Saturday, July 7, 2012

10 Sebab Untuk Anda Terima Keputusan Exam Seadanya dan Move On!



Amaran: Post ini agak panjang, anda boleh tengok point2 yg nak dihighlight tu je kalo malas sgt.. :P
P/s: entri ini lebih terarah kepada golongan yang sedang bersedih, seperti saya.


Pagi itu indah. Tenang, redup, sejuk. Pokok-pokok terus bekerja keras mengeluarkan oksigen untuk manusia gunakan, selaras dengan perintah yang Maha Esa. Tidak pernah pula aku dengar sang pokok merungut dengan tugasnya, tak seperti manusia. Fuh. Nafas ditarik dalam-dalam.. Minggu itu, newsfeed Buku Muka dan timeline Pencicit penuh dengan bebelan dan luahan hati sahabat-sahabat. Seperti sang nujum, benarlah firasat saya yang mengatakan bahawa ini merupakan Minggu Keputusan Peperiksaan Semalaysia. Khususnya para pelajar Sekolah MARA Banting, Pusat Pendidikan Antarabangsa Uitm, UniKL, dan lain2.



Ya, mungkin ada antara kita yang bergembira dengan result yang cemerlang lagi terbilang, tak kurang yang tidak menunjukkan sebarang emosi, sekadar poker face, endah tak endah dengan result, yang penting lepas requirement... (hah! ini konfem para pemegang biasiswa yang kena lepas cut-off point pihak penganjur!)
Juga, mungkin ada yang tengah bersedih.. Iyalah, kawan-kawan dapat results tinggi, kita tak seberapa (Ya, saya maksudkan KITA). 

Apa-apa jalan, ini sedikit isi untuk termenung(baca: Point to ponder). Asyik-asyik orang duk pujuk jangan bersedih,dalam hati, mula nak memberontak: "Ko result tinggi, boleh la citer derr." Bisikan syaitan!..

Makanya, marilah kita renungkan, mengapa kita perlu yakin bahawa keputusan yang kita dapat itu adalah yang terbaik untuk diri kita.

1. Allah pandang usaha kita, bukan pada keputusannya.



Menuntut ilmu itu ibadah.. Kita hanya mampu berusaha untuk menyempurnakannya sebaik mungkin, tetapi penilaiannya adalah di luar bidang kuasa kita. Tak apa kalau result sekarang tak tinggi sangat, yang penting KITA USAHA! 


Sepertimana kisah seekor burung kecil yang hanya membawa air yang sedikit dengan paruhnya demi untuk memadamkan api yang marak menyala yang sedang membakar nabi Ibrahim. Walaupun ia sedar usahanya itu pastinya tidak akan mendatangkan sebarang hasil, namun yang pasti ia tidak perlu takut seandainya ditanya oleh Allah kelak tentang apa yang dilakukan olehnya untuk menolong nabi Ibrahim.

A105

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan". 




Tapi, kalau anda tak usaha, pada hemat saya, bolehlah anda tepuk, tampar dan tumbuk diri anda sendiri lalu terjung gaung. Heh. Hiperbola.
Sedangkan orang yang berusaha pun perlu redha dengan keputusan yang tidak seberapa, apatah lagi manusia-manusia yang hanya melepaskan batuk di tangga. (betulkah penggunaan peribahasa ni? Dah lama tinggal bidang penulisan karangan. :P)
2. Ilmu bukan pada pointer!

Tak guna pointer tinggi, tapi kita tak dapat hasil daripada apa yang kita pelajari. Lebih baik faham dan boleh aplikasi ilmu itu daripada result tinggi, tapi tak dapat aplikasikan. Jangan sekadar jadi ilmuan dia atas kertas, namun kosong di dunia realiti. Maka, pastikan anda paham betul-betul apa yang anda pelajari, tak apa pointer tak tinggi, yang penting ilmu itu berguna, lekat di dada dan mendekatkan diri padaNya!

3. Takut kita ujub, sombong.


Yakinkah anda sekiranya anda perolehi keputusan yang gempak gila, anda boleh jaga hati anda daripada ujub, rasa kagum dan bangga dengan diri sendiri? Siapa tahu, dek kerana keputusan yang terlalu bagus, anda boleh kembang hidung sampai koyak lantaran puji-pujian lalu terfikir: "Pehh.. Semua orang puji aku, gempak jugak aku ni ya" sambil memandang rendah kepada orang lain yang dapat lebih rendah daripada anda.
Pastu siap tulis dekat Fesbuk dan Tweeter, mengharapkan puji-pujian. heh.


Sebab tu anda perlu terima dan bersyukur jugak walaupun result anda tidaklah gempak sangat, yang penting, anda dah usaha dan Allah dah bagi yang terbaik untuk anda. Ya. ALLAH tahu yang terbaik, dan mungkin kali ini Allah ingin tarbiyyah hati kita.


psst.. bila kita dapat kesenangan, puji ALLAH, bersyukur padanya.. Kalo orang puji, suruh dia puji Allah yang bagi kesenangan itu pada kita :D

5. Takut kita lalai dan pandang rendah pada ujian seterusnya.


Heh. Ini penting. Khususnya kepada pelajar 1st year. Mungkin Allah saja tak bagi result yang terlalu tinggi untuk tidak menyedapkan hati kita sangat. Sebab usually 1st sem senang dibandingkan sem2 seterusnya. Jadi, ada kemungkinan jika anda dapat tinggi 1st sem, anda mulai lalai pada 2nd sem, dan pandang rendah pada ujian-ujian seterusnya hanya kerana anda cemerlang, lalu gagal.. Kan takde guna dapat result gempak sekarang kalo gagal di kemudian hari. Mungkin sebab itu lah Allah bagi result yang sekarang. 


Kata orang tua-tua, "Sesal dahulu pendapatan, sesal dahulu tiada guna". Ceh.. karangan PMR, ini boleh fail sebab banyak sangat kesilapan tatasusila tatabahasa.


Sayangnya ALLAH kat kita, taknak kita lalai. Nak kita terus usaha!

6. supaya kita sedar, ALLAH maha berkuasa


Apa-apa pun yang kita buat, kita hanya mampu berusaha. Allah yang menentukan segala-galanya.. 


22. Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (Tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam Kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Al Hadid).


Cuma ALLAH bagi kita peluang untuk berusaha dan berdoa. Sebab kejayaan itu tidak akan datang bergolek. KIta dapat lihat dari contoh kisah Nabi Musa. Laut terbelah dengan izin ALLAH, tapi dengan menggunakan tongkat sebagai asbab, sebagai alat. Bukannya laut itu terbelah dengan sendiri, tanpa sebab. Tapi boleh jadi Nabi Musa tak dapat belah laut itu jika ALLAH tak izinkan.


Begitulah analogi antara USAHA dengan NATIJAH.

7. Supaya kita usaha lebih gigih lain kali


Mungkin ALLAH mahu kita lebih gigih menempuhi perjalanan hidup mendatang! Mungkin usaha kita tidak mencukupi, mungkin kita tak cukup doa, mungkin kita tak sandarkan pengharapan hanya pada ALLAH! Mungkin kena tukar pendekatan usaha!
Moga hari esok lebih baik dari hari ini! Jom, berusaha ke arah itu.

8. Rukun iman, kena terima qada' dan qadar


Qada' dan Qadar itu kuasa Allah, dan menjadi kewajipan bagi kita untuk beriman dengannya. Tatkala tidak mendapat apa yang diharapkan, reaksi kita perlu lah sesuai, bukan lah meraung-raung, emo tak tentu pasal, terpekik terlolong, bunuh diri etc.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Hendaklah kamu bersungguh-sungguh dalam perkara yang memberi manfaat kepadamu, mintalah pertolongan dari Allah dan jangan kamu merasa lemah. Jika kamu ditimpa sesuatu, janganlah pula kamu mengatakan, “kalau aku berbuat itu dan ini, nescaya jadi begini…”. Sebaliknya katakanlah, “itu adalah ketentuan Allah dan apa yang Allah kehendaki pasti akan terjadi”. Sebenarnya perkataan ‘kalau’ itu membuka pintu kepada perbuatan syaitan.” (Hadis riwayat Bukhari)


Janganlah pula kita mengungkit-ngungkit akan kisah lalu yang tidak mungkin akan kembali untuk kita ubah. Yang lepas, biarlah lepas. Tetapkan fokus untuk cabaran akan datang

9. Result ni juga ujian, ujian daripada Allah!


Ini ujian yang lebih besar daripada ujian peperiksaan! Ujian iman.
Bersabar dengan musibah, bersyukur dengan kesenangan. InshaALLAH.


أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]


ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]


لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]




Hakikatnya, dibandingkan dengan para Rasul, sahabat, dan orang sebelum kita, ni baru ujian kecil. :)

10. Sebab result tu tak boleh ubah dah! 


Anda menangis dengan air mata darah pun bukan boleh ubah results anda! haha.. Melainkan anda appeal. Kepada yang appeal, semoga berjaya, insha ALLAH


--------------------------------------------------------------------------------

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Allah S.W.T. berfirman, ‘Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku’.” 
(Hadis RiwayatAl-Bukhari) 


Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya : “Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah.” 
(Hadis Riwayat Muslim) 


JOM BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH! :)


Jom ziarah entri Teme yang menarik ini : http://temetemerity.blogspot.com/2012/07/compare-ourselves.html


Juga entri inspirasi : http://angelwearsgucci.blogspot.com/2012/07/kuot-kuot-minta-pelempang-di-hari.html


Credit to: multiple sources ( especially google images) and http://www.life-verses.protajdid.com/?p=458

Hah! perasan tak no 4 takde? nampak sgt tak baca betul-betul. heh

5 comments:

Ciklong said...

salam :)

sudah lama saya tak buka blog. ni pun baru buka sebab nak post cerita. hehe.

suka dengan post ni. teringat zaman blaja dulu. tapi...sy ni bukan jenis yg berdebar. dapat result, lepas tu makan2 dgn family walaupun ada paper yg kena repeat. haha. tapi itu dulu. sekarang ni, sy yg berebar lebih kalau students sy nk ambik exam :)

boleh tak saya copy main points yg di highlight ni? sy nak print dan tampal kat kelas yg saya mengaja.

Ir Jinggo said...

Wassalam. Silakan teacher.. :) Moga bermanfaat, inshaALLAH.

teme abdullah said...

alhamdulillah ^_^.. kene sangat dah response ni ^_^..

selamat berjuang!

Anonymous said...

Assalam...
teringat pula pepatah arab,"man jadda wajjadda,wa man zaroa hasada"
inshaAllah..
=)

Ir Jinggo said...

shahmi teme: Hoh.. anda inspirasi! moga istiqamah lukistulisdakwah anda! :D

Anon: wassalam.. syukran :)

Gadgets By Spice Up Your Blog