Monday, December 31, 2012

Moonlight Sonata




Domodedovo Airport lengang. Bukan musim cuti mungkin.

Duduknya tak beralih biar terik matahari memancar tepat pada bangku tersebut. Terik tak terasa. Winter. Matahari hadir menyapa, tapi bukan bersama terik haba. Cahaya sahaja peneman. Tapi dia tak berganjak, tak terkesan dek silau. Begitu juga pandangannya, tak berkalih. Khusyuk dia memerhati satu sudut lapangan terbang tersebut. Cepat lensa D1000 dibawa ke arah sudut tersebut.

Yeah! Splendid!
Lensa diputar-putar, memberi fokus pada subjek di sudut tersebut.

Tangan Ayie menekan-nekan butang DSLR. Setiap gerak geri terakam dalam memori kamera. Cantik!

Ayie mengukir senyum nipis segaris.




Nothing for me?”

“Huh?!”

“Alaa, buah tangan ke, cenderahati ke, keropok lekor ke…”

“Amboih, aku sepatutnya yang mintak.”

“Ohoi, dari Malaysia merantau takkan tangan kosong.”

“Bakal zaujah. Nah!” Ayie menghulur DSLR di tangan ke arah Amir.

DSLR betukar tangan. Amir menyambut dengan senyum tanpa sepatah kata. Mamat ni, kalau bukan lagu, gambar sebagai buah tangan. Lagipun, benda alah lain macam dah terlalu mainstream nak dibuat buah tangan. Klise.

Amir menekan butang ON dengan telunjuk kanan. Gambar pertama menyapa pandangan. “Erk?! Bakal zaujah?” Amir mengerutkan dahi. Mamat ni, brain nerves dah short circuit ke? Gambar Ayie terpampang pada skrin, di depan pintu masuk Domodedovo Airpor.

Ayie ketawa kecil. “Bukan yang ni, satu lagi.” Butang NEXT ditekan.

“Ni isteri orang.” Amir mencebik. Sah! Short circuit!

“Bukan yang kanan, adik kecik tu ha!”

Amir kembali pada skrin DSLR. Anak kecil setinggi paras paha dewasa sedang menarik-narik tepi baju ayahnya. Ayahnya tersenyum. Kerut di dahi bertambah. Butang lagi ditekan, mengalih ke gambar selepasnya.

Kali ni, ayahnya membetulkan telekung anak kecil tersebut. Anak rambut yang sedikit terjurai diselitkan ke dalam telekung. Senyum pada wajah anak kecil menambah comel. Teruja.

Amir hanya memerhati satu persatu gambar-gambar pada kamera. “Bakal zaujah?” Amir menggumam rendah sebelum gambar lagi sekali bertukar.

Si ayah mengimami isteri dan anak di belakang. Anak kecil itu tampak girang sebagai makmum. Terserlah pada wajah kecil. Senyum bukan main. Setia di sisi ibunya.

You got my point?” Ayie mengukir sengih nakal.

Enlighten me.” Amir membalas senyum.

Children are made of three basic elements.” Ayie memeluk tubuh. “Non-corrosive exhilaration, flame of enthusiasm and heavy-duty gratefulness.” Dia membilang dengan jari.

Amir senyum seribu megawatt. That’s the line. Here goes his philosophy. Amir memasang telinga.

“Punya la excited adik tadi nak solat kan?” Gambar di skrin DSLR dikerling sekilas. “That’s one point for non-corrosive exhilaration.”

Amir setia mendengar.

Second, time solat boleh senyum sampai ke telinga, bursting her interest in her solat, aite? Flame of enthusiasm.” Ayie semangat menyambung hikayat.

Thirdly, in whatever situation; be it, summer or winter, tengkujuh or panas; they celebrate it. Kan? Tengok musim tengkujuh kat Terengganu baru-baru ni, mak ayah duk runsing air naik, dia boleh pergi tengah-tengah banjir nak main hujan. ” Ayie ketawa kecil.

“Tapi sayang kan?” Giliran Amir menyambung.

"Huh?” Ayie angkat kening.

That non-corrosive metal of exhilaration can be melted by the heat of maturity.” Rentak perbualan dah masuk melody ala-ala Moolight Sonata.

And, flame of enthusiasm may distinguish.” Ayie pantas setuju, dengan senyum yang juga mula mencair.

And, corrosion does occur to heavy-duty gratefulness kalau dah selalu berhujan panas bawah terik umur sebenarnya.”


If it is the inner-child that is the sole means of providing us with the rose-tinted glasses to see the world and smile, then so be it.
-HLOVATE

[Moonlight Sonata]
Give colours to life.
Celebrate it. 
Habiburrahim

6 comments:

aku-bukan-robot. said...

point taken.
tapi lah kan, agak lah ayat ni "Lagipun, benda alah lain macam dah terlalu mainstream nak dibuat buah tangan. Klise."
betullah memang klise. ha.ha.ha.

terbayang adik kecik yang teruja bila dapat follow solat. sungguh.

"Give colours to life.
Celebrate it. "

terhengat hlovate punya lukisan yang dipost baru2 ni, dan betullah. hidup kita ni ada je warna warni tapi kita yang ber"masalah" bila jadikan hanya hitam putih. fuhh. dah hitam putih.then nak ikut acuan sendiri. mana lah nak indah bak pelagi yang lepas hujan panas tu. naa~ sibghah Allah lupa nak follow.

ok. dah termembebbel. tapi tak masuk topik. ngee~ sekian.

Dokter TukangMasak said...

Akhirnya. Entry Habiburrahim yg ditunggu kunjung tiba juga.! :D

As always, tersembunyi tp point tu ade. dan jgn lupa bkn adik kecil tu je point disini. Ayahnya yg selitkan rambut. Situ satu penekanan psl aurat. Dan part jadi imam. Itu sgtlah sweet. ;)

Anonymous said...

siapa lah agaknya pemilik ashabul islam ni ye? saya dah terjatuh cinta dengan tulisan dia. Mohon ia tidak berlanjutan.

nurul said...

Cerita-cerita habiburrahim semuanya mantap habis. Jalan cerita cool gila but still banyak pengajaran. Tahniah & teruskan usaha, semoga diberkati ^^

Spacefishy said...

cantik! selalu mengejutkan!

keep it up and please write more.

LS said...

its cool, dude!
mantop,
mabruk alayk..

:)

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan". Imam Hassan al-Basri

Diskeleimer

Dari penulis diskeleimer:

Anda digalakkan untuk menekan labels untuk mencari entri yang berkaitan dan bersangkut paut.

Gambar adalah banyak dicedok dari Encik Gugel.

Jika bermanfaat, silakan ebarkan bahagia! Oh. Dan lebih elok kalo disertakan url blog ini sebagai rujukan. Share melalui medium2 sosial adalah lebih digalakkan.

~Moga Bermanfaat~
Gadgets By Spice Up Your Blog