Barangkali, Bila Puasa Ramadhan menjelma, Kita dihidangkan dengan Surah Al-Baqarah 2:183;
Kemudian setan membisikkan pikiran jahat kepadanya, dengan berkata: "Hai Adam, maukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?"
Ayat Al-Baqarah 2:183
Ana hanyalah sekadar menyampaikan apa yang pernah dipelajari. jika ada cacat cela, semua itu datangnya daripada ana sendiri
In Fact,
Isn't it the Tree of "Eternity"?
I'm sure we will all know it one day..
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,"
Dalam ayat ini, kita mengetahui bahawa idea berpuasa adalah untuk mencapai "ketakwaan". Selain itu, Puasa juga diwajibkan ke atas Umat yang terdahulu. Tidak hairanlah, jika Agama lain juga mempunyai syariatnya yang tersendiri dalam berpuasa.
dan juga 2 ayat seterusnya, 2:184,185..
Dalam Artikel ini:
Ana tidak mahu menyentuh Puasa-puasa yang biasa didengari (dan boleh didapati ilmu ini dari mana2 Ustaz), seperti
- puasa Nabi Daud a.s. yang berselang-seli,
- puasa Nabi Musa a.s. selama 40 hari (sebelum ke Bukit Sinai.. baca sini untuk perbandingan mengenainya)
- puasa Nabi Muhammad s.a.w. mengikut syariat Yahudi pada awalnya (iaitu puasa selama sehari suntuk, dan tidak dapat bersenggama dengan Isteri pada malam hari), di mana kemudiannya dimansukhkan dengan Puasa Ramadhan. atau juga tentang puasa Asyura yang jatuh pada hari ke 10 Bulan Muharram di mana Nabi s.a.w. berpuasa bersama-sama bersama masyarakat Quraisy dan masyarakat Yahudi juga berpuasa.
Penerbit : Republika, Penulis : H.M. Sismono, BA Menarik juga Buku ini |
Ana juga tidak menyentuh Puasa Nabi-nabi lain, seperti yang tercatit oleh Ibnu Kathir bahawa Nabi Nuh a.s. hingga Nabi Isa a.s. diwajibkan berpuasa 3 hari setiap bulan.
Atau juga puasa-puasa Nabi lain seperti:
Nabi Nuh (atas bahteranya?),
Nabi Ibrahim (sebelum menerima Suhuf?), & Nabi Ishaq
Nabi Ya'qub?
Nabi Yusuf (ketika dalam penjara dan juga selepas keluar?)
Nabi Yunus (Selepas keluar dari Perut ikan Nun?)
Nabi Ayyub (Ketika sakit 7 tahun tersebut?)
Ana letakkan (?) di setiap penghujung di atas kerana tidak pasti.
Ana pernah terbaca semasa kecil dahulu kala dalam buku Kisah Para Rasul, tapi Perincian puasa mereka tidaklah Ana ketahui. Jadi, nak tahu lebih tentang yang itu semua, carilah yang mengetahuinya. Atas hal ni, ana ucapkan, "LA ADRI" ("aku tidak tahu". takat yang ditulis itu sahaja yang pernah didengari)
Ana pernah terbaca semasa kecil dahulu kala dalam buku Kisah Para Rasul, tapi Perincian puasa mereka tidaklah Ana ketahui. Jadi, nak tahu lebih tentang yang itu semua, carilah yang mengetahuinya. Atas hal ni, ana ucapkan, "LA ADRI" ("aku tidak tahu". takat yang ditulis itu sahaja yang pernah didengari)
Dalam Buku di tepi ini "Puasa Umat-umat Dulu dan Sekarang", tertulis:
"puasa sudah dikenal oleh bangsa dan kaum yang hidup sebelum datangnya Islam. Seperti puasa yang dilakukan oleh bangsa Mesir Kuni, Yunani Kuno, Romawi Kuno, Zoroaster, Majusi, Yahudi, Nasrani, Cina Kuno, Jepang Kuno, Buddha, Hindu, Manu, Konghucu, dan lainnya. "
Nota lain daripada Bible:
Moses fasted in order to show gratitude toAllah for the deliverance of the Israelites from Pharaoh and
also for the Day of Atonement (Leviticus 16:29).
David is mentioned in the Bible as having fasted for seven days (Samuel 12:16-17).
Jesus not only kept fasts but also commanded his followers to fast(Mathew 6:15-17, Luke 5:33-35, Acts 13:23).
Nota lain daripada Bible:
Moses fasted in order to show gratitude toAllah for the deliverance of the Israelites from Pharaoh and
also for the Day of Atonement (Leviticus 16:29).
David is mentioned in the Bible as having fasted for seven days (Samuel 12:16-17).
Jesus not only kept fasts but also commanded his followers to fast(Mathew 6:15-17, Luke 5:33-35, Acts 13:23).
Ana nak sentuh tentang Puasa Abul Basyar (Bapa Manusia) iaitu Nabi Adam a.s. =D
Ana lihat, perkara ini ada di laman sesawang, cuma tidak di-describe dengan terperinci beserta tujuan, reasoning etc2. Since ana pernah masuk kelas & study bersama seorang graduan Universiti Madinah tentang hal ini, dan ditulis dalam nota, ana rasa bagus juga jika sharing2 bersama komuniti digital.
Terdapat Variasi dalam pendapat Puasa Adam a.s.. Sebahagian berkisar tentang puasa 40 hari dan yang lainnya berkata tentang puasa Rutin atau perkara-perkara lain yang berbeza.
Tapi, yang ana ingin sampaikan ini, adalah Puasa yang melibatkan waktu sejurusnya Nabi Adam a.s. dan Hawa sampai di bumi.
Ana ada terbaca:
"Walaupun dalam Alquran maupun hadis tidak dijelaskan bagaimana bentuk puasa Adam dan generasi sesudahnya,"
Mungkin bererti tiada siapa tahu secara pasti bagaimana secara terperincinya puasa mereka itu (ada yang kita tahu, ada yang kita tidak tahu), namun begitu, ana rasa, Falsafah puasa ini tetap menarik untuk diketahui.
Memandangkan ana perlu explain, Gaya Nota (lihat bottom) berbeza dengan Gaya yang ana akan sampaikan ni. Maybe after dah habis baca, tengok nota, lebih mudah nak faham falsafah Puasa ini.
takut ada tokok tambah atas kesilapan ana. Bahagian nota itu sahaja dan ajaran mengenai pokok Khuldi itu sahaja yang diajar mengenai hal ini (tapi ada juga isi yang tertinggal kerana tidak sempat salin.)
Ana tidak ada nak memandai-mandai dalam agama. Orang gila sahaja yang memain-mainkan agamanya sendiri. Semua yang disampaikan adalah apa yang diberitahu dalam kuliah tersebut.
Sebelum itu, Ana nak tunjuk laluan yang dihadapi oleh Nabi Adam a.s.
Syurga --> Bumi
hehe..
1. Bermula Kisah di Syurga
Allah melarang Nabi Adam a.s. dan Hawa untuk mendekati (apatah lagi memakan buahnya) sebuah pohon (Rujuk 2:35-38)
Tetapi, Iblis berjaya memperdayakan Nabi Adam a.s. dan Hawa untuk memakan buah yang kita selalu dengar sebagai buah "Khuldi". (Rujuk 20:120-123)
Ustaz ana mengajar, bahawa buah itu, adalah daripada pohon Khuldi.
فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَىٰ شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَّا يَبْلَىٰ
Kemudian setan membisikkan pikiran jahat kepadanya, dengan berkata: "Hai Adam, maukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?"
Terjemahan Indon Taha 20:120
Ustaz ana berkata "Syajaratul Khuldi" ( شَجَرَةِ الْخُلْدِ) adalah bererti "Pohon Kekal Abadi". 'Syajarotun' memang bererti pokok. Tapi 'Khuldi', dia berkata adalah bererti 'Kekal Abadi'..
Ana (baru) check terjemahan Inggeris dan ramai juga menggunakan term yang sama, ya'ni, "Pohon Kekal Abadi"
1. Tree of Life Eternal - Muhammad Asad, Sayyid Abul Ala Maududi
2. Tree of Infinity - Dr Laleh Bakhtiar
3. Tree of Immortality - Shakir, Pickthall, Wahiduddin Khan
4. Tree of Eternity - Yusuf Ali
5. Tree of Everlasting Life - Aisha Bewley
tapi ada juga terjemahan Bahasa Melayu yang tidak menggunakan khuldi..
Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: “Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?”
(Taha 20:120)
source -----> http://www.alquran-melayu.com/20-ta-ha/
Apa-apa pun, ana rasa, baik juga usaha para penterjemah dalam penterjemahan.
(Tapi penterjemahan bahasa Melayu di atas ini rasa lain sedikit. Ingat lagi ana tekankan bahawa Al-Quran itu dalam Bahasa Arab dan Ertinya boleh lari jika diterjemahkan? Cuba lihat terjemahan2 lain juga. Just in case.)
Jika ana ingin bercerita dengan saudara-mara yang kecil, ana akan gunakan perkataan pohon "kekal abadi" daripada 'Khuldi'
Then, selepas event tersebut, mereka diturunkan ke Bumi
Beautiful |
2. Di Bumi
Nabi Adam a.s. dan Hawa menghadapi sakit paru-paru dan cirit birit akibat daripada buah yang dimakan, jadi mereka berpuasa untuk beberapa hari. (ada pendapat sampai mengatakan bahawa ianya 30 hari kerana tidak dapat menghadam buah dari pohon kekal abadi tersebut.. tapi ada yang menyatakan bahawa ianya palsu di sini) Wallahu 'Alam. Ustaz ana berkata bahawa ianya hanya beberapa hari, dan tidak menyatakan jumlah tetap hari tersebut dan sama ada ianya dilakukan berturut-turut atau tidak, itu juga tidak diketahui (yang penting ialah falsafahnya di hujung Nota di bawah)
The End
Point-point Nota macam ni sahaja. (Ini apa yang tertulis dalam Nota dengan edit sedikit untuk kelancaran)
Ayat Al-Baqarah 2:183
- Menjelaskan Sejarah Puasa
- Bahawa Puasa bermula dari Adam a.s.
- Orang pertama yang berpuasa - Nabi Adam a.s.
- Hukum Puasa Nabi Adam adalah Wajib
- Masa Puasa Nabi Adam adalah beberapa hari
- Ayat 2:184 - Iaitu di siang Hari
- Tempat Puasa Nabi Adam: Di Padang Arafah
- Tahun: Abul Basyar - iaitu tahun Kalendar Nabi Adam a.s.
- Mula Puasa - Pada Hari Arafah iaitu 9hb ZulHijjah di Arafah bukan di Bulan Ramadhan
- MAKA: Puasa adalah sunnah Nabi Adam a.s.
- Puasa 9 ZulHijjah - Hanya untuk orang yang tidak hadir di Arafah
- Nabi Adam a.s. berpuasa di Bukit Rahmah iaitu Jabbal Rahmah
- Kali PERTAMA (1st) di dunia hanya 2 Orang sahaja yang berpuasa, iaitu Adam a.s. dan Hawa
- Hawa juga berpuasa - ketika itu tidak Haid
- (Hal ini membuktikan bahawa) Puasa itu disyariatkan Allah kepada kedua-dua Lelaki dan Perempuan. Kerana Adam a.s. (lelaki) dan baginda berpuasa, manakala Hawa sebagai perempuan, pun turut berpuasa.
- HIKMAH/FALSAFAH PUASA dari sini. Al-Baqarah 2:35, Taha 20:120
Rawatan - Sakit Terhadap Adam a.s. & Hawa.
Penyakit yang dihadapi: Sakit Paru-paru dan Cirit Birit
JADI
Falsafah Puasa (selain Taqwa) adalah :
"merawat SAKIT JASMANI (Sakit Paru-paru & Cirit Birit)
DAN ROHANI" - akibat Makan Buah dari Pohon Kekal Abadi (Khuldi)
END OF NOTE
Which Fruit could it possibly be? |
Bagi teori-teori Buah Khuldi\dari pohon kekal abadi itu merujuk kepada apa, ana pun tidak tahu mengenainya.
Yang ana pernah baca, buah itu sama ada zaitun, tin, gandum, padi, dan mungkin juga epal.
Dengan wujudnya teori-teori lain bahawa keadaan Alam di Syurga lain menyebabkan kesan yang berbeza, sebab itu boleh makan di bumi, dan juga pelbagai alasan lain.
Cukup-cukuplah sudah.
Maafkan kelemahan ana sempena Ramadhan ini. Sebagai manusia, kita tidak lari daripada kesalahan. Namun jangan jadikan itu sebagai alasan untuk terus menerus bergelumang dalam dosa dan maksiat.
Ayuh Berubah!
Don't listen or believe in everything you're told or read (Pic Below) =D
Just because you've never heard things this way, it doesn't mean its wrong,
but
Just because I say so, it doesn't mean I'm right
Artikel ini Ikhlas untuk memberitahu sahaja =D |
All these theories, while they may be interesting, I still have no validity on knowing what "The Fruit" actually was.
It is all subject to speculation.
Perhaps we'll be able find out soon....
In Fact,
Isn't it the Tree of "Eternity"?
I'm sure we will all know it one day..
-The day when we enter Jannah Together-
Selamat Menghayati Ramadhan! =D
No comments:
Post a Comment