Monday, December 24, 2012

Al-'asr




Bulan malam tidak kelihatan. Terlindung dek awan hujan mungkin.  Sinarnya masih belum larut. Kelam. Tempias hujan merintik membasahi muka. Angin malam membawa dingin hingga ke tulang. Zip pada sweater dibawa hingga ke tengkuk. Tubuh dipeluk.

Anak-anak kecil pamer riak riang pada hujan yang bertaburan. Senyum menghias wajah dibawah sedar. Celebrating life, ey? Kita yang besar gajah pun terkadang susah nak bersyukur. Hujan pun merungut, panas pun melatah.


Tangannya dibawa menongkat dagu. Pandangannya masih diluar, tidak dibawa ke dalam. Sengaja diberatkan pandangan di luar. Lagipun, apa yang ada dalam rumah ni?

Bising Edifier 2.1 melalakkan efek bunyi kemenangan menyapa telinga. Serentak, sorak sorai keriangan hamba permainan menambah bingit. Keluh kecil dihela.

Gelak tawa pula berlagu dari arah berlainan. Berselang selikan kata-kata berbahasakan pengantar entah dari mana. Korean. Mungkin. Nafas panjang lagi sekali dihela.

Benak lagi ligat mentafsir. Termenung memikir. Pandangan masih pada luar.
Apa yang ada dalam rumah ni?

Al-asr. Masa literally. Maksud lagi dalam, juice that had been squeezed out. Dalam maksudnya, bagi yang mengetahui.

Tidak Allah ciptakan sesuatu sia-sia.
Dan tidak Allah ciptakan sesuatu untuk disia-sia.

Masa.

Tangan dibawa meraup wajah. Rintik tempias menitis dari tangan.

Karat jahiliyah itu dia sendiri susah nak tinggalkan. Memang. Jujur. Tapi, takkan nak bawa karat tu sekali masuk gerabak. Maunya berat gerabak, dia yang dipaksa turun. Worst case scenario, dia yang menyungkurkan gerabak. Terpesong habis satu gerabak maunya dia yang tanggung di akhirat.

On a second thought, it ain’t easy. Dia sendiri pun naik mengah cari serbuk pencuci nak hiilangkan karat. Naik jenuh juga nak basuh dengan Clorox, sental dengan berus besi bagai.
Sesekali pun, ada yang dicuba layan Ice Age, Despicable Me, tak pun The Lorax. Sesekali, ada la berlagu Oasis, Westlife dari speaker.

It is indeed a failure whenever you stop trying.
Enough said.
Tak pernah cuba jangan kata kalah.
Tak pernah menang jangan kata salah.

Dan tak salah kalau nak berhibur, tapi biar pada jalanNya.


“Sama ada jalan Allah ataupun hawa-hawa orang jahil. Tiada andaian yang ketiga dan tiada jalan tengah di antara syariat yang lurus dan hawa yang berubah-ubah. Sesiapa sahaja yang meninggalkan syariat Allah sebenarnya secara automatik telah berhukum dengan hawanya. Semua yang lain dari syariat Allah adalah hawa yang terperosok ke dalamnya orang yang jahil.”

Tafsir fi Zilal, Syed Qutb.

[Al-'asr]
There's no grey zone in Islam. 
Whether you choose black or white. 
Whether you choose Islam or jahiliyyah. 
Wheter you choose hellfire or His Jannah.
Habiburrahim


5 comments:

aqu hanya seorang penulis said...

nice entry :D

Anonymous said...

ayat yang last tu menusuk kalbu,,thnaks for the post..

Feilong said...

nice post. i like!

Anis Farhana said...

Karat jahilyah. Something yang terkadang dipandang ringan. Tssk. Aim jannah, tapi kadang buat tak endah. T_T

Colours said...

Jzkk kerana mengetuk hati yg masih berbaki karat ini.

Gadgets By Spice Up Your Blog