Wednesday, December 12, 2012

Future Futur?



Hello, nama saya Futur. Boleh saya masuk?
-APG.

Saya fikir, anda semua sudah terbiasa dengan dua perkataan ini, Futur dan Cuti. Mungkin kerana maksud futur itu sendiri adalah cuti dari tarbiyyah, menjadikan futur dan cuti itu saling melengkapi. Eh!

Ok. Itu muqaddimahnya. Straight to the point.

Jujur saya mengakui, saya mula terjebak dengan kefuturan agak lama sebelum program bersama ikhwah OZ lagi. Entah kenapa, niat entah ke mana. Ibadat terlaksana, tapi niat ke lain.

Mungkin kerana tandus dalam mentajdid niat. Tapi yang paling utama, semua ini kerana satu perkara.

Lemahnya diri saya dalam perjalanan tarbiyyah ini.

Namun Alhamdulillah, Allah tidak membiar saya lama dalam kefuturan. Allah mendatangkan peringatan sepanjang saya mengikuti program bersama ikhwah OZ (Australia). Cantik sekali susunanNya. Saya berpagi-pagi dengan peringatanNya.

Pagi itu, saya sampai di stesen bas untuk ke berprogram bersama ikhwah OZ. Saya dijemput oleh tiga orang senior OZ yang sangat osem. Serious osem.  Usai solat Subuh, kami bergerak ke destinasi. Sepanjang perjalanan, sesi taaruf berjalan seperti biasa sehinggalah sorang senior mencelah.

“So, ma’thurat la bro.” Senior1.

Erk?!

“Kau lead.” Senior2.

“Ala, kata semalam dah hafal.” Senior1

Alunan ma’thurat pun bergema seisi kereta Honda tersebut. Mulut saya turut terkumat-kamit dengan alunan ma'thurat, tapi entah ke mana perginya fikiran ni. Memikirkan betapa jauhnya saya ketinggalan daripada mereka, air mata mengalir laju dalam hati. Allahu.

Peringatan dariNya tak terhenti disitu. Melihatkan biat solehah sepanjang program cukup untuk mengherdik betapa jauhnya saya dari niat yang selama ini patut menjadi pakaian saya sepanjang jalan dakwah dan tarbiyyah ini.

The state of Kitmir, being together with those who are true believer and people of love can elevate even a dog state to a state of dog of "those woh are from heaven." Let us think of the blessings a human may receive  if he were to be in the place of Kitmir, reminding us to the blessings, beyond our imagination, that were showered on a dog for being together with these people.
-Osman Nuri Topbas, From The Garden of Mathnawi - Tears of the Heart.

Ya Allah, layakkah aku menjadi Kitmir dalam kalangan mereka ini? 


[Future Futur?]
Yang menariknya, bila saya tulis future dalam Microsoft word, terus ada autocorrect word future. Ha, tengok, sekali lagi. Terpaksa saya betulkan. Mungkinkah...?

Nampak permainannya disitu? Jeng..jeng..jeng...

Habiburrahim

6 comments:

Habiburrahim said...

Pada mulanya, saya agak segan untuk turut serta dalam program tersebut, kerana saya bukanlah student OZ ataupun student yg akan ke OZ, tapi His planning overrule segalanya. Cantikkan?

PEMBURUMASA said...

sama!

tengah cuti2 ni mesti terlibat program2 yang ramai ikhwah OZ, padahal diri sendiri ke tempat lain. haha ==.==

Ir Jinggo said...

oh.. pemburu masa pon bound oz?

Habiburrahim said...

pemmburu masa?? siapakah?

mmg la DnT ni pnuh misteri~

anamuzakkar =.= said...

pemburu masa x main lah OZ
eheh

habiburrahim
anda akan ke mana nanti ?
*tanya mcm kenal

=.=

Habiburrahim said...

anamuzakkar : saya kenal anda! hoho! saya di muka bumi ni, tak kemana selagi mseh bernafas :)

Gadgets By Spice Up Your Blog