Friday, June 15, 2012

Itu Pisau Mau Kena Asah Daa...

Pernah pegang pisau?


Tak pernah? Ini... Ini... Tak patut!


Ini tak melambangkan peribadi seorang Muslim yang super langsung.
Sepatutnya orang Islam yang berjaya mestilah boleh tolong mencantas atau memotong apa-apa sahaja di dapur yang agak suram itu untuk menolong ibu yang sedang mengeluarkan air mata kerana terlalu sedih akibat memotong bawang. Okay. Ini mengarut. Haha...


Sekarang masuk kepada entri yang sebenar.

...

Pak Datuk Sabik adalah seorang pahlawan yang sangat terkenal dengan perjuangannya melawan askar-askar Balrock sewaktu Perang Dunia Kecil di Alastar pada satu masa dahulu yang tidak dapat dikenal pasti bila. Mungkin sebab itu cerita tentangnya tidak pernah diketahui umum.
Pak Datuk Sabik mempunyai sebilah pisau yang sangat tajam di mana, terdapat suara-suara sumbang yang mendakwa bahawa dengan kekuatan iman, pisau itu hampir sahaja boleh membelah kerak bumi menjadi tiga dengan sekali hayun. Fuhh~
Pisau Pembelah Lidi. Senjata yang cukup gah pada zaman Pak Datuk Sabik kini diwarisi oleh Tun Temeluk Gadai. Disebabkan amannya bumi Alastar yang kini dikenali sebagai Alaskar pada ketika itu, Gadai tidak rasa ada kepentingan untuk dia menjaga pisau itu sebaiknya, apatah pula cuba menguasai cara menggunakannya. "Ah, pisau mainan buatan Kedai Oldspoon lebih menarik bagiku," pintas hatinya yang membanding-bandingkan kecantikan Pisau Pembelah Lidi dengan sebuah pisau yang menarik hati.



Sedang dia membelek-belek pisau pujaannya, tiba-tiba pintu rumahnya diketuk laju-laju tanpa menghiraukan adab sebagai tetamu yang tidak diundang.

"Wahai Tun Temeluk, aku datang nak tuntut bela atas kekalahan nenek moyang aku di tangan moyang kau yang durjana itu!"

"Eh, sabar, sabar. Ni kenapa gelabah sangat ni? Kot ye pun, bagitaulah dulu nak datang rumah."

"Ah, kau jangan nak berdalih lagi! Dah banyak kali aku kasi kau e-mel. Dekat facebook pun aku dah kasi message. Apa gunanya teknologi kalau tak manfaatkan betul-betul?"

"Owh... Kejap aku check."

Pintu ditutup. Raut wajah yang relaks tadi menjadi sangat gelabah dengan hanya kiraan 1 milisaat selepas dia menutup pintu kayu itu. Hatinya bak dilanda taufan dan badai. Dia panik seketika bak melihat zombie di Kampung Betik. Namun, semua perasaan itu diletak di tepi seketika. Tangannya meraba-raba mencari pisau lagenda tinggalan Pak Datuk Sabik yang diletakkan dalam peti simpanan peribadinya.

"Jumpa!"

Hatinya riang gembira apabila menemukan senjata yang dia anggap dapat membantu dia mengalahkan musuh yang tidak diundang sebentar tadi. Walaupun dia tidak reti bermain pisau, namun dia rasa yang dia patut cuba sahaja, daripada mati tidak bermaruah.

_ _ _ _

"Argh...! Kenapa aku kalah dengan kau? Kenapa pisau ini tak dapat menikam kau? Ini adalah pisau yang menjadi lagenda sejak sekian zaman. Ura-ura mengatakan yang ia mampu membelah awan! Tapi, nak dibanding dengan kau, ia umpama sampah di jalanan."

"Hmm... Meh aku tengok. Laa, kau tak asah pisau ni rupanya. Aku ingat aku yang kebal tadi. Huhu"

...

Erm, mengarut? Tak apa la untuk first try mengarang cerpen (waktu sekolah menengah tu ape?). Okay, sekarang SERIUS.

Moral kat sini, kalau ada senjata yang kuat, gempak, hebat, etc. tapi kita tak nak gunakan sebaiknya, tidak mahu belajar cara-cara menggunakannya, dah tentunya ia menjadi sia-sia. Ambillah pedang tajam mana sekalipun, yang dikatakan mampu membelah sayap kapal terbang dari jauh sekalipun, tapi kalau kita tak tahu cara nak gunakan, tak ke mana pun kehebatan pedang tu.


[Gambar]



Jadi macam doa juga. Bukankah doa itu senjata bagi orang mu'min? Kira macam ultimate weapon la. (ye ke?). Tapi, kalau kita tak mahu gunakannya, tak ke rasa rugi di situ? Kalau kita tak asah pisau yang tumpul, macam mana nak potong daging yang sumpah liat tu? Kalau kita tak 'gilap' kualiti doa kita, macam mana doa itu akan berkesan di hati kita?

Berdoalah... Tak kesah la nak pakai bahasa apa pun. Nak buat bahasa sendiri pun tak apa. Asalkan kita faham. Paling penting, 'feeling' waktu doa tu. Letakkan kesungguhan yang ekstrem. Luahkan saja apa yang ada di minda. Tak cuba, tak tahu tau! (Kalau faham Bahasa Arab tu memang bonus la! =D)

*Cerita di atas adalah fantasi semata-mata. Diharap agar akidah kita masih kukuh selepas disajikan dengan cerita yang agak imaginatif ini.


3 comments:

Fishy said...

'kalau tak diasah pisau yang tumpul, bagaimana nak potong daging yang liat? 'nice one! thanks. good job.

kalau tak qowiykan iman, bagaimana nak lembutkan hati yang keras?

Unknown said...

wah... ayat anda sangat bergaya.
insyaAllah, sama2 kita usahakan.

Inspector Saahab said...

cun. setuju
wah da qowiy menuylis ni :)

Gadgets By Spice Up Your Blog