Bila nak start wayang ni? [Gambar] |
Kehidupan ini hakikatnya adalah kisah hidup kita. Setiap tindak tanduk itu ditanggung oleh diri kita sendiri. Apa yang kita lakukan dalam kehidupan ini akan memberi sama ada impak yang besar ataupun kecil pada manusia sejagat. Ironinya, sama ada kita suka atau tidak, kitalah yang menjadi watak utama dalam kehidupan kita. Membawa kita berfikir, jika watak utama itu seorang yang suka duduk diam dan hanya memerhatikan keadaan sekelilingnya tanpa berbuat apa-apa, tidakkah kisah itu akan menjadi sangat bosan? Contohnya kita lihat movie "Tentang Ahmad". Hidupnya hanya berkisar tentang rutinnya bermain game, tengok tv dan makan roti. Kisah ini berulang-ulang hinggalah habis movie tersebut. Ya. Kisah yang sangat bosan. Kosong.
Mungkin lebih menyeronokkan jika menonton wayang Batman yang tak bergerak.
Cuba kita bayangkan watak-watak seperti Superman, Naruto, Spiderman, eh, silap. Icon seperti Rasulullah saw, Abu Bakar, Umar dan tokoh-tokoh terkenal yang lain, mereka adalah golongan-golongan yang menjadikan kehidupan mereka menjadi satu kisah yang menjadi sumber inspirasi kepada orang yang mendengar cerita mereka. Mereka menjadi hero dalam kisah hidup mereka sendiri. Kalau kita bayangkan kita sedang melihat wayang tentang kehidupan mereka, dah tentu scene yang hebat2 sahaja yang kita akan saksikan. Bayangkan sengitnya peperangan Badar, Uhud, Tabuk. Bayangkan pula betapa susahnya perjalanan untuk hijrah. Meyakinkan kita bahawa pioneer bagi jalan dakwah Islami ni bukannya terdiri daripada watak-watak kosong yang sekadar memenuhkan ruang di dalam sesebuah cerita atau bahasa lebih bestnya, movie. Tetapi tiap-tiap mereka menghidupkan watak mereka dengan cara yang tersendiri. Walaupun dalam keseluruhan cerita itu, mereka bukanlah watak yang paling utama, tetapi mereka tidak jatuh taraf menjadi watak kosong, malah mereka menjadi watak sokongan yang memainkan peranan penting dalam menjayakan cerita tersebut. Tanpa peranan mereka ini, cerita tersebut mungkin sekali menjadi pudar dan hambar. Jadi, mereka menjadi watak utama dalam cerita mereka masing-masing, dengan gaya hero yang unik dan tersendiri.
Jadi, apakah peranan yang kita nak mainkan dalam kisah ini? Jika kita pernah tengok movie-movie yang heroic, kita kadang-kadang tu mesti nak jadi seperti mereka juga kan? Pakai sut ketat serta seluar dalam di luar, kemudian terjun dari bangunan sambil menyelamatkan makcik Leya yang terkapai-kapai meminta tolong. Kalau jadi watak utama, kita mesti nak nampak heroic. Mesti nak jadi penyelamat kepada manusia sejagat. Kata orang, "Savior to the humanity". Jadi, untuk menjadi hero, adakah kita hanya duduk diam dan goyang perut? Sudah semestinya "Ya! Anda silap". Untuk menjadi seorang hero, banyak pengorbanan yang kita mesti lakukan. Banyak darah yang kita perlu alirkan. Banyak luka dan duka kita perlu tempuhi. Semuanya sebagai tarbiyyah untuk kita menjadi hero yang kental jiwa dan raganya. Jadi, ianya bukan mudah. Being a hero is never meant to be easy. With great power comes great responsibility.
Konklusinya, binalah moto-moto heroic dalam diri kita. Hidupkan watak kita sehidupnya. Biar watak kita ini diingati oleh mereka yang menonton movie tentang diri kita. Biarpun kita bukannya watak utama, biarlah kita menjadi watak yang penting yang menyokong watak-watak utama tersebut. Usah bercita-cita menjadi watak kosong atau lebih teruk lagi, watak antagonis.
Kita sedang berada dalam sebuah movie. Lakonkanlah watak kita sebaiknya.
Konklusinya, binalah moto-moto heroic dalam diri kita. Hidupkan watak kita sehidupnya. Biar watak kita ini diingati oleh mereka yang menonton movie tentang diri kita. Biarpun kita bukannya watak utama, biarlah kita menjadi watak yang penting yang menyokong watak-watak utama tersebut. Usah bercita-cita menjadi watak kosong atau lebih teruk lagi, watak antagonis.
Kita sedang berada dalam sebuah movie. Lakonkanlah watak kita sebaiknya.
1 comment:
kat akhirat nanti, rakaman wayang kita akan disiarkan di hadapan seluruh makhluk.. segala baik dan buruk, walau sekecil zarah.. T.T cuak di situ
Post a Comment