tolong doakan untuk kita, tapi kita sendiri kalau tak berdoa takde gunanya juga. Macam borang permohonan, doa orang lain itu ibarat surat sokongan je. Haha. Kalau ada surat sokongan, tapi borang permohonan kita tak hantar, susah lah nak makbul."
Kadang-kadang, kita berdoa namun tidak dimakbulkan. Kata Inche Imam lagi, itu mungkin disebabkan kita ini berdoa tatkala hati sedang lalai. Justeru, sempena Ramadhan, bulan keampunan ini, hendaklah kita bertaubat dengan taubat nasuha. Astaghfirullah. Terasa sayu diri ini mendengarkannya. Memikirkan dosa setinggi gunung. T.T
Sama-sama kita amalkan doa ini:
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
"Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku."Faktor lain doa tidak terkabul juga mungkin disebabkan pemakanan kita yang bersumber yang haram. Astaghfirullah. "Daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka nerakalah yang paling utama baginya!"
Kata Inche Imam lagi, Allah sentiasa bersedia untuk memberi, cuma kita je yang tidak memohon dengan sebenar-benar hakikat bahawa kita ini hamba. Ibarat Bos Besar sudah ready untuk cop borang, tapi borang pula takde, kalau ada pun, tak lengkap.
Borang permohonan anda pula bagaimana? Renung-renungkan dan selamat beramal. =)
MARI MENJADI HAMBA
No comments:
Post a Comment