Wednesday, June 27, 2012

Cinderella


“An arranged marriage?”

“Errr… kinda?” Salah ke?

Uncle Ben kat sebelah buat muka berkerut. “Have you ever fallen in love before?”

“Frankly speking, yes.” Wan mengekalkan senyum pada bibir.

“Why didn’t you marry the one you love?”

“Well…err.. I’m afraid she’s just not the best for me.”

“How could you be so sure about that?”

Musyawarah?? Istikharah?? ”I’m afraid I would love her beauty more than what I love within her.”

“Hmm..so, you’re telling me that your wife now is the best for you? How could you be sure about that? You didn’t even know her before your marriage. You’ve never met her until your wedding day.”

Friday, June 22, 2012

Uhibbuka fillah


Tetingkap Skype dibuka.Nak call ke tak, nak call ke tak, nak call ke tak.
Rafi membulatkan tekad. Call cutton pada nama ‘Wan’ di tekan. Seketika, suara di hujung talian menyapa telinga.
 “Assalamualaikum Rafi.”

“Wa’alaikumussalam.”

“Anta tengah buat apa?”

“Hmm.. tengah call anta la.”

“Haha. Ana tengah taaruf dengan ikhwah dari KL ni. Best. Ramai datang.”

“Oh, anta pergi ya? Ana tak dapat pergi.”

Nada kecewa pada belakang ayat Rafi dapat ditangkap di telinga Wan. “Ala, tak apa. Lain kali, kita buat 
lagi grand ya??”

“Haha. Ada-ada saje anta ni.”

Doodle III


Doodling
Orang jahat, bukan disisihkan
Tapi didekati

MAy Allah Bless :)

Thursday, June 21, 2012

Doodle II - Infak

Doodling


Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui. 

(al-Baqarah, 2:261)




May Allah Bless :)

Doodle II

Doodling..
Life is what we give.
So, be nice to others :)

May Allah Bless:)

Wednesday, June 20, 2012

SIAPA ENGKAU??!!



SIAPA ENGKAU?? SIAPA AKU??? SIAPA KITA????


indeed,my friends, a question we should ask ourselves to do what we call as, MUHASABAH...


the prophet Muhammad SAW was once asked by Allah SWT;


"SIAPAKAH ENGKAU, WAHAI MUHAMMAD?"


"YA ALLAH! AKU HANYALAH SEORANG YATIM PIATU..."




"SIAPAKAH ENGKAU, WAHAI MUHAMMAD?"


"YA ALLAH! AKU SEORANG BUTA HURUF, AKU TIDAK BOLEH MEMBACA..."


"SIAPAKAH ENGKAU, WAHAI MUHAMMAD?"



"YA ALLAH! AKU TIDAK PUNYA APA-APA ..."

Sunday, June 17, 2012

Batman | Rapunzel | Superman



                Syarifuddin membuang pandang melalui tingkap kereta ke arah sekumpulan kanak-kanak di tengah-tengah padang tersebut. Panas terik matahari nampaknya tidak langsung menggangu keriangan enam sekawan anak-anak kecil itu. Dia menukar riak wajah kepada sengih. Main masak-masak…aahh, rindunya..
               

“Selamat Pengantin Baru! Selamat Pengantin Baru,” tiga empat orang kanak-kanak terlompat-lompat mengelilingi dua buah kerusi, menyanyi-nyanyi dengan rentak apa entah. Rentak sendiri, mungkin. Melodi yang terlintas di kepala. Yang pasti, bingit….tapi, girang….dan comel sangat.


Dua ‘pengantin cilik’ duduk di atas kerusi di tengah-tengah bulatan kanak-kanak itu. Tekoyak senyum manis pada bibir si pengantin perempuan. Patung Barbie Rapunzel pada tangan kanan sekali sekala dibawa menghadap muka si pengantin lelaki. Diusiknya si pemalu itu. Mana tidaknya, tidak terkeluar sekelumit kata dari si pengantin lelaki. Tertunduk malu sambil memeluk kejap action-figure Batman yang lebih besar dari tangannya.

Orang kata, berlaku perceraian setiap 17 minit di Malaysia…

"Huargghh!!," Areh mengepalai pakatan 'Jabatan Pencegah Maksiah' membuat kacau di tengah kemeriahan 'walimatul urus’ Ira dan Adin.

"Waaa!" apa lagi, terpekik terlolong sekalian hadirin majlis tersebut. Berkeliaran dikejar si Areh, Aken, Azrol, Ajim, Pajem.

Selesai mencegah maksiat, bertepuk tampar si Areh and the gang. Ketawa pecah.

"Areh!!" Ira memeluk tubuh, tegak berdiri di hadapan Areh, Aken, Azrol, Ajim dan Pajem. Dahi anak kecil itu berkerut seribu. Adin pula menyorok di belakang Mira, menyembunyikan wajah takut.

Friday, June 15, 2012

Itu Pisau Mau Kena Asah Daa...

Pernah pegang pisau?


Tak pernah? Ini... Ini... Tak patut!


Ini tak melambangkan peribadi seorang Muslim yang super langsung.
Sepatutnya orang Islam yang berjaya mestilah boleh tolong mencantas atau memotong apa-apa sahaja di dapur yang agak suram itu untuk menolong ibu yang sedang mengeluarkan air mata kerana terlalu sedih akibat memotong bawang. Okay. Ini mengarut. Haha...


Sekarang masuk kepada entri yang sebenar.

...

Pak Datuk Sabik adalah seorang pahlawan yang sangat terkenal dengan perjuangannya melawan askar-askar Balrock sewaktu Perang Dunia Kecil di Alastar pada satu masa dahulu yang tidak dapat dikenal pasti bila. Mungkin sebab itu cerita tentangnya tidak pernah diketahui umum.
Pak Datuk Sabik mempunyai sebilah pisau yang sangat tajam di mana, terdapat suara-suara sumbang yang mendakwa bahawa dengan kekuatan iman, pisau itu hampir sahaja boleh membelah kerak bumi menjadi tiga dengan sekali hayun. Fuhh~
Pisau Pembelah Lidi. Senjata yang cukup gah pada zaman Pak Datuk Sabik kini diwarisi oleh Tun Temeluk Gadai. Disebabkan amannya bumi Alastar yang kini dikenali sebagai Alaskar pada ketika itu, Gadai tidak rasa ada kepentingan untuk dia menjaga pisau itu sebaiknya, apatah pula cuba menguasai cara menggunakannya. "Ah, pisau mainan buatan Kedai Oldspoon lebih menarik bagiku," pintas hatinya yang membanding-bandingkan kecantikan Pisau Pembelah Lidi dengan sebuah pisau yang menarik hati.

Wednesday, June 13, 2012

Rumah Kayu Atap Zink Ep 2: Insan Bermanfaat



"Amran, begini lah. Aku bagi masa seminggu untuk ko fikirkan." Dato' Kamal mengeluh, cawan kopi diletakkan atas meja, sambil menyalakan rokok Dunhill miliknya. Asap rokok dihembus ke tepi. Tahu benar dia, sahabat baiknya sejak sekolah rendah itu anti benar dengan asap rokok. 


Memudaratkan katanya, Majlis Fatwa Kebangsaan pun sudah mengisytiharkan bahawa merokok itu haram di sisi Islam. Pernah dia berfikir untuk berhenti, namun sukar. Itu pun sudah dia kurangkan, sedikit demi sedikit.


Amran termenung. Sukar untuk dia buat keputusan sendiri. Ini bukan hal kecil, tapi ini melibatkan tanah pusaka peninggalan arwah datuknya. Daripada hasil tanah ini lah dia memberi makan anak isterinya. Di tanah ini lah dia berbudi, membanting tulang membiayai perbelanjaan sekolah Ikhwan dan Farah.


"Nanti aku bincang dengan Aisyah dulu ok? Serba salah aku ni, tu tanah pusaka." Amran anak tunggal. Ibu bapanya sudah arwah, yang tinggal sekarang hanyalah Aisyah, Ikhwan, Farah, Haura' dan keluarga mertuanya.


"Ok lah. Aku faham, nak buat keputusan macam ni bukan mudah. Tapi ni lah pertolongan yang mampu aku hulurkan buat sahabat aku ni. Aku taknak berjaya sorang-sorang. Dulu, ko banyak tolong aku. Jadi sekarang, ini lah masa untuk aku balas." Dato' Kamal tersenyum. Tangannya menepuk-nepuk bahu Amran. 


Tuesday, June 12, 2012

Mamoji-Doll


“Ala, citer la, citer la, citer la Ifah.” Ina terus menerus memaksa. Tanganya tak berhenti-henti menggoyang lengan si Ifah tu.

“Ahaha. Okey, okey. Ala, kau orang main crush-crush je, aku bercinta betul-betul tau. Tak main la crush-crush ni, pekenama, buang masa.” Ifah penat kena push. Malam ni, malam bongkar kisah cinta agaknya.

“Hmm, macam mana nak start ya. Hmm, well, dia baik, tinggi, handsome…”tanganya menarik Mamoji Doll, diusap-usap kepala si anak patung tu.

“Ada gaya macam ‘Si Won’ si Lia ni tak?”

“Eishh kau ni, ‘Si Won’ aku tu, satu je tau!”

“La, nak dengar ke tak ni.”

“Nak, nak!” Lia dan Ina jawab serentak.

“Ahaha. Tau pun. Okey,hmmm.. dia....baik, selalu bagi surprise tau. Tak semena-mena, takde ribut takde angin, tiba-tiba je bagi surprise.”

“Contoh contoh!” Lia lagi menggiatkan.

“Contoh, ada sekali tu kan, aku balik dari sekolah. Ala, macam biasala, lapar, letih segala bagai. Tu tak campur lagi stress homework, stress markah exam. So, aku pun call dia. Aku ajak makan pizza.”

Monday, June 11, 2012

Taking It Just Enough...

Allah SWT ;

" Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu 'UMAT PERTENGAHAN'  agar kamu menjadi saksi atas(perbuatan) manusia dan agar Rasul(Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu...."
(Al-Baqarah,2:143) 

and so... we are truly accredited as to become the middle nation..
NONETHELESS, Allah SWT would not have blindly given the title to us, if not with RESPONSIBILITY..

Having said that a middle nation would have to find balance between action and knowledge, and also to consider being MODERATE in every aspect of our lives.. 

Sheikh Nouman once described this Dunya as " MATAA'UN' " which refers to as a fundamental utility to bring benefit of others. One analogy; 

Your aim is to win in a game of tennis,  but you would need a tennis racquet to do that!

Sunday, June 10, 2012

Rumah Kayu Atap Zink Ep 1 :Qana'ah

     Angin bertiup kencang. Bunyi cengkerik tidak lagi kedengaran dek ngauman guruh dan perbalahan kilat yang saling menyabung. Hujan lebat seolah-olah mengetuk-ngetuk atap zink rumah kayu usang milik keluarga penoreh itu. Miskin, tetapi mereka sekeluarga hidup bahagia. 

     Walaupun pendapatan ibu bapa Ikhwan tidak seberapa, tetapi makan pakai mereka sekeluarga terjaga. Perbelanjaan untuk keluarga lima beranak itu sentiasa cukup untuk keperluan hidup walaupun tidak semewah hidup anak Dato' di bandar sana.


     Mungkin ini lah yang dikatakan sebagai barokah. Ya. Mereka tidak lah hidup mewah, tetapi hidup mereka senang. Segala keperluan cukup. Hidup dengan tenang di ceruk kampung tanpa memikirkan sebarang kemungkinan rumah mereka dipecah masuk pencuri, apatah lagi Jabatan Pencegah Rasuah datang menggeledah rumah mereka. 


****tamat muqaddimah, masuk kepada isu kali ini.. eheh.****

Sudah menjadi kebiasaan bagi keluarga itu untuk duduk berbincang sesama ahli keluarga, memikirkan tentang keindahan Islam, sama ada usrah, muzakarah adab,atau sesi tadarrus al-Quran. Sebuah Baitul Muslim.

"Ummi, Qana'ah itu apa?" Ikhwan mencelah tatkala ibunya sedang bercakap soal rezeki bagi sesi usrah malam itu. 

Friday, June 8, 2012

Andai Aku Lelaki Itu



Cinta. Aduh. Sebaik sahaja mendengar perkataan ini, pasti kalian tersenyum lebar sehingga mata yang bulat itu menajdi sepet, sehingga bulu mata atas dan bawah bertemu dan beramah mesra. Heh. Sudah menjadi fitrah naluri manusia untuk mencintai dan merasa perasaan dicintai. Waduh. Bagi menyambung bacaan di bawah, anda digalakkan memainkan music latar berelemenkan sentimental supaya kisah cinta yang bakal saya dedahkan ini mampu membuatkan hati anda berbunga-berbunga dan mampu menghasilkan pollen grain yang bemutu tinggi. Heh.

Air sungai mengalir deras. Ikan-ikan Solomon yang tersesat dari laut antartika melompat-lompat dipermukaan Sungai Kinabatngan. Suasana sekitar yang dilengkapi landskap flora dan fauna ala-ala susun atur Deko Bersama Eric menemani hati-hati yang mencari sesuatu yang hilang. Bubu dan pukat dilempar ke dasar air mengharapakn perhatian daripada makhluk Allah yang tinggal di sebalik permukaan air yang mengalir penuh syahdu itu.
Tiba-tiba.

Pernah di zaman Rasulullah saw, ada seorang Arab Badui meluru masuk ke tengah-tengah jamaah solat untuk mendekati Rasulullah saw.

Ketika baginda mendekati Rasulullah saw dan Rasulullah sudah bersiap sedia untuk menunaikan solat, orang itu bertanya :
“Bilakah kiamat akan berlaku?”
Nabi saw tidak menjawab kerana solat sudah hampir ditunaikan.

Ucapan takbir terucap dari mulut Rasulullah saw yang mulia, ayat demi ayat Al Qur’an baginda senandungkan, begitu bersungguh-sungguh, khusyuk dan penuh penghayatan. Titisan air mata berjatuhan dari pelupuk matanya yang jernih lagi mulia. Para sahabat pun tenggelam dalam limpahan kasih sayang Ilahi.
Apabila solat telah selesai dilaksanakan dengan lembut penuh wibawa, Rasulullah saw bersabda:
“Di manakah orang yang tadi bertanya tentang hari kiamat?”

Orang itu segera menjawab : Saya, wahai Rasulullah.

Thursday, June 7, 2012

Mengajak VS Memaksa

1st post untuk segmen baru : "Lukisan & Gambar2 OHSEM"

Berhikmah dalam dakwah..

“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan contoh yang baik dan berdebatlah dengan cara yang terbaik.” (An-Nahl : 125)


Paksa diri = bagus! 
Paksa orang lain = kurang sesuai, in certain occassion


KARYA HABIBURRAHIM

Wednesday, June 6, 2012

1.0 Ilmu, Bahasa Arab, Peta & Penunjuk Arah


Salam A'laikum
Erk, 1st entri.. maaflah bunyi macam serius sangat.. nak ber-jiwang2 seperti Habiburrahim, xtermampu untuk den tulis gah2 sebegitu.. dapat berbuat dalam hati sahaja *blush*.. kurang bakat la katakan.. Inspector Saahab juga mmberi dampak yang kuat dengan content2 yang bernas..


pun xse-catchy Ikram dalam penulisan.. nak banding dengan Ir Jinggo? aduh.. lupakan jelah.. nak tampal gambar pun saya tak reti :'D


#tengok scroll bar kat kanan page---->
kecik kan? well, actually, banyak spacing dalam artikel ni.. sabar2 lah ye :D..
nuffsaid anyway,

(ada 3 video in this post..boleh buffer2 dulu..total gabung masa smua video is less than 10 mins)

ada satu Quote yang menarik untuk di-share..


Knowledge is the ROAD to Paradise , and Islam is the vehicle that takes you to
this destination of Paradise.

(Just like you get in a car to go from one destination to another, but how? By


finding out the directions to get there, either by seeing a map or asking someone.)


Similarly, our Quran and Hadeeth are our maps, and our scholars are the people


who give the directions from this map to get to our ultimate destination, Paradise ...



Maka, penulisan2 ana, mungkin mempunyai cacat cela.. tapi, biarpun demikian, ianya berniat suci untuk menuju & meniti jalan (ROAD) ke Syurga dengan berpandukan (THE MAP) Quran & Sunnah...

Tuesday, June 5, 2012

Reality Kills


Pilot Shaker pada tangan dibaling. Stress. Tertekan. Frust. Semua ada. Matanya melirik perginya Pilot Shaker tersebut. Mendarat pada sandal black-and-white Dr. Cardin.
     
         “Aku dah agak dah kau kat sini.”
 
         Man buat tak tahu. Dia letak buku nota ke tepi dan memeluk kedua kaki. Pandangan dialih ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang sedang bermain bola di tengah padang, cuba mengelakkan dari bertembung dua mata Along.

         “Jarang tengok laki emo sebab kena marah dengan cikgu.” Along mengambil tempat disebelah Man.

           Pagi tu, dia kena panggil dengan Cikgu Lina. Ingatkan sebab apa, rupanya kena sembur habis-habisan dengan Cikgu Lina.

           “Awak tahu, awak tu pelajar harapan sekolah?! Student lain kalau tahu markah awak, boleh demotivated tahu tak?”

Tu baru sedas. Belum lagi das-das yang lainnya. Tak tertahan pedasnya.

           “Bro,turn kau.” Galaxy Note dihulur pada Man.

Man memandang sekilas Galaxy Noteyang dihulur Along. App ChessFree terpampang pada skrin. Galaxy note bertukar tangan. Man Black, Along White. White rook di hadapan White King dah bergerak ke E3. Man mengalih pandang kepada muka Along. Pekenama ajak aku chess tengah2 stress ni?

“Riadah otak. Orang kata, pressure makes you feel better.”

Sunday, June 3, 2012

Main kayu tiga... Dengan Allah?

Pernah tak kita tengok orang yang bermain kayu tiga dalam cerita-cerita drama atau movie. Kita akan namapak yang hidup mereka ini akan jadi tak senang. Kenapa? Sebab risau yang Kekasih A akan tahu yang dia tengah berdating juga dengan Kekasih B. Tak ke kita akan rasa macam tu jugak kalau kita menduakan cinta kita pada Allah? Ehem, sebelum nak beremosi, jom kita hayati kisah di bawah ini;

~~~~~~~~~~~~~~
Anda : Sorila Nafsu...

Nafsu : Apa sori-sori? Tahu tak yang saya dah terluka?

Anda : Saya tahu tu Nafsu. Tapi, dah sampai masa untuk saya jujur pada diri saya. Saya pilih untuk setia.

Nafsu : Jadi, Anda... Anda nak cakap yang Anda tak cintakan saya?

Anda : Bukan macam tu Nafs sayang. Saya memang cintakan awak. Tapi...

Nafsu : Tapi apa Anda?

Anda : Sabar Nafs. Awak ni memang susah nak sabar kan. Eheh. (Anda memalingkan badan dari Nafsu. Mood : Cool) Hmm, sebenarnya, saya memang cintakan awak. Cinta sangat-sangat.

Nafsu : Saya mendengar. (Muka penuh berharap)

Anda : Tapi, saya lebih cintakan Allah. Maka, izinkan saya pergi. Tolonglah lepaskan saya.

Nafsu: Hmm... Baiklah. Pergilah. Tapi, saya tahu suatu hari nanti awak akan kembali juga pada saya.

Nafsu pun berlalu pergi meninggalkan Anda. Namun, dia tidak pernah berputus asa untuk meraih kembali cinta Anda kepadanya. Dia akan sentiasa memujuk Anda untuk kembali pada dia. Ada kala, Anda juga terpujuk tetapi apabila Anda tersedar, Anda akan terus memohon maaf kepada cintanya; Yang Satu.

Terus menerus...
~~~~~~~~~~~~~~
Pilihlah cinta anda baik-baik. [Gambar]

Sebenarnya, dalam diri kita ni memang ada dua entiti yang berbeza watak. Satu adalah yang suka pada
kebaikan. Satu lagi yang suka akan benda yang tak elok. Begitulah yang disebut dalam Surah Asy-Syams : 8. Kita sebenarnya tidak akan menafikan bahawa nafsu itu ada dalam diri kita. Sebabnya kita memang dicipta bersama nafsu. Kita memang ada rasa cinta terhadap nafsu kita. Tapi, bukan ke kita patutnya pilih satu sahaja cinta. Betul tidak? Yang kita rasa cinta itu benar-benar cinta yang suci, kata orang, "True Love".

Maka, pilihlah. Cinta mana yang anda akan pilih?

Tentang Rumput yang Lebih Hijau di Sana

Credit
They say that the grass is always greener on the other side.
Human, driven by lust and rapacity, would always envy others. We always think that others are more fortunate than us. Ungrateful indeed, we are. (Yoda's style)
Human perspectives are often affected by Shaytan. All we see only the advantages of others in this non lasting world. 
We see others spoiled by wealth, we desire for wealth also.
We see others have powers, we crave for powers too.
We see others have women, we want women too. (for man)
We see others have good, reputable job, we became jealous.
Envy, together with greed easily overwhelm us. We become ungrateful. All we think are advantages that others have over us.


Credit
The Prophet Muhammad (peace be upon him) said "Avoid jealousy, for it destroys good deeds as fire destroys wood."
--------- Riyadh-us-Salaheen, Hadith 1569

Saturday, June 2, 2012

Epal separuh masak?


(Penulis ini telah kembali menulis setelah berapa lama bercuti. Sila jangan cuba aksi ini tanpa pengawasan rakan-rakan.)

Bersua lagi kita wahai sahabat-sahabat yang dikasihi!
Jadi, jangan cuba nak lari. Sebab saya datang ni ada bawak kuiz mengejut. (Muahahaha)

Dah bersediakah anda untuk menjawab kuiz-kuiz yang mencabar jiwa ini?
Sudah? Okay, tanpa melengahkan masa lagi, mari ikut saya ke dewan peperiksaan.
Audience 1 : Erk, anda ini seorang yang pelik kah?
Ehem, abaikan apa yang Audience 1 katakan.
Audience 2 : Tapi...
Dah! Semua kena bertindak mengikut arahan (gaya diktator)
Mintak maaf kerana sedikit kasar. Uhuk3.

Jadi, kita teruskan dengan arahan untuk kuiz ini:

i. Sila jawab soalan yang tertera di kaca laptop anda. Upps! Di kertas ini.
ii. Jangan meniru dengan men'search' di internet atau apa-apa cubaan
iii. Jawab dengan jujur

Dalam kuiz ini, anda hanya perlu pilih statement mana yang paling sesuai bagi seorang yang benar-benar muslim..

1

a) Berfoya-foya dan buat maksiat tak kira masa tapi tetap mengaku dirinya Islam.
b) Beribadah bagai nak rak, rajin pergi ceramah, rajin melaksanakan sunnah, tapi hanya buat seorang-seorang.
c) Buat macam statement (b), cumanya mengajak orang ramai untuk melakukannya sekali.

2

a) Hubungan dengan masyarakat baik, tapi dengan keluarga renggang.
b) Hubungan dengan keluarga baik, tapi dengan masyarakat renggang.
c) Hubungan dengan keluarga dan masyarakat baik.

3

a) Rajin berdakwah, tapi malas belajar.
b) Rajin belajar, tapi enggan berdakwah.
c) Rajin belajar, pada masa yang sama aktif berdakwah.

4

a) Banyak berdoa, tapi malas berusaha.
b) Rajin berusaha, tapi malas berdoa.
c) Usaha bersungguh-sungguh, kemudian berdoa dan bertawakal.

Apa rasa makan epal separuh masak? [Gamba]
Aha! Jadi, dah nampak sekarang? Ya, betul! Menjadi muslim yang sebenar bukan hanya dengan menggoyangkan kaki dan menggaru kepala yang tidak gatal. Ianya lebih dari itu.
Erm, anda banyak pilih (a)? Mungkin anda ada masalah sikit mengenal apa itu Islam kut. Huhu. Yang banyak pilih (b), you are almost there! Tingkatkan lagi usaha. Yang (c) pula, teruskanlah apa yang anda lakukan, dan ajaklah seberapa ramai untuk menjadi seperti anda.
Kesimpulan? Marilah kita jadi golongan ketiga. Ahaks~

Di atas ini hanya contoh yang sangat sedikit. Banyak lagi contoh-contoh yang boleh diketengahkan. Tapi, apa yang nak diketengahkan, ambillah Islam ini secara penuh, bukan sekerat-sekerat. Islam mementingkan kualiti yang menyeluruh di mana, nilai Islam itu patut diambil secara keseluruhan, bukan ambil yang mana kita suka saja.

“Wahai orang-orang yang beriman!
Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya;
dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan;
sesungguhnya Syaitan itu musuh yang terang nyata bagi kamu.”
(al-Baqarah : 208)

Apa dia? Tajuk tak ada kaitan? Tu gamba epal tu ape? Hahaha... Eh, anda. Janganlah buat muka. Apa salahnya bergurau semata-mata.

The Mechanism of Choice


Life is about making choices. Whether u take the path most traveled, or u create a path for yourself. 


"A Great person does not follow one's footstep, yet he himself discover his own path to success and leave a trail for others"


Of the Road not Taken


Whatever choice u make, u have to learn to live with the consequences from the path u took. Once decided, u shouldn't look back and regret. 
Your life depends on your choice

Friday, June 1, 2012

Mahallah Cinta ep. 7 [end]


“Best kan usrah tadi? Aku dah cakap dah. Lain kali, join lagi jom?”


Danish seperti tak ambil pusing sepatah pun kata-kata Hamid. Macam biasa, dia menghadap laptop.

Pehal mamat ni? Sejak balik dari usrah tadi, diam je. Kut ye pun nak marah aku ajak pergi usrah.. “Pasal syukur. Kadang-kadang aku fikir gak. Ada betul  gak apa yang Akhi Alif tu cakap.” Hamid cuba memeriahkan suasana.
             
           “Syukur itu bukan hanya pada lafaz. Alhamdulillah. Yela, kadanga-kadang, ada orang duk sebut-sebut tahmid, sebab dapat skor tinggi dalam exam. Tapi, cukup ke sekadar lafaz tahmid?
           
             Syukur itu zahirnya pada perbuatan, batinnya pada niat. Hmmm.. okey, ambil contoh, orang buat majlis kesyukuran. Orang datang, dia duk cakap-cakap Alhamdulillah, dapat projek baru. Tapi, hakikatnya, majlis tu pengisiannya maksiat. Duk panggil orang nyanyi bertepik terlolong. Dah le tu, penyanyinya perempuan, tak tutup aurat. Lepas tu, ada tarian. Macam-macam. Membazir lagi. Tapi, di mulutnya, terzahir tahmid. Syukur  ke tu?
            
            Syukur itu, kita lagi banyakkan ibadah. Tu tandanya syukur. Allah dah bagi nikmat. Allah dah limpahkan rezeki. Allah dah bagi rahmat. Tapi, apa kita buat kat Allah?”
           

            Danish tetap diam. Matanya masih merenung akaun Facebook di depan mata. Mata memang pada skrin laptop, tapi jauh di sudut hati, dia berfikir-fikir tentang setiap bait kata-kata Abang Alif. Sejak dari balik usrah lagi, kata-kata abang Alif menusuk-nusuk hatinya.

                “Yela, kadang-kadang, aku fikir gak. Lemahnya aku. Nak buat segala benda pun guna rahmat Allah. Tapi, last-last, manusia ni tak bersyukur gak.”

Ukulele~


“Supermassive Black Holes dah, Come here together - The Beatles dah, The Chemistry -Butterfingers pun dah. Apa lagi?” Alan menghitung dengan jari.

“Ok, The Rembrandts- I’ll be there for you!” Aman menjerit bersemangat.

“Kau okey Alan?” Adi membetulkan letak guitar strap di bahu.

“Err, aku tak berapa ingat kod la,” Alan garu kepala.

“Kau ikut je rhythm! “

“ Gasak je!”

“Ready?”

“On!” Serentak!

“3, 2, 1..” Gibson Les Paul mengepalai lagu. Aman.

Epiphone Thunderbird Classic masuk. Alan.

Drum Millenium MPS-100 juga mencelah. Adi.

Aman mencapai microphone. Vocalist.


So no one told you, life was gonna be this way
Your job's a joke, you're broke, your love life's D O A
It's like you're always stuck in second gear
When it hasn't been your day, your week
Your month or even your year but



Alan mendekatkan mulut pada microphone. Bersedia untuk korus.


I'll be there for you
(When the rain starts to pour)
I'll be there for you
(Like I've been there before)
I'll be there for you
('Cause you're there for me too)


‘Ceh, tak ingat la sangat si Alan ni.’ Aman melarikan jemari tangan kiri diatas gitar, menarik senyum pada Alan.
Gadgets By Spice Up Your Blog