Saturday, July 21, 2012

Madrasah Tarbiyyah Ramadhan

Assalamu'alaikum warohmatullah.
Ramadhan Kareem!! (jawabnya: Allahu akram!)

Alhamdulillah, setelah ditunggu-tunggu, Ramadhan telah tiba dan masih sudi berjumpa kita hoyeah!  Hari ini hari pertama berpuasa bagi Ramadhan tahun 1433H ini. Tidak kah anda rasa semangatnya? Wah. Ramadhan ini, saya yakin ramai daripada anda bersemangat, keterujaan yang jauh melampaui keterujaan dapat berjumpa dengan Perdana Menteri mahupun berjumpa Ana Raffali yang tampak lebih ayu sejak bertudung. Lebih-lebih lagi anda-anda yang sudah terbuka mata dek usaha DnT yang menarik anda untuk melihat Ramadhan lebih daripada sekadar menahan lapar dan dahaga. Alhamdulillah.

Setelah sebelas bulan kita meninggalkan Madrasah Tarbiyyah Ramadhan, kini kita diterima kembali untuk kesekian kalinya. Eh, anda rindu ke tak Ramadhan ni? Kalo rindu, bagus. Ke anda mengeluh saat Ramadhan menghampiri, dek kerana bakal kehilangan teman rapat syaitonirrojim yang dibelenggu sempena Ramadhan? wahaha. Na'udzubillahimin zalik.


Apabila ditawarkan kursus pengajian di universiti terkemuka dunia, sudah tentu anda melompat kegirangan, bergolek-golek lalu sujud syukur. Inikan pula masih dipanjangkan umur untuk melalui kursus pemantapan diri sepanjang Ramadhan ini. Wah. Syukur. Syukur kepada Allah yang Maha Esa. Tarawikh pertama semalam, sudah tentu masjid-masjid dan surau-surau tiba-tiba dipenuhi orang ramai. Hati imam dan muazzin tentunya berbunga-bunga lantas semangat Imam luar biasa, alunan bacaan sewaktu solat begitu merdu demi memikat hati makmum agar terus konsisten datang berjemaah. Penangan Ramadhan. 
Cadangan Jadual Ramadhan (kredit)
Tempoh untuk 'bersedia'


Sebulan ini merupakan masa yang terbaik untuk kita tarbiyyah diri, mendidik diri untuk rajin dan istiqamah beribadah kepada Allah. Mana tak nya, syaitonirrojim dibelenggu, kita pula dikelilingi oleh para muslimin dan muslimat yang berpuasa serta giat untuk mengerjakan amal soleh. Inilah masa terbaik untuk kita turut ubah paradigma, masa yang terbaik untuk kita berubah kerana kajian menunjukkan bahawa sepanjang Ramadhan, giat beribadah itu perkara biasa. Apabila kita berubah pun kurang suara sumbang untuk memerli mahupun mencaci maki kerana masing-masing ingin simpan air liur supaya kurang dahaga.heh


Jadinya memang inilah masa terbaik untuk kita membaiki diri, membentuk diri ke arah menjadi Individu Muslim yang hensem bergaya osem lagi berdaya saing. Kita diberikan masa sebulan untuk workout rohani dan jasmani sebelum kita kembali berperang dengan gerombolan syaitonirrajim pabila mereka dibebaskan daripada belenggu. Sekarang kita cuma berperang satu lawan satu melawan nafsu dalam diri kita. Nafsu dan Iman berperang untuk menguasai hati, dan raja bagi hati inilah yang akan mengawal tindak tanduk kita. 


Sememangnya ini masa terbaik untuk kita tundukkan nafsu kita supaya tidak lagi mengikut jejak langkah syaitonirrojim. Tiada lagi bisikan-bisikan syaitan yang mengganggu tarbiyah dzatiyah kita. Inilah waktunya untuk kita bersihkan hati, menjatuhkan nafsu daripada takhta, Revolusi Hati! Biar Iman yang lebih layak naik takhta dan ambil alih tampuk pemerintahan.


Rasulullah SAW bersabda: “Ketahuilah dalam jasad manusia ada seketul daging, jika ia baik maka baiklah jasad itu dan jika ia rosak maka rosaklah jasad itu, itulah yang dinamakan hati.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ramadhan 'Najwa Latif'.

"Amacam Ikram kuliah Intro to Electronics tadi? Kau okey?"
       "Pergh. Aku terawang-awangan. Tadi memang kuliah 'Najwa Latif' lah."
"Hah? Kuliah Najwa Latif?"
       "Iyalah. Kosong.. Kosong.."

Wahaha. Okey, ini bukan Najwa Latiff penyanyi muda itu. Ini Najwa Latiff penebar roti canai sana, dek kerana orang sudah terbiasa meng'order' roti kosong, bibirnya tidak lekang dengan alunan "kosong.. Kosong.."

Aduh. Sejujurnya berapa ramai daripada kita yang daripada kuliah yang kita hadiri, kita sekadar hadir tanpa memberikan sepenuh fokus untuk menuntut ilmu? Kemudiannya menjelang exam, kita membakar lampu tengah malam (burn the midnight oil) semata-mata untuk lulus peperiksaan. Astaghfirullah. Lebih penting lagi, janganlah kita sekadar berpuasa lapar dan dahaga, tidak mendapat apa-apa daripada Ramadhan ini. Sebulan Ramadhan sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya. Jangan jadikan Ramadhan kita kosong! Kosong daripada dosa itu tidak mengapa.. eheheh.


Pesanan Imam Hassan Al-Basri: "Jadilah kamu hamba Allah (yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana) jangan menjadi hamba Ramadan (yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadan)"


Janganlah sekadar berlapar dan dahaga, rajin ke masjid dan surau sepanjang Ramadhan, tetapi usai Ramadhan kita kembali merangkul jahiliyyah moden. Oh tidak. Tinggalkanlah Cik J itu. Kita tetapkan diri bersama Makcik Hidayah dan Pakcik Taufiq ya. Tingkatkan amalan di bulan Ramadhan, mantapkan diri, sama-sama kita marathon mencari Lailatul Qadr dan bawa momentum itu ke akhir hayat. InshaALLAH


BERSAMA MENCARI REDHA ALLAH

7 comments:

Afiq Hakimi said...

Sekali lagi, post yang mendalam dek minda penulisnya. Hehe...

Kosong...kosong...kosongkan peti dosa.
Ramadhan Kareem Amal!

Ir Jinggo said...

Allahu akram!

Eh. Siapa Amal? ehehe

Feilong said...

selamat berpuasa! dan marilah kita mengejar pahala yang ganjarannya lebih besar dari bulan biasa.

Ir Jinggo said...

selamat berpuasa juga teacher Feilong a.k.a teacher aimi.. ;3
InshaALLAH. Moga Ramadhan kali ini jadikan kita muslim yg lebih baik :D

abdullahmujib said...

nice!..kuliah najwa latif?..dapat satu ilmu baru Ir..

Ir Jinggo said...

abdullahmujib: jangan repot kt Najwa Latif pulak.. hahaha

Kerja Gila said...

Uhuk3! Tersedak.

Gadgets By Spice Up Your Blog