Thursday, December 13, 2012

Ashabul Kahfi





Thevenin’s and Norton’s theorems are applied to ac circuits in the same way as…
Aahhh! Tak masuk. Tak masuk!

Pandangannya meliar ke sekeliling bilik. Aduhhh…parah! Sumber halwa telinga tak ada! Laptop dah angkut ke kedai nak kena baiki. Nak pinjam housemate memang seribu tahun cahaya lagi la malam-malam ni. Si Alf, Bet dengan Phi tu memang susah nak lekat kat rumah malam-malam. Telefon bimbit lak…

Pa’an menoleh ke arah Sony Ericsson Aini di sebelah beg sandang.

“Sorry.” Kelam kabut buku-buku serta lecture notes yang terjatuh dikutip. Tangan kiri masih mengusap-ngusap bahagian dahi yang memerah. Hantukan dengan buku tebal si Pa’an masih lagi terasa. Aduhh..kalut semacam pagi ni sampai manusia tinggi galah depan mata pun boleh terlanggar.

“You…" Pa'an mengangkat buku ke dalam dakapan."...okey?” 

“Sorry. My bad. Rushing sangat nak kejar lecture.”Gelabah hape la Aini. Adess..! Rasa nak hantuk je kepala kat dinding.

Dan, sedar tak sedar, dia balik rumah dengan Sony Ericsson Aini. Kelam kabut tak tentu pasal. Tertukar tadi petang mungkin.

Sony Ericsson dicapai. Dibelek-belek kandungan di dalamnya.
Erk?! Minah ni, ekstremis ke hape? Playlists dah macam...

Al-Quran.
Zikir.
Paling-paling kurang pun, nashid.
Huh! Masalah!

Tangannya ligat mencari lagu yang terasa boleh dilayan. Ashabul Kahfi - Raihan. Ahh, better la than nothing. Butang play disentuh.


Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri kedalam gua
Demi menyelamatkan iman


Pilot Shaker mula menari di atas buku conteng. Mata Pa'an meniti baris-baris pada dada Fundamentals of Electric Circuits.
Thevenin’s and Norton’s theorems are applied to ac circuits in the same way as they are to dc circuits. It is a shortcut approach based on mere inspection of a circuit.



Disangka tidur hanya sehari
Rupanya 309 tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah Urdhu


Fokus Pa’an beralih pula pada contoh soalan di muka surat sebelah. Mata pena berlari di atas buku conteng.

“Mama mama! Mama ceritalah. Alaa..semalam mama dah janji. Tipu dosa.” Anak kecil itu menggoncang lembut tangan ibunya.

“Ok ok. Mama janji nak cerita pasal pemuda gua kan?”

“Yay!!”

“Zaman dulu kan, ada seorang raja yang sangat jahat. Dia tak bagi orang peluk Islam.” Pa’an tekun memerhati ibunya. “Suatu hari, ada sekumpulan pemuda beriman. Raja dapat tahu tentang keislaman mereka. Jadi mereka pun berpindah ke sebuah gua.”

3I2 plus 4I2 equals 7I2. Then simultaneous equation…

I2 akan dapat…
…309.

309 tahun.

“Dengan kuasa Ilahi, mereka tidur selama 309 tahun. Askar-askar Raja  pun tak nampak mereka dalam gua tu. Hebat kan Along?”

“Lamanya.” Pa’an teruja.

“Kan?”

“Tapi kenapa Ma?”


Begitulah kuasa Ilahi
Kepada ashabul kahfi
Tiada mustahil di dunia ini
Jika kita beriman dan bertakwa


While ohmmeters are designed to measure resistance in low, mid, or high range, a Wheatstone bridge is used to measure…


“Sebab pertama, bukti kekuasaan Allah. dengan kuasaNya, Dia menghidupkan orang sampai 309 tahun.”

“Ooo..” Pa’an mengangguk-angguk.

“Cuba Along tengok bola tu. Bila baling, bola tu jatuh kan? Tapi, kalau Allah nak bola tum akin ke atas, boleh je kan? Semua tu kan kuasanya. Dia ciptakan sunnatullah, Dia yang kuasainya.”

Pa’an mula menguap, menggosok mata dengan belakang jari telunjuk.

“Sebab kedua, Allah nak selamatkan hambaNya. Allah kan sayang hambaNya.”

“Mama..." Pa'an memandang tepat mata Mama. "Allah sayang Along tak?”


Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Tulang belulang berserakan
Tulang dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dinjanjikan syurga
Qitmir yang mulia


“Mama..." Pa'an memandang tepat mata Mama. "Allah sayang Along tak?”

Tangan Pa’an memutar pen dengan mata pada helaian buku.
…resistance in the mid-range, say, between 1Ωand 1MΩ. Very low values of resistances are measured with a milliohm meter while…

Mama tersenyum. “Mestilah sayang.” Tangan Mama menggosok-gosok lembut rambut Pa’an.

Mama… Pen dijatuhkan. Fundamentals of Electric Circuit ditutup.

...Allah sayang lagi ke Along..?


-bersambung


[Ashabul Kahfi]

Habiburrahim


1 comment:

PEMBURUMASA said...

oh oh!
sila sambung dengan kadar yang cepat

T.T

*bulu roma masih meremang

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan". Imam Hassan al-Basri

Diskeleimer

Dari penulis diskeleimer:

Anda digalakkan untuk menekan labels untuk mencari entri yang berkaitan dan bersangkut paut.

Gambar adalah banyak dicedok dari Encik Gugel.

Jika bermanfaat, silakan ebarkan bahagia! Oh. Dan lebih elok kalo disertakan url blog ini sebagai rujukan. Share melalui medium2 sosial adalah lebih digalakkan.

~Moga Bermanfaat~
Gadgets By Spice Up Your Blog