Saturday, June 2, 2012

Epal separuh masak?


(Penulis ini telah kembali menulis setelah berapa lama bercuti. Sila jangan cuba aksi ini tanpa pengawasan rakan-rakan.)

Bersua lagi kita wahai sahabat-sahabat yang dikasihi!
Jadi, jangan cuba nak lari. Sebab saya datang ni ada bawak kuiz mengejut. (Muahahaha)

Dah bersediakah anda untuk menjawab kuiz-kuiz yang mencabar jiwa ini?
Sudah? Okay, tanpa melengahkan masa lagi, mari ikut saya ke dewan peperiksaan.
Audience 1 : Erk, anda ini seorang yang pelik kah?
Ehem, abaikan apa yang Audience 1 katakan.
Audience 2 : Tapi...
Dah! Semua kena bertindak mengikut arahan (gaya diktator)
Mintak maaf kerana sedikit kasar. Uhuk3.

Jadi, kita teruskan dengan arahan untuk kuiz ini:

i. Sila jawab soalan yang tertera di kaca laptop anda. Upps! Di kertas ini.
ii. Jangan meniru dengan men'search' di internet atau apa-apa cubaan
iii. Jawab dengan jujur

Dalam kuiz ini, anda hanya perlu pilih statement mana yang paling sesuai bagi seorang yang benar-benar muslim..

1

a) Berfoya-foya dan buat maksiat tak kira masa tapi tetap mengaku dirinya Islam.
b) Beribadah bagai nak rak, rajin pergi ceramah, rajin melaksanakan sunnah, tapi hanya buat seorang-seorang.
c) Buat macam statement (b), cumanya mengajak orang ramai untuk melakukannya sekali.

2

a) Hubungan dengan masyarakat baik, tapi dengan keluarga renggang.
b) Hubungan dengan keluarga baik, tapi dengan masyarakat renggang.
c) Hubungan dengan keluarga dan masyarakat baik.

3

a) Rajin berdakwah, tapi malas belajar.
b) Rajin belajar, tapi enggan berdakwah.
c) Rajin belajar, pada masa yang sama aktif berdakwah.

4

a) Banyak berdoa, tapi malas berusaha.
b) Rajin berusaha, tapi malas berdoa.
c) Usaha bersungguh-sungguh, kemudian berdoa dan bertawakal.

Apa rasa makan epal separuh masak? [Gamba]
Aha! Jadi, dah nampak sekarang? Ya, betul! Menjadi muslim yang sebenar bukan hanya dengan menggoyangkan kaki dan menggaru kepala yang tidak gatal. Ianya lebih dari itu.
Erm, anda banyak pilih (a)? Mungkin anda ada masalah sikit mengenal apa itu Islam kut. Huhu. Yang banyak pilih (b), you are almost there! Tingkatkan lagi usaha. Yang (c) pula, teruskanlah apa yang anda lakukan, dan ajaklah seberapa ramai untuk menjadi seperti anda.
Kesimpulan? Marilah kita jadi golongan ketiga. Ahaks~

Di atas ini hanya contoh yang sangat sedikit. Banyak lagi contoh-contoh yang boleh diketengahkan. Tapi, apa yang nak diketengahkan, ambillah Islam ini secara penuh, bukan sekerat-sekerat. Islam mementingkan kualiti yang menyeluruh di mana, nilai Islam itu patut diambil secara keseluruhan, bukan ambil yang mana kita suka saja.

“Wahai orang-orang yang beriman!
Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya;
dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan;
sesungguhnya Syaitan itu musuh yang terang nyata bagi kamu.”
(al-Baqarah : 208)

Apa dia? Tajuk tak ada kaitan? Tu gamba epal tu ape? Hahaha... Eh, anda. Janganlah buat muka. Apa salahnya bergurau semata-mata.

5 comments:

Ir Jinggo said...

Soalan yang senang untuk dijawab tapi sukar untuk dilaksanakan.. :D

Sumayyah said...

easy to feel..but ever so hard to preserve :S

Faris said...

boleh nak like komen Sumayyah?

Azery said...

kalau tiada dalam pilihan jawapan acane? :D

Unknown said...

share sikit jawapan anda. mari2. :)

Gadgets By Spice Up Your Blog