Tuesday, June 12, 2012

Mamoji-Doll


“Ala, citer la, citer la, citer la Ifah.” Ina terus menerus memaksa. Tanganya tak berhenti-henti menggoyang lengan si Ifah tu.

“Ahaha. Okey, okey. Ala, kau orang main crush-crush je, aku bercinta betul-betul tau. Tak main la crush-crush ni, pekenama, buang masa.” Ifah penat kena push. Malam ni, malam bongkar kisah cinta agaknya.

“Hmm, macam mana nak start ya. Hmm, well, dia baik, tinggi, handsome…”tanganya menarik Mamoji Doll, diusap-usap kepala si anak patung tu.

“Ada gaya macam ‘Si Won’ si Lia ni tak?”

“Eishh kau ni, ‘Si Won’ aku tu, satu je tau!”

“La, nak dengar ke tak ni.”

“Nak, nak!” Lia dan Ina jawab serentak.

“Ahaha. Tau pun. Okey,hmmm.. dia....baik, selalu bagi surprise tau. Tak semena-mena, takde ribut takde angin, tiba-tiba je bagi surprise.”

“Contoh contoh!” Lia lagi menggiatkan.

“Contoh, ada sekali tu kan, aku balik dari sekolah. Ala, macam biasala, lapar, letih segala bagai. Tu tak campur lagi stress homework, stress markah exam. So, aku pun call dia. Aku ajak makan pizza.”

Lia dan Ina khusyuk mendengar.

“Lepas tu, dia cakap, dia busy la. Ada hal la. Tapi, tup tup, 15 minit lepas tu, ada pizza delivery.”

“Wahh! Sweetnya!”

“Hmm.. tu baru seciput la. Ada lagi. Bagi bunga la, tulis I Love You kat sticky note then lekat atas buku aku, macam-macam la. Yang paling aku ingat, explorace masa birthday aku. Tengok-tengok, dapat Mamoji-doll ni!” Ifah memeluk geram patung Mamoji-doll pada tangan.

“Wahh!” Lia angkat kening.

“Stylio!” Ina menambah.

“Ada sekali tu, masa aku frust giler pasal exam. Lepas tu, dia datang tenangkan aku. Gentleman kot. Lepas tu, kau tahu dia bagi apa?”

“Dia bagi apa?” Ina begitu berminat untuk mengambil tahu.

“Dia bagi ni!” Ifah mengunjukkan sebuah kotak tisu Premier.

“Tisu?!” kedua-duanya mengerutkan dahi. Kalau tisu, aku boleh bagi.

“Ni tisu ajaib tau. Setiap kali aku sedih, aku tarik satu.”

“Ajaib??” Lia membelek-belek kotak tisu tersebut.

“Cuba tarik tisu tu.”

Lia menarik sehelai tisu. Dibeleknya beberapa ketika, dan ternampak sepotong ayat.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah : 2,216)

Ina pula menarik sehelai tisu. Diacanya ayat yang pada helaian tisu tersebut.

Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan(Al- Insyirah : 94,5)

“Ajaib kan? Ada ayat-ayat cinta-Nya kat tisu tu. Dia tulis kat setiap satu helai tu. Setiap kali aku sedih, aku tarik tisu tu. Aya-ayat cintaNya membangkitkan semangat aku.”

“Kau bercinta ngan pak ostad ke Ifah?”

"Tok kadi?" giliran Ina pula menyakat.

“Hahaha. Tak lah.”

“Oh, dah lama bercerita. Nama pakwe kau ni pun kita orang belum tahu.”

“Md. Ali.” Senada Ifah menuturkan.

“Macam…”

“..familiar…” Lia menyambung.

“Papa aku.” Senyum tidak lekang pada bibir Ifah.

“Ifah!!” Lia dengan Ina bersuara serentak. Dua biji bantal melayang ke bahu Ifah.

Kan bagus kalau cinta itu disalurkan pada tempat yang sepatutnya.
Cinta Allah swt
Cinta Rasulullah SAW.
Cinta emak.
Cinta Ibu.
Cinta mama.
Cinta ayah.
Cinta saudara mara, sahabat, saudara seIslam.

Habis tu, cinta cintan-cintun??
Naa..lambat lagi kut..


May Allah bless :)

4 comments:

Ir Jinggo said...

Kena jadi ayah yg mcm tu la nanti, baru anak perempuan tak salurkan kasih sayang pada jalan yang salah :D

Ikram Mohd Noor said...

camne nak tag habib? ahaha...

qanaah said...

best! :D suke :D hee.,

missha said...

nice one :)

Gadgets By Spice Up Your Blog