Monday, December 31, 2012

Moonlight Sonata




Domodedovo Airport lengang. Bukan musim cuti mungkin.

Duduknya tak beralih biar terik matahari memancar tepat pada bangku tersebut. Terik tak terasa. Winter. Matahari hadir menyapa, tapi bukan bersama terik haba. Cahaya sahaja peneman. Tapi dia tak berganjak, tak terkesan dek silau. Begitu juga pandangannya, tak berkalih. Khusyuk dia memerhati satu sudut lapangan terbang tersebut. Cepat lensa D1000 dibawa ke arah sudut tersebut.

Yeah! Splendid!
Lensa diputar-putar, memberi fokus pada subjek di sudut tersebut.

Tangan Ayie menekan-nekan butang DSLR. Setiap gerak geri terakam dalam memori kamera. Cantik!

Ayie mengukir senyum nipis segaris.




Nothing for me?”

“Huh?!”

“Alaa, buah tangan ke, cenderahati ke, keropok lekor ke…”

“Amboih, aku sepatutnya yang mintak.”

“Ohoi, dari Malaysia merantau takkan tangan kosong.”

“Bakal zaujah. Nah!” Ayie menghulur DSLR di tangan ke arah Amir.

DSLR betukar tangan. Amir menyambut dengan senyum tanpa sepatah kata. Mamat ni, kalau bukan lagu, gambar sebagai buah tangan. Lagipun, benda alah lain macam dah terlalu mainstream nak dibuat buah tangan. Klise.

Amir menekan butang ON dengan telunjuk kanan. Gambar pertama menyapa pandangan. “Erk?! Bakal zaujah?” Amir mengerutkan dahi. Mamat ni, brain nerves dah short circuit ke? Gambar Ayie terpampang pada skrin, di depan pintu masuk Domodedovo Airpor.

Ayie ketawa kecil. “Bukan yang ni, satu lagi.” Butang NEXT ditekan.

“Ni isteri orang.” Amir mencebik. Sah! Short circuit!

“Bukan yang kanan, adik kecik tu ha!”

Amir kembali pada skrin DSLR. Anak kecil setinggi paras paha dewasa sedang menarik-narik tepi baju ayahnya. Ayahnya tersenyum. Kerut di dahi bertambah. Butang lagi ditekan, mengalih ke gambar selepasnya.

Kali ni, ayahnya membetulkan telekung anak kecil tersebut. Anak rambut yang sedikit terjurai diselitkan ke dalam telekung. Senyum pada wajah anak kecil menambah comel. Teruja.

Amir hanya memerhati satu persatu gambar-gambar pada kamera. “Bakal zaujah?” Amir menggumam rendah sebelum gambar lagi sekali bertukar.

Si ayah mengimami isteri dan anak di belakang. Anak kecil itu tampak girang sebagai makmum. Terserlah pada wajah kecil. Senyum bukan main. Setia di sisi ibunya.

You got my point?” Ayie mengukir sengih nakal.

Enlighten me.” Amir membalas senyum.

Children are made of three basic elements.” Ayie memeluk tubuh. “Non-corrosive exhilaration, flame of enthusiasm and heavy-duty gratefulness.” Dia membilang dengan jari.

Amir senyum seribu megawatt. That’s the line. Here goes his philosophy. Amir memasang telinga.

“Punya la excited adik tadi nak solat kan?” Gambar di skrin DSLR dikerling sekilas. “That’s one point for non-corrosive exhilaration.”

Amir setia mendengar.

Second, time solat boleh senyum sampai ke telinga, bursting her interest in her solat, aite? Flame of enthusiasm.” Ayie semangat menyambung hikayat.

Thirdly, in whatever situation; be it, summer or winter, tengkujuh or panas; they celebrate it. Kan? Tengok musim tengkujuh kat Terengganu baru-baru ni, mak ayah duk runsing air naik, dia boleh pergi tengah-tengah banjir nak main hujan. ” Ayie ketawa kecil.

“Tapi sayang kan?” Giliran Amir menyambung.

"Huh?” Ayie angkat kening.

That non-corrosive metal of exhilaration can be melted by the heat of maturity.” Rentak perbualan dah masuk melody ala-ala Moolight Sonata.

And, flame of enthusiasm may distinguish.” Ayie pantas setuju, dengan senyum yang juga mula mencair.

And, corrosion does occur to heavy-duty gratefulness kalau dah selalu berhujan panas bawah terik umur sebenarnya.”


If it is the inner-child that is the sole means of providing us with the rose-tinted glasses to see the world and smile, then so be it.
-HLOVATE

[Moonlight Sonata]
Give colours to life.
Celebrate it. 
Habiburrahim

Friday, December 28, 2012

Aku Nak Kahwin!

kahwin


Nama aku, Aiman. Umur aku sekarang 21 tahun. Aku tak ada girlfriend macam orang lain since aku tahu bercouple sebelum nikah itu haram ! So, dengan sepenuh kudrat yang ada, aku cuba untuk tahan diri daripada bercoupleKorang ingat senang ke ? Kalau diikutkan hati, mahu saja aku mengurat perempuan-perempuan yang ada dekat universiti aku tu. Secara jujurlah aku cakap, zaman sekarang ni, untuk tahan diri daripada mengurat tu lebih susah daripada mengurat. Iyalah, zaman sekarang dah tak macam dulu. Tak payah guna surat-surat semua, facebook ada, twitter ada, email ada, whatssapp ada, skype ada. Dengan sekali tekan butang “send” awek-awek boleh cair la dengan ayat manis kau. Tapi aku tahu itu haram dan aku tak buat, walaupun aku tahu rupa aku not bad la jugak !
Sebab tak ada girlfriend jugalah orang lain fikir aku gila, jumud dan tak normal. Lebih mengharukan, diorang fikir aku gay ! Arghh.. Rasa macam hendak penampar je muka diorang. Zaman sekarang ni, perhubungan gelifriend dan buayafriend ni macam dah halal pulak. Halal sampai orang ramai dah tak kisah. Tengok couple jalan-jalan dekat taman, pegang-pegang tangan semua, itu macam dah biasa je bagi diorang. Orang yang tak couple semua ni, itulah yang dipandang pelik. Itulah nasib golongan Ghuraba’ ni. Sedih aku tengok.
Kalau korang nak tahu sebab apa anak-anak muda sekarang lebih ramai yang pilih untuk bercouple daripada berkahwin awal. Sebab itu la. Sebab pandangan masyarakat. Mereka fikir, bercouple ni lebih mudah daripada berkahwin. Tak payah fikir jauh-jauh. Iyalah, nak berkahwin bukannya senang, kos dah la mahal, hantaran kahwin berpuluh ribu, as a student, mana depa mampu nak tanggung semua tu. Lagipun mak ayah bila sebut pasal kahwin je, mesti naik angin. “Kau nak bagi bini kau makan apa nanti ? “ . Terpadam hasrat murni di hati diorang. Yang aku peliknya ada segelintir mak ayah, marah bila anak diorang cakap nak kahwin, tapi suka pula bila tengok anak diorang bercouple. Diorang rela tu, anak gadis diorang diusung kehulu kehilir oleh lelaki yang bukan muhrim ? Pelik-pelik.
SEKS
Hrmm.. next aku nak cakap pasal benda yang agak sensitif sikit. Seks ! Ya ! Nafsu Seks. Tapi kali ni, aku bawakan dalam bentuk perbincangan yang agak profesional. So, jangan malu jangan segan, kita semua manusia normal. Sempat la sebelum aku tulis artikel ni, aku rujuk-rujuk dulu buku Muhammad Qutb tentang Salah Faham Terhadap Islam di bawa tajuk “Agama dan repressi seks “. Dalam tajuk ini, Muhammad Qutb bawakan satu contoh ataupun analogi yang cukup cantik sekali. Beliau kata, Islam sama sekali tidak menyekat fitrah semulajadi manusia (nafsu seks) dan memandang fitrah semula jadi manusia ini sebagai satu keinginan yang bersih dan sihat. Berbeza dengan barat yang memandang agama sebagai menindas keinginan seks manusia dan menyebabkan hidup manusia menderita kerana dikongkong oleh perasaan berdosa kerana melakukan seks.
Firman Allah dalam Surah al Imran ayat 14 ;
“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah keseronokan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik (syurga) “
Di dalam ayat ini Allah menyebutkan seluruh kegiatan-kegiatan hidup yang pada fitrahnya menyeronokkan manusia. Dan Allah mengakuinya bahawa perkara-perkara ini adalah keinginan semulajadi manusia yang sihat dan Allah tidak melarangnya sama sekali. Cuma, Islam sebagai suatu sistem yang syumul tidak mahu manusia hanyut dalam arus keinginan-keinginan itu sehingga mereka terkongkong menjadi hamba abdinya.
Muhammad Qutb juga berkata, waktu muda adalah waktu kemuncak kepada nafsu seks. Jika nafsu ini tidak disalurkan kepada tempatnya yang betul, hal ini akan merugikan pemuda itu sendiri dan juga masyarakat. Apabila pemuda-pemuda ini diperhambakan nafsu dan keinginannya, seluruh tenaga dan fikirannya akan tertumpu ke arah untuk memuaskan keinginan-keinginannya sahaja. Tujuan hidupnya jadi tidak jelas, kemampuan pemuda yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan agama dan negara dipersiakan begitu sahaja. Negara seterusnya akan menjadi lemah kerana kehilangan pemuda-pemuda yang berkualiti.
Kita mungkin memandang hal ini sebagai suatu perkara yang remeh, tetapi Khalifah Umar b. Abd Aziz memandang perkara ini sebagai suatu perkara yang amat serius dan penting. Beliau melihat kemampuan seorang pemuda itu untuk berkahwin bukan sahaja terletak pada tangan pemuda itu sendiri, tetapi juga terletak pada tangan pemerintah. Justeru, beliau menggunakan harta baitul mal untuk mengahwinkan pemuda-pemuda yang masih bujang pada zamannya. Dan ternyata strateginya itu strategi yang bijak. Pandangannya itu adalah pandangan yang jernih. Negara menjadi mantap dari segala aspek seperti, ketenteraan, ekonomi, perdangangan, pelajaran dan lain-lain lagi. Ini semua kerana, pemuda-pemuda itu tadi telah punya tujuan hidup yang jelas dan bersedia untuk menyumbang tenaga untuk agama dan negara tercinta.
Korang nampak ? Besar signifikannya perkara ini. Kita mungkin hanya lihat, perkahwinan itu boleh mencegah zina, isu-isu sosial seperti buang bayi, pergaulan bebas dan lain-lain lagi. Tetapi sebenarnya hikmah perkahwinan bagi seorang pemuda lebih dari itu. Ia boleh merubah struktur dan upaya masyarakat untuk menjadi masyarakat yang lebih baik lagi.
Kritikan
Institusi zakat
So, dalam hal ini, aku pun tak faham kenapa duit zakat di negara kita harus disimpan macam tu je. Seolah-olah pihak pentadbir zakat dan kerajaan negeri berbangga dengan duit zakat yang mampu dijimatkan hingga berjuta-juta ringgit saban tahun. Bukankah duit zakat itu seharusnya diuruskan dengan lebih baik. Ianya adalah amanah ! Bantulah orang-orang muda yang ingin dan sudah bersedia untuk berkahwin. Jangan kata tiada, ramai sahaja di luar itu yang ingin berkahwin. Cumanya mereka malu untuk meminta-minta. Jadi, cadangan aku, pihak agama Islam dan kerajaan negeri bolehlah memulakan langkah untuk mewujudkan satu skim bantuan untuk membantu golongan muda yang ingin berkahwin. Jika tidak biaya penuh, cukup sahaja sekadar separuh.
Bukan apa, aku lihat orang muda sekarang, memang cukup susah untuk berkahwin. Salah satu sebabnya ialah tiada dana. Zaman sekarang, tamat sahaja ijazah sarjana muda , umur sudah 24 tahun. Gaji pertama berapa senlah sangat. Jika hendak ditunggu sampai 50 ribu ringgit, berapa tahun tu ? Cuba bayangkan 4 tahun masa yang diambil untuk mengumpul wang sebanyak 50 ribu ringgit. Sepanjang 4 tahun itu, siapa boleh jamin dia boleh kekal dalam ketaatan dan tidak tunduk pada hawa nafsu ? Siapa ? Justeru, mudahkanlah urusan mereka.
Adat oh adat
Ha.. ini satu lagi penyebab. Adat oh adat. Oleh kerana ikutkan adat, kos perkahwinan yang pada mulanya itu boleh dikurangkan, tiba-tiba mendadak naik. Pelaminlah, nasi minyak lah, kompang lah, telur pindang lah. Pening hendak difikirkan. Maaflah kata, kadang kala, masyarakat kita lebih pentingkan adat daripada syariat agama. Sebagai contoh, syariat agama menyuruh supaya merendahkan mahar perkahwinan, tetapi disebabkan adat, mas kahwin sampai berpuluh-puluh ribu ringgit jadinya. Dalam hal ini, kita semua harus memainkan peranan supaya masyarakat, di mana satu adat dan di mana satu tuntutan syariat.
Kesimpulan
Kesimpulannya, tolonglah aku yang ingin berkahwin ini dan juga pemuda-pemuda di luar sana. Rasanya hati ini tidak tertahan lagi melihat perlakuan maksiat yang saban hari membanjiri masyarakat. Mulanya menonton video lucah, kemudiannya bercouple, kemudiannya berzina dan akhir sekali membuang anak. Jika yang baik sikit, berpuasa. Namun kadang kala mereka ini kalah, dan kadang kala mereka ini menang . Pertarungan melawan hawa nafsu ini seolah-olah pertarungan yang besar dalam diri anak muda. Justeru, tolonglah mereka untuk menjaga agama mereka !
Aku nak kahwin !
Wallahualam,
En. Marbawi,
EDITOR PENA ORANG MUDA

Monday, December 24, 2012

Al-'asr




Bulan malam tidak kelihatan. Terlindung dek awan hujan mungkin.  Sinarnya masih belum larut. Kelam. Tempias hujan merintik membasahi muka. Angin malam membawa dingin hingga ke tulang. Zip pada sweater dibawa hingga ke tengkuk. Tubuh dipeluk.

Anak-anak kecil pamer riak riang pada hujan yang bertaburan. Senyum menghias wajah dibawah sedar. Celebrating life, ey? Kita yang besar gajah pun terkadang susah nak bersyukur. Hujan pun merungut, panas pun melatah.


Tangannya dibawa menongkat dagu. Pandangannya masih diluar, tidak dibawa ke dalam. Sengaja diberatkan pandangan di luar. Lagipun, apa yang ada dalam rumah ni?

Bising Edifier 2.1 melalakkan efek bunyi kemenangan menyapa telinga. Serentak, sorak sorai keriangan hamba permainan menambah bingit. Keluh kecil dihela.

Gelak tawa pula berlagu dari arah berlainan. Berselang selikan kata-kata berbahasakan pengantar entah dari mana. Korean. Mungkin. Nafas panjang lagi sekali dihela.

Benak lagi ligat mentafsir. Termenung memikir. Pandangan masih pada luar.
Apa yang ada dalam rumah ni?

Al-asr. Masa literally. Maksud lagi dalam, juice that had been squeezed out. Dalam maksudnya, bagi yang mengetahui.

Tidak Allah ciptakan sesuatu sia-sia.
Dan tidak Allah ciptakan sesuatu untuk disia-sia.

Masa.

Tangan dibawa meraup wajah. Rintik tempias menitis dari tangan.

Karat jahiliyah itu dia sendiri susah nak tinggalkan. Memang. Jujur. Tapi, takkan nak bawa karat tu sekali masuk gerabak. Maunya berat gerabak, dia yang dipaksa turun. Worst case scenario, dia yang menyungkurkan gerabak. Terpesong habis satu gerabak maunya dia yang tanggung di akhirat.

On a second thought, it ain’t easy. Dia sendiri pun naik mengah cari serbuk pencuci nak hiilangkan karat. Naik jenuh juga nak basuh dengan Clorox, sental dengan berus besi bagai.
Sesekali pun, ada yang dicuba layan Ice Age, Despicable Me, tak pun The Lorax. Sesekali, ada la berlagu Oasis, Westlife dari speaker.

It is indeed a failure whenever you stop trying.
Enough said.
Tak pernah cuba jangan kata kalah.
Tak pernah menang jangan kata salah.

Dan tak salah kalau nak berhibur, tapi biar pada jalanNya.


“Sama ada jalan Allah ataupun hawa-hawa orang jahil. Tiada andaian yang ketiga dan tiada jalan tengah di antara syariat yang lurus dan hawa yang berubah-ubah. Sesiapa sahaja yang meninggalkan syariat Allah sebenarnya secara automatik telah berhukum dengan hawanya. Semua yang lain dari syariat Allah adalah hawa yang terperosok ke dalamnya orang yang jahil.”

Tafsir fi Zilal, Syed Qutb.

[Al-'asr]
There's no grey zone in Islam. 
Whether you choose black or white. 
Whether you choose Islam or jahiliyyah. 
Wheter you choose hellfire or His Jannah.
Habiburrahim


Thursday, December 20, 2012

Sujud Pembebasan




Sujud itu menundukkan dahi
Tetapi memuliakan dan meninggikan muslim yang bertasbih pada-Nya
Si jahil menyangkanya belenggu ke atas hamba
Tetapi sujudlah yang memusnahkan segala belenggu-belenggu itu


Padanya, semua makhluk akan tunduk kepada muslim yang sujud
Seluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya
Wajah dan seluruh anggotanya melekat di bumi
Tetapi ia menggoncangkan gunung-ganang
Meruntuhkan syirik dan was-was di dalam diri


Tetapi ia juga membangunkan generasi-generasi
Dalam diam, kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi
Lantaran kehebatan dan kebesaran-Nya


Sujudnya hanya kepada Allah, ia mengesakan-Nya
Lalu mantap dan kuat
Menghapuskan setiap penzalim yang sombong
Barangsiapa menghayati sujud ini
Dia menikmati kepimpinan dan ketuanan di muka bumi
Dengan keagungannya, rahmat dan keindahannya

Abdul Wahab Azam, Majalah al-Muslimun -
* AL-MUNTALAQ *

[Sujud Pembebasan]
Sujud itu perhambaan kepadaNya
Pembebasan diri daripada dunia
Enough said.
Habiburrahim

Tuesday, December 18, 2012

Ashabul Kahfi II




“Err..hai!” Pa’an melabuhkan duduk di hadapan Aini.
Macam kenal… Aini angkat muka dari buku di atas meja ke arah Pa’an di hadapan. Ha, datang pun. “Hai. Assalamualaikum.” 

Err...“Wa'alaikumussalam.” Pa’an menolak Sony Ericsson di atas meja ke arah Aini. "Your phone."

“Yours.” Aini turut mengeluarkan Sony Ericsson dari dalam poket. Ditolak ke arah Pa’an.

“Thanks by the way.”

“For what?”

Err.. “For taking care of my phone.” And for the lagu.

“You too.”

Sunyi perpustakaan mengambil alih perbualan. Aini kembali kepada bacaan.

Sunyi.
Sepi.
Tak berpetah.
Pa’an masih tak berganjak dari duduk kerusi. Bibir bawah diketap… Ishhh….

“Err…” Pecah sunyi. Pa’an berkira-kira dalam benak. “Aku… Saya…err..” Belakang kepala digaru. “…saya ada masalah.”



***



Motosikal diparkir di perkarangan tersebut. Kunci motosikal ditarik. Helmet ditanggalkan. Seketika, Pa’an membawa pandangan ke seluruh tempat tersebut. Keluh panjang dihela. Tak pasti samada keluh resah, atau keluh lega. Langkah diarah lambat ke deretan paip.

“By the way, awak kenal Dawud Wharnsby Ali?” Perbualan berubah rentak.

Pa’an menggeleng.

“He’s 100 times better than your punk rock Ramones, The Clash and whatnot.”

Pa’an terkedu. Speechless. Memang kaw-kaw kena brainwash dengan Aini nih…

Aini mengemas masuk buku-buku ke dalam beg. “Ok. Got to go. Dah lewat ni.”

Pa’an memandang sekilas jam di tangan. “It’s 12.50 tengahari. Apa yang lewat?” Dahi berkerut seribu.

“Zohor dah nak masuk. Assalamualaikum.”


Tangannya memulas paip. Tangan ditadah ke arah air lalu.
Bismillah…



***
   

“Bet…”

Siapa pulak buat suara syahdu tengah-tengah…. Tak sempat pun Bet nak berpaling, Pa’an dah mengambil tempat di sebelah Bet.

“You got a sec?”

“Sure.” Bet melipat sejadah.

“Aku…” Pa’an menelan liur. Memang peti suara pun terasa pecah masa ni. Tekak terasa kering bak Sahara. Suara memang tak dapat nak dikeluarkan. Tapi, yang dia tahu, dia nak luahkan. “…aku nak jadi baik.” Long pause…, “Aku nak Allah sayang aku….”…balik.

Bet sekadar membisu. Dibiar jeda, memberi ruang bicara untuk Pa’an.

“Aku dah jauh menyimpang. Aku jahil. Entah…” Memang solat zohor tengahari tadi dia terasa satu kelainan. Tenangnya  halur menjalar. Bukannya dia tidak pernah solat sebelum ni. Cukup lima waktu. Cuma selama ini, solat pun aci redah. Buat sekadar nak siapakan apa yang dianggap sekadar rutin. Perasaan yang memang lain bila dah solat dalam keadaan terasa diri begitu kerdil di hadapan Tuhan.

“I’m all ears.” Bet kekal tak beriak, but deep inside, he’s keen to listen.

“Aku dah rasa jauh. Aku nak balik kepada dulu.”

Dulu. Dulu yang memang zillion light years terasa jauhnya dari sekarang. Dulu lagi sebelum Pa’an jadi so-called street artist. Dulu lagi sebelum Pa’an buat  seni tu semacam ekspresi kepada freedom and escapism. Dulu lagi sebelum Pa’an habiskan masa malam dengan graffiti yang entah apa faedah.
Tapi itu dulu.
Dulu.
Bukannya Bet tak ambil tahu, cuma dia yang hanyut sendiri. Yang dia tahu, sembahyang, puasa dia cukup. Tak teguk Whiskey nor Sherry.  Merokok pun memang jauh sekali. 

“Aku tak fikir Allah akan sayang aku selagi aku treat Islam as a quote-unquote religion status atas IC.”

“Even Jibril once, when Firaun was drowning in the middle of the sea, collected soil, dust sebab nak sumbatkan ke dalam rengkung Firaun ketika itu, just because, he feared, once Firaun stumbled upon words and asked Allah to forgive save him. And he feared Allah’s mercy may reach upon Firaun dan Firaun terselamat.”

“That is how merciful Allah is. That is how loving Allah is.”

"But, don't ever take it lightly. Sesetengah orang take it lightly, itu yang jadi rasa bila dah tua baru nak bertaubat. Maha Pengampun Allah pada kita yang bawa dosa bertan-tan, bukan pada dosa yang sama yang kita sengaja ulang-ulang."

‘Ceramah’ Aini pagi tadi kembali menjengah. Tak tahu kenapa mulut terasa ringan nak cerita segala bagai kepada Aini dan Bet.
Mungkin sebab lagu Ashabul Kahfi dah bawa dia merentas bedtime story dengan Mama. Mungkin sebab dia rindu Mama belai dia dengan Islam sejak kecil lagi. Mungkin sebab, ‘ceramah’ Aini tadi pagi. Mungkin sebab solat zohor tadi terasa tersangatlah tenang

Atau mungkin sebab, dia terasa nak isi kelopongan dalam hati yang selama ini dia cari pada freedom and escapism kat atas dinding.

Freedom and escapism pada solat mungkin.
Freedom and escapism pada kembali ke jalanNya.

Which is, for sure, way more calming and soothing.

“Bet…” Hening sepi menyapa. “Aku nak start anew. Dari box ZERO... not even a dice throw, not even a step ahead, not even taking shortcuts through snakes or ladder either."

-Tamat

[Ashabul Khafi II]
Move on.
It's just a chapter in the past.
Never close the book.
Just flip the page.
Who knows
Previous pages might spice up the whole story
Habiburrahim

Sunday, December 16, 2012

You know why I write more, and talk less?


You know why I write more, and talk less?” Datar suara Addin. Pandangannya bertumpu pada wajah Areh.

“Err. Coz u just love to?” Kepala yang tak gatal digaru. Sengih sumbing diukir.

“Sebab tulisan boleh padam. Boleh review. Boleh edit. Kalau blogpost pun kalau kita sedar tersilap boleh revert to draft. But when u’re talking, there’s no backspace.” Addin menghela nafas. 
"Dan biasanya kita fikir sebelum kita tulis dan taip."


Lecture notes Circuit Theory yang tadi ditatapnya dimasukkan ke dalam fail. Meja study dikemas, jadual exam disemak kembali. Kalendar ditatap, satu pangkah diletak atas tarikh 16 November 2012 tanda hari ini sudah sudah berlalu. Pejam mata, bukak mata, then dah 17 November. Dua hari lagi.

“Life has no backspace.” Areh mengungkap kata-kata Hadi. Betul lah. Sekali kita cakap sesuatu, buat sesuatu, dah tak boleh tarik balik. Faidza fa’alta syai’an, fatadabbaru akibatahu. Apabila hendak buat sesuatu, renungkan akibatnya dahulu.

With actions, come consequences. Kata orang tua-tua, Ikut rasa, binasa.

Addin bingkas bangun usai mengemas meja belajarnya. Tangan mencapai kitab Hadith 40 Imam Nawawi yang kemas diletak di atas rak buku di birai katil. Dipetik sebahagian daripada hadith yang ke 15.

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam...”  Riwayat Bukhari dan Muslim

"Well, it supposed to be that way. Writing should make people be more wary of their words, and think before they write. Yet u see, how people are using the so-called freedom of speech now? Facebook. Twitter. Ironic.” Addin mengeluh.

Well, lecture time. Heh. Tapi takpe, best jugak dengar dia ni membebel kadang-kadang. Gaya philosopher pon ada. Areh sengih.

“Yang kau sengih sorang-sorang ni kenapa?” Nada sedikit berubah. Kening kiri diangkat. Pelik sungguh budak ni, orang serious dia sengih-sengih.

“Takde apa. Saja senyum, sedekah. Tengok kau asyik muka pekasam 24/7, saje aku nak test kot2 aku pon dah berjangkit ngan kau.”

“Aduh. Hoi, apa cubit2 ni?” Areh menggeliat dicubit Addin. Senyum pudar, kening pula berkerut.

Tangan ditarik dari kiri pinggang Areh. Senyum diukir. “Sekarang aku pulak sedekah”.

“Banyak lah kau punya sedekah.” Kening masih senget. Tangan kanan menggosok-gosok pinggang yang sakit dicubit.

“Heh. Sorry.” Bahu Areh digosok. “We cool?”

“Yeah”. Areh senyum.

“May I proceed?”

“Yeah prof.”

Dia ni memang nak kena la. Hish. Addin geleng kepala.

“You know once I was like infuriated.”
“Ada sorang mamat ni. Post hadith palsu dekat facebook. Ingatkan orang lain supaya berpuasa Arafah, lepas tu dapat pahala 80 tahun ibadah. Dengan hadith yang meragukan, perawi pun tak disertakan.”
"Lagi satu kes, post hadith kat bawah ni. Then Fathi al-Sakandary ada komen tentang hadith tu."


Dah pasang muka serius balik dah dia ni. Areh masih senyum. “Maybe he didn’t know.” Gumam Areh rendah.

“The exact answer he gave to me.”
“If we’re truly muslim and practice what’ve been told in the Quran, we won’t use such answer just to escape the blame.”

Aii.. Marah nampak bang.

Kalau bukan kita marah kerana agama, kerana Allah dan Rasul, untuk apa lagi kita marah?

Mulut membisu, mata menjeling, hati berkomunikasi.

“Dalam al-Quran, Allah dah bagi warning siap-siap, supaya kita selidik setiap berita yang kita terima” Addin cuba menegaskan.

“Al-hujurat, ayat 6. Kan Addin?”
 “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

“Exactly.” Addin senyum tanda setuju.

“Or maybe it is just me. I’m just poor in expressing using words.” Gumam Addin rendah.

"Oh btw, siapa Fathi al-Sakandary?"

"Yang tu kena la discover sendiri. Hehe. Ok la. Dia belajar Medik & Hadith kat University Alexandria".

Wow. Medic. Sains. Hadith. Diniyyah. Bestnya.
“You know why I talk more, and write less?” Areh pula memecah kesunyian, menimbulkan conjugate persoalan yang ditimbulkan Addin awal-awal tadi.

Addin senyum. “Because u think before u talk?”

“Nope. Because I don’t get 8 for my IELTS writing. Not like u.” Are sengih. Cepat-cepat bangkit dari kerusi, lari.

“So now langgar lari? 5feet distance or what?” Addin terbahak-bahak. “Kau ni memang nak kena betul.”
Areh sekadar senyum. Tangan sempat menyambar baju putih yang tersidai di birai katil sambil. Angkat bendera putih. “Aku give up.” Ketawa pecah, menghidupkan bilik tu.

“Surau jom?” Pintu bilik dibuka, serentak laungan azan masuk menyelubungi bilik 503.

“Indahnya hidup dibayangi al-Quran.”

“Syed Qutb?”

“Yup. Best kalau semua orang hidup berlandaskan al-Quran, dan as-sunnah. Meng'sibghah' kan Islam dalam hidup. Just like tea.

"Tea?"

"Yeah. Air dan tea sudah saling bercampur, serasi, tak boleh dipisahkan."
"Jom. Surau." Addin memimpin langkah, keluar bilik, menuju surau.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

They say it is the freedom of speech,
uttering and writing whatever came across their mind,
false news, false accusations, slender, false information, and also false hadith.

Yet they forgot to utilize their freedom of thinking, 
thinking of the consequences,
and how to avoid calamities and negative impacts.

They say nobody warned them,
yet they forgot, 
Allah has brought down the Quran,
as reminders, as guidance,
for those who fear Him.

They forgot,
tongue and genitals are the main reasons,
dragging human to hell.

They forgot,
they'll be held responsible,
for all their doings,
wrong and right.

They forgot,
all things they write or say,
all will become their share,
good ones for their reward,
bad ones for their sins,
all are accounted for.

A good person, either he is a Muslim or not,
should take good care of his words.

-Ir Jinggo

Saturday, December 15, 2012

DEATH, LEGACY & INTELLIGENCE


For my first writing, I would like to point out the reality of life; to ponder upon the inevitable death, to shed some light to the term of intelligence and wisdom, as well as to share and remind ourselves about our duty in this world.

After reading this text, I pray that the readers can get plenty of benefits, and at last be a smart, wise and intelligent person to face our life ahead.

(WARNING: Please follow the flow of this text, or the message would not reach you. INSTRUCTION: Please read with a slow pace, and reflect yourselves after each paragraph)

DEATH creates such a scary atmosphere. When we remember death, all things in this world seem to be so meaningless. We start to look things based on the akhirah point of view. We can treat both good and bad things that happen to us equally; that is with patience, knowing everything will end with death.



Remembering death makes us feel sad, week and hopeless, but that’s not what we ‘should’ feel. Yes, those feelings are needed to enslave ourselves to The Almighty Allah, but do those emotions push us to race in doing good things? By remembering death, we must feel the urge to do something good for the humanity.

Let’s think for a while, do you think that when you are dead, it will bring any effect to your community? Will the society (not just your family) weep for your death? If you are, then you are doing a really good job here in this dunya. If not, then we are in the same boat; same sinking boat, I’m afraid.

The Prophet (Sallallahhu ‘alaihi wasallam) once said:

“When the son of Adam dies his actions come to an end except three things, a continuing charity or knowledge which gives benefit or a pious child who prays for him”

(Sahih Muslim)


From the hadith above, it is clear that when you are dead, what is left is the LEGACY that you have built that benefit the community; only then a continuous flow of rewards will straight go to your I’lliyiin (good deeds) account.



Some people will say, do this legacy even necessary to attain jannah? Yes, it does! Take a look at the sahabas (companions), the likes of those who Rasulullah (peace be upon him) promised jannah even before their death. They have been mocked, ridiculed, tortured and even killed to make sure this deen reach us. Our efforts seem like nothing when being compared to their sincere sacrifice. That is their legacy, what about us?

Are we being protected by Allah from any sins? Are we being promised by the Prophet a place in jannah? Are we feeling contented with the deeds we have done so far? Have we built our own legacy? The big question is, are we ready for our own death?

Upon finishing reading the passage above, I am sure that now you guys can see our purpose of life. The purpose of our life is to serve Allah; The One and Only (Ilah) and in order to serve Him in our short duration of life, building our own legacy seems to be of the utmost important.



So, back to our main topic, how can death make us be an INTELLIGENT person? In remembrance of death and preparing for it, it shows that the person has a definite purpose in life. They have a plan and a mission to fulfill. They are bounded to the solid ground of truth, not deceived by the temporary pleasure of dunya. They are intelligent and wise because they are preparing for something much bigger and more ‘real’ than dunya, which is akhirah.

“But you prefer the worldly life, While the Hereafter is better and more enduring.” {Surah Al-A’la, 87:16-17}

I am an engineer-to-be after all, (If God wills it); mathematical expressions become my second language. So, to conclude my post, below are the crucial points being expressed in an equation :
Death (Remember + Preparations) = Clear Purpose in Life = Intelligent

Ibn Umar reported: I was with the Messenger of Allah, peace be upon him, when a man came from the helpers and he greeted him with peace. Then he said, “O Messenger of Allah, which of the believers is the most virtuous?” He said, “Those with the best character.” He said, “Which of the believers is the most wise?” He said, “Those who remember death often and have best prepared for it with good deeds. Those are the wisest.”
[Sunan Ibn Majah, Book of Asceticism, Number 4259, Hasan]

Let’s do our best and race doing good things! May Allah give us His blessing based on our efforts and noble intentions, and guide us in the right path.


Be a dai’,
Build a legacy.

Gadgets By Spice Up Your Blog