~~~~~~~~~~~~~~
Anda : Sorila Nafsu...
Nafsu : Apa sori-sori? Tahu tak yang saya dah terluka?
Anda : Saya tahu tu Nafsu. Tapi, dah sampai masa untuk saya jujur pada diri saya. Saya pilih untuk setia.
Nafsu : Jadi, Anda... Anda nak cakap yang Anda tak cintakan saya?
Anda : Bukan macam tu Nafs sayang. Saya memang cintakan awak. Tapi...
Nafsu : Tapi apa Anda?
Anda : Sabar Nafs. Awak ni memang susah nak sabar kan. Eheh. (Anda memalingkan badan dari Nafsu. Mood : Cool) Hmm, sebenarnya, saya memang cintakan awak. Cinta sangat-sangat.
Nafsu : Saya mendengar. (Muka penuh berharap)
Anda : Tapi, saya lebih cintakan Allah. Maka, izinkan saya pergi. Tolonglah lepaskan saya.
Nafsu: Hmm... Baiklah. Pergilah. Tapi, saya tahu suatu hari nanti awak akan kembali juga pada saya.
Nafsu pun berlalu pergi meninggalkan Anda. Namun, dia tidak pernah berputus asa untuk meraih kembali cinta Anda kepadanya. Dia akan sentiasa memujuk Anda untuk kembali pada dia. Ada kala, Anda juga terpujuk tetapi apabila Anda tersedar, Anda akan terus memohon maaf kepada cintanya; Yang Satu.
Terus menerus...
~~~~~~~~~~~~~~
Pilihlah cinta anda baik-baik. [Gambar] |
Sebenarnya, dalam diri kita ni memang ada dua entiti yang berbeza watak. Satu adalah yang suka pada
kebaikan. Satu lagi yang suka akan benda yang tak elok. Begitulah yang disebut dalam Surah Asy-Syams : 8. Kita sebenarnya tidak akan menafikan bahawa nafsu itu ada dalam diri kita. Sebabnya kita memang dicipta bersama nafsu. Kita memang ada rasa cinta terhadap nafsu kita. Tapi, bukan ke kita patutnya pilih satu sahaja cinta. Betul tidak? Yang kita rasa cinta itu benar-benar cinta yang suci, kata orang, "True Love".
Maka, pilihlah. Cinta mana yang anda akan pilih?
3 comments:
para daie mukmin sentiasa terdedah kepada dua daya tarikan
nanti akan belajar ni dalam daurah kitab Muntalaq :)
in sha Allah :)
Allah.. self-reflect..
Shook-run for the post.
Watch this. A video about "jihad until we die". From Aiman Azlan.
The video has 3 parts.
Makes me realize something deep in life. About our battle with the Nafs
http://www.youtube.com/watch?v=S-XV2gsFJiY
Post a Comment