Mentari menyinari.. |
Aku keluar ke bandar. Hari itu panas, panas bangat cuacanya. Sumpah panas. Hari ini pun panas. Esok pun mungkin panas. Malaysia dah semakin panas sejak kebelakangan ini. Summer mungkin? :O Mungkin Malaysia pun dah nak join kumpulan-kumpulan negara 4 musim? :D Oh tidak. Jangan mimpi. Malaysia cuma ada 2 musim. Panas. Hujan. Hujan. Panas. Hujan Panas. Jom, bincang faktor-faktor yang mendorong kepada panasnya Malaysia sekarang. Heh. Kerepek.
FAKTOR 1
Kepulan-kepulan karbon berkepuk-kepuk keluar dari ekzos kenderaan. Karbon dioksida, karbon monoksida, sulphur dioksida dan sebagainya. Tak kurang ekzos-ekzos yang terpekik-pekik, terlolong-lolong. Hish. Pencemaran bunyi.
"One of the factors contributing to global warming is the increase in the concentration of greenhouse gases in the atmosphere. Greenhouse gases such as carbon dioxide will trap heat, thus heat can't be reflected to outer space. Hence, the earth's temperature will increase."
Ini fakta, termasuk dalam sukatan pelajaran budak sekolah menengah. Tetapi itulah manusia, tahu tapi tidak endah. Bila tidak tahu mereka tak mahu mempelajari. Bila sudah tahu mereka tidak mahu memahami. Bila sudah faham tidak pula diamalkan. Pelik.
FAKTOR 2
Pakcik-pakcik dan kaki-kaki lepak di kedai kopi turut serta memeriahkan kandungan karbon dan gas-gas berbahaya di udara dengan membakar batang terbakau lalu membebaskan asapnya ke udara. Bergaya. KONONNYA lah.
"Tak cool la bro..."
Padahal mereka tahu, perbuatan mereka itu membazir lagi membinasakan. Duit yang banyak dibakar sedikit demi sedikit begitu sahaja. Mengundang sakit pula. Lebih baik duit yang ada itu diinfakkan ke jalan Allah. Rezeki bertambah, kesihatan tidak pula susut. Nafas tidak berbau. Orang tidak menjauhi.
FAKTOR 3
Hutan ciptaan ALLAH yang banyak berjasa ditebang, digantikan dengan pencakar-cakar langit, shopping malls, kilang. Hutan batu. Hensem, bergaya, pada pandangan manusia. Tapi tak mampu menandingi hutan ciptaan Ilahi yang boleh menukarkan karbon dioksida menjadi oksigen. Ya. Sebab tu udara di kampung lebih segar dan penuh oksigen.
"When carbon dioxide is not converted to oxygen, it will remain in the atmosphere and trap heat. High rise buildings with reflective mirrors will actually lead to the phenomena of urban heat island."
FAKTOR 4
Kulihat pula jalan tar. Hitam. Agak-agaknya paru-paru perokok yang dipenuhi tar hitam macam tu kah?. Mungkin. Tapi hati yang penuh dengan titik-titik hitam lebih teruk lagi. Tiba-tiba.
Dari jauh nampak lihat seakan-akan haba naik ke atas dari jalan tar. Ya. Warna hitam tarik cahaya. Bila panas, haba akan dibebaskan ke udara. Tak. Orang kulit hitam tak semestinya membebaskan haba juga. -.-
FAKTOR 5
Kemudian kulihat pula gelagat manusia bandar. Pemuda dan pemudi berdua-duaan berjalan. Berpegangan tangan. Baju sekolah. Suami isteri? Terlalu muda rasanya. Kapel. Ya. Aku waktu zaman jahiliyyah dulu rakan-rakanku ramai berkapel. Berdating. Pegang tangan. Ee. Geli. Dosa.
Aku nampak, wanita muslimah ramai yang membalut aurat, bukan tutup aurat. Berpakaian, tetapi telanjang. Itu belum kira yang mendedahkan kulit dan rambut, mempersembahkan kepada bukan yang layak(suami). Rugi. Kesian suami dia nanti. Pandai syaitan mempengaruhi Muslimin dan Muslimah kini. Mereka sangka berpakaian sebegitu tutup aurat? Ketat, jarang, dedah. Seksa! Tua dan muda. Mataku terasa panas. Hatiku juga panas.
Mana pergi suami, kenapa tidak didik isteri?
Mana pergi bapa, kenapa tidak didik anak?
Mana pergi saudara lelaki, kenapa tidak didik saudara perempuanmu?
Syaitan itu asalnya daripada api. Pelaku maksiat dan dosa itu suka untuk syaitan dampingi. Api itu sifatnya panas. Marah itu juga dari syaitan, sebab itu bila marah, kita disuruh berwudhu'. Sejukkan diri. Tiba-tiba ada 1 hipotesis: Semakin ramai pendosa, semakin panas dunia. (sebab banyak makhluk api berdamping) Eh? Benarkah? Kena buat kajian, kemudian bukukan. Persembahkan kepada dunia. Hoh.
Manusia.. xsedar yang mereka telah merosakkan bumi dan banyak melakukan maksiat.. Padahal, kedua-duanya akan 'affect' diri mereka sendiri..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Patutlah Malaysia panas. Faktor 5 berleluasa."
3 comments:
Owh.. patutlah makin panas sekarang ni.
Huhu.
Kerajaan kena pantau aktiviti masyarakat2 kita nih. :3
teori apekah ?
hhe
kemas :)
ikram : kuatkuasakan bermula dgn diri kita, keluarga dan rkn2 terdekat... kalo semua org buat mcm tu, inshaALLAH kurang sikit..
Inspektor Saahab : Sori. ini post merepek di pagi hari.. Sungguh, sungguh panas.. fuh
Post a Comment