Tuesday, June 5, 2012

Reality Kills


Pilot Shaker pada tangan dibaling. Stress. Tertekan. Frust. Semua ada. Matanya melirik perginya Pilot Shaker tersebut. Mendarat pada sandal black-and-white Dr. Cardin.
     
         “Aku dah agak dah kau kat sini.”
 
         Man buat tak tahu. Dia letak buku nota ke tepi dan memeluk kedua kaki. Pandangan dialih ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang sedang bermain bola di tengah padang, cuba mengelakkan dari bertembung dua mata Along.

         “Jarang tengok laki emo sebab kena marah dengan cikgu.” Along mengambil tempat disebelah Man.

           Pagi tu, dia kena panggil dengan Cikgu Lina. Ingatkan sebab apa, rupanya kena sembur habis-habisan dengan Cikgu Lina.

           “Awak tahu, awak tu pelajar harapan sekolah?! Student lain kalau tahu markah awak, boleh demotivated tahu tak?”

Tu baru sedas. Belum lagi das-das yang lainnya. Tak tertahan pedasnya.

           “Bro,turn kau.” Galaxy Note dihulur pada Man.

Man memandang sekilas Galaxy Noteyang dihulur Along. App ChessFree terpampang pada skrin. Galaxy note bertukar tangan. Man Black, Along White. White rook di hadapan White King dah bergerak ke E3. Man mengalih pandang kepada muka Along. Pekenama ajak aku chess tengah2 stress ni?

“Riadah otak. Orang kata, pressure makes you feel better.”

“Heh!” Man menarik sengih.

Kilat,petir,halilintar dah reda. Tunggu nak surutkan hujan lebat je.

“Kau tahu Along?” Man mengalihBlack Rook dihadapan Black King maju setapak. Galaxy Note sekali lagi bertukar tangan.

“Hmm…,”Along menumpu sepenuh pandangan pada Galaxy Note.

“Kadang-kadang aku fikir, dapat markah tinggi pun susah, dapat markah rendah pun susah.” Batu kecil entah dari mana dibaling.

Boleh tahan lebat hujan ni. “Dude, turun naik tu, tarbiah dari Allah.” White Knight naik ke E3

”Norma hidup bro,ada naik turun.” Aisehh, aku ni, main aci redah je ni. Bab nak memujuk ni memang fail la.

Man tidak mengalih pandangan dari Galaxy Note. Satu sudut otaknya ligat menghadam kata-kata Along, satu sudut lagi memerah idea untuk checkerboard kat tangan, satu sudut lagi duk fikir markah exam. Satu sudut lagi, Cikgu Lina!

“Nikmat pun tarbiah, ujian pun tarbiah.” Along menambah lagi.

Galaxy Note kembali kepada pemilik.

“Jangan kau jadi macam pemilik Empayar Piramid sudah.”

True!

“Contohilah pemilik Empayar Jin danManusia.”

“Nabi Sulaiman alayhissalam?” kali ni, Man bersuara.

“Yup.”

Man melirik Galaxy Note pada tangan Along, membaca strategi angkatan askar putih. Animasi Black Rook dihentam dengan sword si White Knight mengukir sengih pada bibir Man, sedikit sebanyakmenghiburkan hati.

“Allah tarik nikmat, ada hikmah.”

“Examplia gratia?” kau tak rasa,aci cakap boleh la.

“Allah perintahkan Nabi Ibrahimlakukan sembelihan kat Nabi Ismail,” Along tarik nafas panjang-panjang. Cuba mencari kata-kata. “Sebab, Allah sayang akan Nabi Ibrahim.”

“Aku tak nampak relative kat situ,” kacau la Knight mamat ni.

“Okey, remember how Nabi Ibrahim had yet to have a son? and he longed for one?”

“Yes, then he pleaded to Allah for zuriat.” Man menambah. Budak enam tahun pun tahu la..

“Then Nabi Ishmael was born. Dipendekkan cerita, Allah perintahkan melakukan korban kepada Nabi Ismail melalui mimpi Nabi Ismail.”

“Hmm..” Man mendengar penuh teliti.

“For what reason? Satu, sebab Allah nak uji hamba-Nya. Dua, sebab Allah sayangkan Nabi Ibrahim. Bila Nabi Ibrahim alayhissalam dikurniakan Nabi Ismail, Nabi Ibrahim dah lari seciput tumpuan daripada mengingati Allah. So, Allah nak ingatkan balik kekasih-Nya.”

Boleh jalan ke ayat aku nak pujuk ni?“Kadang-kadang, kita nampak yang zahir je. Tapi, kita tak fikir apa yang Allah sebenarnya dah sediakan untuk kita. Kan dia The-All-Knowing,”

”Norma hidup bro, ada naik turun.”
“Nikmat pun tarbiah, ujian pun tarbiah.” Benaknya ligat menafsirkan.

"Sejak bila kawan aku ni reti bertazkirah ni?" Man mengoyak sengih pada bibir.

 "Aku suruh baca buku agama tak nak,"

ERK?! “Pilot shaker aku?”

“Oh, tadi buang ye?” Along gayamenyindir.

“........."

Hujan dah reda agaknya. Along menarik senyum.

“Thanks bro,”

“Naa, what’re friends for.”

“Yeah, what are you for if not to be punching bag aku dalam chess kan?" Man menghulur Galaxy Note ke tangan pemilik.

Checkmate! Bulat mata Along memandang Galaxy Notenya. Lagi?!
Pelangi selepas gerimis.

Reality kills.
But Allah heals.


And that it is He (Allah) Who makes (whom He wills) laugh, and makes (whom He wills) cry.
[An-Najm,53:43]




May Allah Bless ;)

7 comments:

Ikram Mohd Noor said...

Gi cari kerja kat PTS cepat. :p

Inspector Saahab said...

saya suka komen di atas :)

boleh tanya saudara Habiburrahim makan apa ye ? O___o

Pemimpi Tegar said...

Saya suka komen di atas. :)

Mungkin dia makan nasik lemak. heh. ^^

Salam ziarah kembali.

Aku bukanlah manusia yang terlalu tegar seperti kamu. Aku manusia biasa, dan aku punya cita-cita.

Aku akan mara kehadapan, dan aku tidak akan berpatah ke belakang lagi.

Ketahuilah saudaraku,

My wings are not as good as your wings, but i will still try to fly with my wings. ツ

Ir Jinggo said...

Pemimpi tegar: ^.^ entah mengapa tapi kata2 saudara menusuk jiwa..eheh

Ikram Mohd Noor said...

Saya suka komen2 di atas. =D

Inspector Saahab said...

pemimpi tegar :

haha, nasi lemak menggemukkan :P
pemimpi tegar sangat style, ayuh follow
:)
promote di situ :)

Habiburrahim said...

saya belajar dr anda semua..
jgn trlalu memuji, pujian itu memakan hati :)

Gadgets By Spice Up Your Blog