Friday, June 1, 2012

Mahallah Cinta ep. 7 [end]


“Best kan usrah tadi? Aku dah cakap dah. Lain kali, join lagi jom?”


Danish seperti tak ambil pusing sepatah pun kata-kata Hamid. Macam biasa, dia menghadap laptop.

Pehal mamat ni? Sejak balik dari usrah tadi, diam je. Kut ye pun nak marah aku ajak pergi usrah.. “Pasal syukur. Kadang-kadang aku fikir gak. Ada betul  gak apa yang Akhi Alif tu cakap.” Hamid cuba memeriahkan suasana.
             
           “Syukur itu bukan hanya pada lafaz. Alhamdulillah. Yela, kadanga-kadang, ada orang duk sebut-sebut tahmid, sebab dapat skor tinggi dalam exam. Tapi, cukup ke sekadar lafaz tahmid?
           
             Syukur itu zahirnya pada perbuatan, batinnya pada niat. Hmmm.. okey, ambil contoh, orang buat majlis kesyukuran. Orang datang, dia duk cakap-cakap Alhamdulillah, dapat projek baru. Tapi, hakikatnya, majlis tu pengisiannya maksiat. Duk panggil orang nyanyi bertepik terlolong. Dah le tu, penyanyinya perempuan, tak tutup aurat. Lepas tu, ada tarian. Macam-macam. Membazir lagi. Tapi, di mulutnya, terzahir tahmid. Syukur  ke tu?
            
            Syukur itu, kita lagi banyakkan ibadah. Tu tandanya syukur. Allah dah bagi nikmat. Allah dah limpahkan rezeki. Allah dah bagi rahmat. Tapi, apa kita buat kat Allah?”
           

            Danish tetap diam. Matanya masih merenung akaun Facebook di depan mata. Mata memang pada skrin laptop, tapi jauh di sudut hati, dia berfikir-fikir tentang setiap bait kata-kata Abang Alif. Sejak dari balik usrah lagi, kata-kata abang Alif menusuk-nusuk hatinya.

                “Yela, kadang-kadang, aku fikir gak. Lemahnya aku. Nak buat segala benda pun guna rahmat Allah. Tapi, last-last, manusia ni tak bersyukur gak.”

                "Ibadat pun kita guna nikmat Allah. Contoh, solat. Okey, seseorang tu bersyukur. So, dia nak tingkatkan ibadat. Dia solat. Tapi, sedarkah kita bahawa solat pun guna nikmat Allah. Nikmat tenaga, nikmat tubuh badan, nikmat tempat solat, nikmat air wuduk, nikmat akal fikiran, dan yang paling penting, nikmat iman. Sebab tu, kalau nak hitung nikmat Allah, memang tak terhitung. Ni, kita buat dek je. Boleh pulak main-main dengan ibadat. Nak orang tengok la. Nak tunjuk baik la.

                Tapi, tu lah, nak capai iman tahap Rabiatul Adawiyah bukan senang kan?

                Tengok Rabiatul Adawiyah. Doanya, “Ya Allah, kalau aku beribadat kerana takutkan nerakaMu, humban aku ke dalamnya, kalau aku beribadat kerana syurgaMu, humbankan aku kedalam nerakaMu.”

                Dengar doa tu, takut rasanya. So, untuk apa beribadat? Ibadat untuk dapatkan redhaNya. Bukan untuk pandangan manusia. Tapi, susah. Memang susah nak dapatkan kepercayaan sebegitu.

                Contoh lagi, akhi bagi Mahfuz 3 batang pensel. So, Mahfuz nak berterima kasih, Mahfuz guna pensel tu untuk tolong akhi tulis assignment akhi. Jadi, akhi rasa lega bagi Mahfuz ni, sebab dia pandai manfaatkannya.” Ketawa pecah.

                “Kadang-kadang, setengah orang tu tak sedar, dia tengah buat maksiat pun guna nikmat Allah.“ Hamid menambah.

    Danish tunduk. Tanpa dia sedari, air jernih mengalir matanya. Hamid yang sedang berbaring terus merapati sahabatnya.

“Eh, kenapa? Aku buat salah ke?” Pertama kali melihat lelaki setegar Danish mengalirkan air mata.

“Aku…aku salah Mid. Kata-kata abang Alif,..semacam..tertusuk-tusuk...”

Satu rangkulan hangat menenangkan dapat Danish rasai ketika itu. Hamid menggosok-gosok belakang Danish.

“Tak apa, tiada istilah tua untuk mula belajar.”
“Mid…

“Ya,”

“Ajar aku jadi baik Mid...”
           
Benar kata orang, hidayah itu milik Allah. Tersepak batu pun, boleh terima hidayah kalau Allah yang berkehendakkannya.

Terima kasih Allah, terima kasih akhi Alif, terima kasih Hamid..
..terima kasih Farisha..

<end>


4 comments:

Ir Jinggo said...

kepada Habiburrahim: ketahuilah ramai yg tdk berpuas hati dgn ending cerita ni.. sila sediakan sequel kpd siri ini.. XD

Faris Nafiah said...

err..insyaAllah. Moga dipermudahkan.

Unknown said...

aaaaaa??? end what do u by "the end"........ tidaaaaaak........

#p/s: kalau nak end pon, ganti laa dengan cerita yang menyentuh fiqh2 lain plak..... hanya cadangan...

tqvm

NurAZHAM said...

aaaaaa??? end what do u by "the end"........ tidaaaaaak........

#p/s: kalau nak end pon, ganti laa dengan cerita yang menyentuh fiqh2 lain plak..... hanya cadangan...

tqvm

Gadgets By Spice Up Your Blog