Thursday, July 19, 2012

Sampaikah Aku Pada Ramadhan?

Hari Sabtu. 3 minggu menjelang Ramadhan. Mata Ikhwan tepat memandang skrin komputer ribanya. Facebook, twitter. Blog. Masa berlalu begitu sahaja, terperap dalam alam maya. Tiba-tiba, telefon bimbitnya merengek-rengek ingin diberi perhatian. Lalu dihulurkan tangan, gadjet seakan-akan keranda kecil digenggam, mata beralih ke arah skrin kecil kotak kelabu itu.
'One message received'.

"Assalamu'alaikum, Ikhwan. Ayah aku, dia dah takde. Petang semalam."


Terasa bayu angin sejuk menyapa kulitnya. Angin sejuk yang menjemput mutiara untuk keluar dari matanya.
Butang 'reply' pantas ditekan. Nafas dihela panjang. Wajah Helmi tiba-tiba menjengah di minda. Sahabatnya sejak darjah lima sekolah rendah. Sudah delapan tahun umur persahabatan mereka.


"Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un."
Sudah tiba ajal dia. Mulut Ikhwan terkumat kamit menghadiahkan al-fatihah untuk arwah bapa sahabatnya itu. Dia termenung. Betapa nyawa ini sekadar pinjaman daripadaNya yang Maha Esa. Arwah Pak Cik Mamat meninggal petang Jumaat itu, sewaktu dia sedang di kebun saudaranya, ingin mengambil anak pisang untuk ditanam di rumah, sebelum arwah diserang penyakit jantung.


Malamnya, Ikhwan singgah ziarah di rumah Helmi. Ada sedikit perkumpulan, bersama-sama memanjatkan doa untuk roh arwah. Sempat berbual dengan sahabat lamanya itu. Jarak memisahkan mereka sejak mereka habis sekolah rendah. Kata Helmi, sungguh dia tak sangka arwah bapanya akan pergi secepat itu. Rasa menyesal pun ada kerana tidak meluangkan masa sepenuhnya dengan bapanya itu. Seakan dia tidak percaya, yang bapanya sudah pergi. Sedih.


"Aku sayang ibu bapaku. Kalau boleh, aku tak mahu ada perpisahan. Namun, apakan daya. Suatu hari nanti aku juga bakal berpisah. Sama ada aku dulu pergi, atau mereka dulu."


Seminggu kemudiannya, isteri kepada seorang pak cik yang aku lihat selalu hadir di surau dan selalu juga membantu di rumah aku dan datukku apabila ada kerja-kerja penambah baikan rumah yang memerlukan tenaga buruh pula pergi meninggalkan mereka sekeluarga.


Itulah, bila-bila masa maut bakal menjemput. Malaikatul maut tidak pernah leka menjalankan tugasnya. Tidak pula bersikap bertangguh seperti manusia. Begitu patuh pada perintah Ilahi.


Ya ALLAH, sampaikah aku pada Ramadhan?
"Allahumma bariklana fi Rajjab, wa sya'aban, wa ballighna Ramadhan".




--------------------------------------------------------------------------------------------------
Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya dan kemudian beliau memberikan pertanyaan teka-teki…


Imam Ghazali : “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu adalah janji Allah SWT bahwa setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati (Surah Ali-Imran : 185).
---------------------------------------------------------------------------------------------------


Hari demi hari berlalu. Hari ini, pengumuman Ramadhan, seperti tahun-tahun sebelumnya, di stesen yang sama, skrip yang sama, gaya bicara yang sama. Heh. Ini. Suatu kegembiraan buat umat Islam seluruh dunia. Ramadhan Mubarak datang lagi! Lusa! Sungguh, aku rindu Ramadhan.
Tarikh yang ditunggu-tunggu!
Tapi, hanya ALLAH yang tahu. Dalam 1 hari, macam-macam boleh berlaku. Boleh jadi kita sudah terlalu hampir dengan Ramadhan, tapi kita pula yang pergi meninggalkan Ramadhan. Allah. Aku mahu Ramadhan ini Ya Allah.


"Ya Allah, kau sampaikanlah aku kepada Ramadhan kali ini. Kau jadikan aku hambaMu di Ramadhan kali ini jauh lebih baik daripada Ramadhan yang lepas. Ampunkan dosa-dosaku ya Allah. Kau tutupkan pintu neraka dan bukakan seluas-luasnya pintu sorgaMu untuk aku. Moga segala amalanku nanti diterima dan diredhaiMu. Moga Ramadhan kali ini sudi menjadi tetamu agungku! Amiin, ya robbal a'lamin!" - Doa dicedok dari APG


Sampai kepada Ramadhan itu sendiri merupakan satu nikmat. Apatah lagi dapat memanfaatkan sepenuhnya bulan Ramadhan itu sendiri. Tapi betapa selama ini ramai yang pandang remeh kepada bulan yang penuh makna ini.


"Rasulullah SAW bersabda, dalam hadisnya yang bermaksud: "Kalaulah umatku tahu tentang kebaikan bulan Ramadan mereka pasti mengharapkan biarlah Ramadan itu sepanjang tahun". (Riwayat at-Tabrani)"


Jika sekiranya andai kalau ALLAH tetapkan umur kita panjang(inshaALLAH),
Ramadhan kali ini, mari kita:
☑ Setting Niat
☑ Upgrade Iman
☑ Download sabar
☑ Delete Dosa
☑ Approve Maaf
☑ Search Pahala


JOM
1. Jom jadikan Ramadhan ini lebih bermakna dan lebih baik dari tahun-tahun lepas.
2. Jom buat checklist Ramadhan.
3. Jom jadikan Ramadhan ini medan tarbiyah diri ke arah yang lebih baik.


Semoga Allah memberkati kita dengan bulan Ramadhan dan pada bulan Ramadhan. erk. Faham tak? Dapat jumpa Ramadhan itu sudah satu keberkatan, beroleh pula keberkatan sepanjang Ramadhan itu extravaganza.

Andai kata kita sampai pada Ramadhan tahun ini, adakah kita akan sempat sampai ke penghujungnya? Harapnya kita dapat terus jumpa Ramadhan, tahun ini, tahun depan, dan tahun-tahun seterusnya. :'|


BERSAMA MENUJU MARDHATILLAH :)

3 comments:

elenahazli said...

saya sangat suka post ini :))

mujahidah1413h said...

moga sampai ,allahumma amin.
"satu hari boleh jadi macam2" , susah nak terima tapi tu lah hakikat ,#sigh coz sedtik lagi pun tak sure milik kita or tak !Allah ! dan andai kita mampu sampai, moga2 ia tak berlalu dengan kosong , bidznillah.

jzkk ,.

JuniorDesigner24 said...

Ramadhan is a platform for us to become a better muslim :) insya-Allah amin~

Gadgets By Spice Up Your Blog